Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Kenangan
ismanusa
Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun
Lapuran
dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi untuk
meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid
Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat
menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan
berbillion dolar.
Kerja-kerja
pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Ia
bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia paling ramai
didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan telah mula
timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah
Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara tersebut apabila
kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan sejarah penting
didalam projek pembangunan Mekah.
Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah
Perobohan
kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang
menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar
As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak
dibawah kubah tersebut.
Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi
Antara
masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang mempunyai
nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini tidak ada
perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut. Mengikut
sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid inilah Nabi
s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan Ghamama bermaksud
awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa hujan selepat Nabi
s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa sejarah di zaman
Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya dipelihara oleh
pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam dimasa hadapan.
Untuk maklumat boleh rujuk disini http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/other/masjid_ghamama.html
Antara
pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic
Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah
perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat
membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk
membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah
dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".
Teguran
paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis
ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan
perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain
Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina
oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.
Beliau
menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan samada
bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap tindakan Arab
Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab tetapi isu
melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan terhadap
Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap Islam.
Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap Masjid
al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah kita
berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun dimusnahkan
begitu saja tanpa sebarang bantahan?
Papan
Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi.
Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah
Masjid Nabi!
Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?
Berkata
Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Makmurnya
Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya
Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya
al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan
Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal”, lalu Muadz ibn Jabal
memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya
bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya
engkau duduk disini.
Hadits Hasan riwayat Abu Dawud
No comments:
Post a Comment