Saturday, November 7, 2015

Siapakah yang membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah?


hotel-ustman-bin-affan-saudi


Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mbempunyai akaun bank di Saudi?Siapakah yang membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah? Adakah anak cucu nya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel?

Ikuti kisah ini :

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering. Nama Telaga itu Bi'ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorang Yahudi.
Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal.
Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan RA. Lantas Saidina Othman b Affan RA bertemu Yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut.
Yahudi tak mahu jual sebab dia tahu dia untung besar. Saidina Othman b Affan RA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu. Yahudi pun setuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari làgi milik Saidina Othman b Affan RA. Yahudi sangka dia cerdik sebab Saidina Othman b Affan RA memang peniaga yang glamour dikenali oleh orang Arab, menyangka perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.
Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tak lagi beli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik Saidina Othman b Affan RA dia beri orang-orang Islam dan bukan Islam air percuma. Jadi, hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli.
Akhirnya Yahudi bankrap dan nak jual kepada Saidina Othman b Affan RA separuh bahagian lagi Telaga Rummah tu kepada Saidina Othman b Affan RA sebab dia dah rugi.
Saidina Othman b Affan RA beli dengan 20,000 dinar. Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam. Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak beli telaga tu daripada Saidina Othman b Affan RA. Saidina Othman b Affan RA tanya berapa harga yang dia sanggup bayar?
Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman b Affan RA. Saidina Othman b Affan RA tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli Saidina Othman b Affan RA.
Saidina Othman b Affan RA masih tak setuju.
Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya?
Maka Saidina Othman b Affan RA menjawab, "ALLAH".
Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma.
Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.
Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama Saidina Othman b Affan RA di salah satu bank Saudi. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang.
Hasilnya nanti dibahagi kepada dua. Separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi disimpan dalam akaun Saidina Othman b Affan RA. Yang anehnya, setelah 14 kurun, sedekah Saidina Othman b Affan RA bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya.
Inilah kelebihan Sedekah.
Oleh itu, marilah sama sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda. InshaaAllah, anda akan dapat pahala sedekah yang berganda-ganda.
MOGA-MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT.
والله اعلم....
- DR JAMNUL AZHAR B MULKAN
Alor Setar

No comments:

Post a Comment