"Bergantung kepada keputusan kajian
kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan
dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran
berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," kata Najib pada sidang
media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi
(ICM) di pejabat Perdana Menteri nya di Bangunan Perdana Putra di sini
hari ini.
Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014. Beliau berkata penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu. “Oleh itu, medan minyak tersebut adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu, dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. “Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya. Petronas Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil merupakan usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran. Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum Petronas Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan. Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil, katanya. - Bernama |
Tuesday, October 30, 2012
Petronas Carigali Temui Medan Minyak Bertam – Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment