Pernah suatu zaman Kesultanan Sulu gah di persada dunia, sejarahnya
persis era PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ramai pendakwah dari
keturunan Rasulullah saw juga WALI SONGO tanah JAWA telah sampai ke
kepulauan SULU dan mengislamkan rakyatnya. Bahkan mereka di tanam dengan
ketauhidan yang sangat kuat dalam hati. Mereka hidup aman damai dengan
kasih sayang dan keberkatan melata di bumi SULU yang subur dan pernah
menjadi saksi tertegaknya kerajaan ISLAM suatu masa dahulu dengan nama
SULU DARUL ISLAMKini masyarakat di Kepulauan Sulu hidup dalam keadaan yang amat daif ,
tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik , rumah
yang usang beratapkan rumbia berlantaikan bulu, tiada pendidikan yang
sempurna, jauh dari pembangunan dan kecanggihan teknologi, tanpa
kewarganegaraan, tersisih dan berserakan. Kehidupan yang sentiasa
berlapar serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit dek kesan
peperangan yang panjang.
|
Harum
membawa mesej cinta dan kasih sayang untuk semua warga rumpun Nusantara
ini . Mengongsi rasa ummat Nabi saw demi sebuah rahsia cinta. |
Kita
memfokuskan dengan menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat
membantu dan meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Sulu supaya
mereka dapat menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan
kesusahan mereka. Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih-sayang yang
lama tidak dinikmati umat Islam di SULU.
Kepulauan
Sulu 100% adalah Islam. Sulu pernah didatangi pendakwah arab yang
dikatakan dari keturunan Rasulullah saw. Mereka inilah yang telah
mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan
masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat
mengormati Ulama' . Kita membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan
persaudaraan dalam Islam.
Dengan
semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada ummat baginda Nabi SAW ----Ikatan
Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) tampil mengambil inisiatif
merintis MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian
dan wang kepada rakyat SULU TERTINDAS. Beberapa siri Misi Kemanusiaan
ini akan dihantar lagi untuk membantu meringankan bebanan yang
ditanggung rakyat Islam di sana. Alhamdulillah segala perjalanan selamat
cuma memenatkan ,dan kami melihat sendiri kedamaian SULU dan
kemeleratan rakyatnya yang menagih seteguk rasa kasih.
Berikut dilampirkan suasana sebenar rakyat SULU yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan dunia;
|
Kehidupan
kanak-kanak Sulu yang memerlukan pembelaan , pendidikan, dan usaha
mengembalikan zaman kanak-kanak mereka yang gembira. |
|
Kawasan
Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan , di
jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang |
|
Anak
kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air
untuk kegunaan harian; redup matanya menceritakan 1001 kisah duka
masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian
lama. |
|
Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu. |
|
Pemandangan
pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya
sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan --itu sahaja kemampuan
mereka di sini. Selebihnya ubi,kelapa dan sumber alam menjadi sandaran
mereka untuk hidup. |
|
Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu. |
|
Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu ..perhatikan deretan kedai yang usang dan jalan tanah |
|
Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh. |
|
Si
Ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang
telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali
ke Kepulauan Sulu. Air mata kerinduan bergenang di kelopak mata si ibu
menceritakan rasa kerinduan kepada anak tercinta, mengenangkan kudrat
semakin lemah, beliau berdoa berharap agar dapat menatap wajah dan
melepaskan kerinduan kepada anak yang disayangi . Kesan peperangan yang
panjang menyebabkan ramai ahli keluarga terpisah-pisah. |
|
Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan, ibarat hidup segan mati tidak mahu. |
|
Sekolah
saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian , namun masih
digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar walaupun tidaklah
mendapat gaji yang setimpal. |
|
Dua
gambar diatas ini menunjukkan bagaimana daifnya sekolah umat ISLAM di
SULU, Berbaju pink adalah pengetua sekolah berkenaan . Menurut beliau
bantuan untuk sekolah telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi
beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.
|
|
Anak
kecil yang tidak bersalah; mereka menjadi mangsa kerakusan dan
ketamakan manusia. Kebanyakan rumah masyarakat di SULU hanya berdinding
kan buluh, beratapkan jeramai, dikatakan hanya sebuah sahaja rumah batu
sempurna di pulau ini |
|
Masjid
ini mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan dan menanti lebih
sumbangan untuk menampung kos pembinaannya bagi kegunaan Umat Islam
disana. Perhatikan lumut-lumut yang terbentuk pada dinding masjid
ini.Betapa sukar sekalipun kerana cintakan ISLAM mereka terus berusaha
dan yakin dengan bantuan ALLAH ; itulah semangat Rakyat Kepulauan Sulau
yang kuat tauhidnya kepada ALLAH swt
|
|
|
Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan bagi kegunaan umat Islam di Sulu |
|
Kepulauan
SULU mempunyai pantai dan pemandangan yang indah memukau. Tahukan anda
kepulauan SULU di iktiraf dunia sebagai mempunyai pantai tercantik di
dunia namun--belum diterokai. Rumah ini dihuni keturunan Pendakwah
Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.
|
|
Ahli
keluarga Pak Harun yang menjadi tempat singgah kami menyelami kesusahan
kehidupan mereka yang digambarkan dengan imej negetif oleh media
antarabangsa. Garis-garis kedut di mukanya serta wajah sayu anak-anaknya
menggamit isi hati kami. |
|
Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang menggambarkan kesusahan kehidupan 8 sekeluarga |
|
Dalam
kesusahan mereka sangat meraikan tetamu, kehadiran delegasi MISI
KEMANUSIAAN KASIH SAYANG mewakili Rakyat Malaysia diraikan dengan
penuh rasa ikatan persaudraan seolah-olah telah lama berkenalan dan
mereka sangat mengharap agar kita bantu membela nasib mereka |
|
Beginilah
keadaan dalam rumah umat ISLAM SULU , tiada bilik..inilah tempat tidur
satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar
beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai
mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke
zaman tanah Melayu era 40-an |
|
Seorang
anak muda SULU terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya.
Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu disana. |
|
Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan RAKYAT SULU yang tertindas |
|
Gambar
anak ini berjaya kami rakam; hibanya hati melihat kemelaratan mereka
terpaksa ditanggung anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. |
|
Pengangkutan
utama di SULU...dalam kesesakan lori ini seorang ibu terpaksa
menyusukan anak kecilnya yang menangis kelaparan. Menitis air mata
seorang ahli misi mengenangkan kesengsaraan yang dihadapai rakyat SULU . |
|
Kehidupan
masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan...wajah ini perlu
digembirakan . Masyarakat Sulu mempunyai wajah orang Melayu.--Wajah
Nusantara. Mereka kuat berpegang pada intipati ajaran Islam-Ketauhidan
Kepada Allah. |
|
Persis
stor dan tidak layak lagi dihuni...pemandangan ini biasa di SULU namun
mereka tetap yakin kepada ALLAH dan kalimah syukur sentiasa meniti
dibibir mereka. Begitu berbekas kesan dakwah ISLAM pada jiwa UMAT ISLAM
SULU. |
|
Pemandangan
Indah Kepulauan Sulu yang sangat mendamaikan jiwa ....masih banyak
kawasan yang kami tidak sempat pergi ini hanya secebis dari
beratus-ratus gugusan pulau di Kepulauan Sulu |
|
Kepulauan Sulu mempunyai "crystal clear water" ....kemasinannya kurang berbanding laut di Malaysia. Sangat berlainan suasana udara pantainya
Begitulah serba sedikti perkongsian foto dan gambaran kehidupan masyarakat Islam di SULU
Sumber harum2012 blogspot
|
No comments:
Post a Comment