Thursday, November 12, 2015

Insan ini pernah menjadi Menteri Besar Terangganu...TETAPI.


Insan ini pernah menjadi Menteri Besar Terangganu...TETAPI.
Insan ini di Keji,dihina,dicerca apabila mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan naluri mereka yg berkempentingan didalam Parti...
Insan ini dimaki di herdik setiap saat kerna tidak setuju keputusan rakan didalam Pakatan tentang Isu Kajang Move.
Insan ini diperlekeh dikatakan tidak ada ilmu untuk memimpin negara..
TAPI insan yg dicaci dihina di maki inilah juga yang mengenalkan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
TAPI Insan ini yg diperlekeh juga adalah Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia pada 22 Ogos 2014. Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut. Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman...
Tapi insan ini yang dikatakan bodoh juga telah mengarang berpuluh puluh kitab dn buku agama dn rujukan sepertinya :-
1) Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014
2) Fiqh siyasah Khulafa ar-Rasyidin : Amirul Mukminin Umar ibn Alkhatab : MDQ Enterprise, 2013
3) Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor ) : Jundi Resources, 2012
4)Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012
At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011
5) Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
6) Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010
7) Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
8) Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
9) Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008
10) Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
11) Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
12) Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007
.
13) Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
14) Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
15) Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
16) Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
17) Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
18) Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
19) Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
20) Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
21) Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
22) Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
23) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
24) Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) Khianat Amalan Demokrasi Berparlimen? : Angkatan Edaran Enterprise, 2003
25) Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
26) Tafsir Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
27) Khutbah Jumaat & Hari Raya: Dari Mimbar Masjid Rusila : As-Syabab Media, 2002
28) Tafsir Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
29) Tafsir Surah Luqman : As-Syabab Media, 2002
30) Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
31) Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002
32) Ketaatan dan Ubudiyah : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, 2002.
33) Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
34) Angkara Minyak : Tumbangkan Kerajaan Haji Hadi (Bersama Dato' Tarmizi Mohd

No comments:

Post a Comment