Allahyarham Alias Abdullah |
KUALA TERENGGANU, 11 Okt (Bernama) -- Pihak polis turut menyiasat
sama ada kes kamatian bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Limbat,
Alias Abdullah yang dipercayai ditembak di rumahnya di Kampung Alor
Limbat mempunyai kaitan dengan kematian sepupunya yang turut ditembak
sebelum ini.
"Pihak polis juga sedang menyiasat sama ada kes tersebut mempunyai kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan seorang pesara guru yang juga merupakan sepupu kepada mangsa pada Ogos lalu," kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.
Pesara berkenaan Mat Jusoh Ali, 56, maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden tersebut dilakukan pihak yang yang sama namun menggunakan senjata berbeza.
"Jika kita lihat, kedua-dua kes berlaku pada tarikh yang sama (iaitu 9 Ogos dan 9 Sept)," katanya dan menambah pihak polis telah menubuhkan pasukan bagi menjalankan siasatan terperinci dan mencari petunjuk bagi kes berkenaan.
Katanya seramai 10 orang yang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan jiran Alias telah dipanggil bagi memberi keterangan.
Rosli berkata kes tersebut memang telah dirancang terlebih awal.
-- BERNAMA

Sumber BERNAMA
No comments:
Post a Comment