Thursday, October 8, 2015

Foto -Foto Pesta Pantai Di Batu Buruk Kuala Terengganu Tahun 1970 an

by unggul

Pesta  Pantai merupa satu pesta  yang diadakan oeh golongan  petani daripada kampong sekitar daerah Kuala Terenggau seperti Kg Pasir Panjang/ Kg Bukit Depu/Kg Gong Tok Nasik/Kg Gong Maseh Dan Kg Batu Buruk. Pesta Pantai merupakan satu pesta  tahunan  dan  diadakan selepas menuai padi.

Mereka membina rumah pondok disepanjang pantai  Batu Buruk lebih kurang 3 km panjangnya.Mereka  bermalam selama 3 hari sambil menjamu selera dan berkunjung ke pondok - pondok.

Persembahan tradisi seperti wayang kulit/rodat/dikir barat/makyong/main gasing/silat  turut diadakan.
Pesta pantai  diadakan semenjak beratus tahun dahulu.Pada tahun 1980an pesta  pantai telah tidak  ada sambutan lagi.

Generasi hari ini sudah  tidak berminat untuk mewarisinya kerana mereka bukan lagi golongan petani.Sekitar Daerah Kuala Terengganu sekarang tapak sawah sawah padi  sudah pun bertukar  menjadi kawasan perumahan .

Foto-foto dibawah sekitar awal tahun 1970an tengoklah suasananya

Pemandangan Pesta Pantai di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu tahun 1970an
Menaiki bas untuk ke pesta pantai
Pondok - Pondok di sepanjang pantai
Pengunjung-pengunjung pesta pantai
Penghuni pondok pesta pantai

No comments:

Post a Comment