Mastafa Kamal Ataturk diberi gelaran
al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang
Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah
Islam Uthmaniyah Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H
(1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan
Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai
pengawal di jabatan kastam.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu
Ataturk dalam bukunya yang berjudul ‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah
al- Khasah li Taghiyyah’ telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada
keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari
Sepanyol ke bandar Salonika.”
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan
Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka
mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut
agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas
Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun
1377H (1957M):
“Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih
menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka
ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir
tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.”
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12
tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau
menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H
(1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di
Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H.
(1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion
ketiga di Salonika.
Di sini bermulanya usaha Ataturk dalam
memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya
sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan
pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Beliau telah mengubah ucapan
Assalamualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu
selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang
bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya
mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu
dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan
Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustafa Kamal menonjol selepas
meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima
pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera
British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil
meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk.
Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan
kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai
oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan yang disengajakan hasil rancangan
tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh
Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera
Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari
tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan
kedua-dua belah pihak bertahan di kawasan masing-masing untuk beberapa
bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka
telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.
Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah
mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan
peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah
secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa
mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan
telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai
spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke
utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah
supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka
peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan
perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan
Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas
pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana
Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H
(1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja
mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk
memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang
berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi
tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal
kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi
khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah
merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai
wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris
untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek
daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks
perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini
berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan
kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka
menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan
purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di
Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut,
kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada
laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah
segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan
dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada
khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi
kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus
menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau
tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda,
“Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”
Ataturk mula melancarkan revolusi yang
disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada
peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan beliau telah disertai
oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar
tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah
dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa
pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa
mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang
dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan
rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan
Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek
mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang
sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila
Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu,
tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan
sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan
kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat
ke negara-negara Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakan
Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi
pernah memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk
seperti Khalid bin al-Walid.
“Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.”
Malangnya impian mereka yang tertipu
dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M),
tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan
kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua
buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-Undang
Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi
sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa
penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya
akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan
Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan
rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah
membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan
sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula
mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling
sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih
tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan
terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki
dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan
khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon
(Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang
pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang
berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita
telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”.
Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas
melarikan diri ke Mesir pernah berkata, “Memang mudah sekali Inggeris
menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah
dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini terserlahlah kebolehan
Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang
tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan
kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari
sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya
walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan
kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka
tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.”
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah
Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh
Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan
di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam
sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh
beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari
Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam
mengerjakan Ibadah Haji.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang
poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam.
Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab
dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini
nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama
Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki.
Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para
penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua
pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah
mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan
menjadikan presidennya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun
1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan
anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal
bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan
Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada
arak sehinggalah wanita.
Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala
masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh
Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan
yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah
membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam
Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga
benua.
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr.
Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober
1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular
menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua
madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sofea diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat
azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising
dan menganggunya beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras
sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan
sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk.
Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang
mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga
sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu
yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad
sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
Pada 23 Mac 1924, Khilafah Uthmaniah pun
dihapuskan dengan rasminya oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki.
Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang
cintakan Islam.
Setiap yang bermula akan berakhir, yang
kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan,
kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Era kezaliman
pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan
tua dan seterusnya akan menemui ajalnya.
Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk
bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap
Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah
amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan
mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan
semahu-mahunya.
Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha
Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala
keputusan ke atas segala makhluknya. Di saat kematiannya, Allah telah
datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa
dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah
merasa sejuk sehingga terpaksadiarahkan kepada bomba untuk menyiram
rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak
ketulan-ketulan ais di dalam selimutuntuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, rasa panas tidak
hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang
ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan
itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar
jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke
tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan
merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tidak juga hilang!
Pada 26 september 1938, beliau pengsan
selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi
beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi
selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal,
tidak seorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat
beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9
malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu,
Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah
perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah
tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi
dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi nama Etna Grafi selama 15
tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satubinaan
marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu
marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk
telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini
tidak menerima Kamal Atartuk”.
Sumber Utusankini
No comments:
Post a Comment