- Diterbitkan: 22 September 2015
- Ditulis oleh Dewan Ulamak PAS Selangor
Sidang Hadirin yang berbahagia sekalian
Segala puji bagi Allah S.W.T, kita dapat
bertemu sekali lagi dengan eid al-Adha yang merupakan salah satu dari
dua hari raya yang Allah anugerahkan kepada umat Islam. Ia merupakan
ibadat yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang diteruskan
pada syariat Nabi Muhamad SAW. Hari ini disambut meriah oleh orang Islam
kerana ia merupakan hari kejayaan umat Islam yang telah mengumpulkan
jutaan umat Islam di Makkah al-Mukarramah dalam satu tempat dengan
pakaian yang satu dan laungan yang satu:
Bermaksud:
“Aku menyahut panggilanMu ya Allah aku menyahut panggilanMu. Aku menyahut panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan, tiada sekutu bagiMu.”

Ia merupakan suatu muktamar tahunan yang
agung yang pernah berlaku dalam sejarah manusia yang terhasil daripada
rasa tanggungjawab memenuhi tuntutan rukun Islam yang kelima. Hikmah
pensyariatan nya ialah untuk memugar semangat kekitaan kepada semua
orang Islam agar dapat bersatu atas asas syariat Islam daripada pelbagai
jenis bangsa dan kedudukan geografi. Umat Islam sangat ghairah untuk
menghadiri muktamar ini dan sekiranya tidak ditetapkan kouta, maka
jumlah umat Islam yang menyertainya akan lebih ramai lagi. Ini semua
adalah menyahut seruan Allah di dalam firmanNya:
Maksudnya:
"Dan serukanlah umat manusia untuk
mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu
dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang
kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh”
Surah al-Hajj: 27.
Biarpun umat Islam saban tahun dapat
berhimpun di Mekah dalam jumlah yang ramai, namun apa yang perlu
dimuhasabahkan ialah matlamat daripada himpunan itu.
Muhasabah yang pertama: Berjayakah
seluruh Umat Islam bersatu hati untuk memelihara syariat Allah? Mereka
sanggup mengeluarkan wang puluhan ribu untuk pergi ke sana melaksanakan
salah satu tuntutan rukun Islam, namun sekembalinya dari melakukan
ibadat haji, adakah kita bersatu hati untuk melaksanakan syariatNya.
Tuntutan Islam bukan sekadar
melaksanakan rukun Islam sahaja kerana ia bagaikan rangka asas rumah
sahaja. Sebuah rumah tidak sempurna hanya dengan rangka asas sahaja,
tetapi yang penting bagi sebuah rumah ialah untuk kita membina kehidupan
di dalamnya. Islam menetapkan cara untuk mencapai kebahagiaan di dalam
kehidupan iaitu dengan cara mengikut segala syariat Allah. Ini jugalah
tuntutan yang penting untuk dipenuhi oleh orang Islam kerana
melaksanakan rukun Islam yang kelima bukanlah segala-galanya kerana ia
telah menyempurnakan rukun, belum lagi kesempurnaan kehidupan sebagai
seorang Islam. Bagi mereka yang telah melaksanakan ibadat haji, mahupun
yang belum lagi melaksanakan ibadat ini, perlu sama-sama berusaha untuk
memastikan kehidupan di dalam rumah Islam ini dilaksanakan dengan
mengikut syariat Allah.
Muhasabah yang kedua: Berjayakah Umat
Islam membentuk kesatuan dan melahirkan kegerunan kepada musuh Islam
hasil daripada himpunan ini?
Sepatutnya himpunan tahun umat Islam ini
melahirkan suatu deklarasi bersama yang menjadi misi penting umat Islam
pada tahun itu. Ia patut menjadi panduan kepada Umat Islam dan para
pemimpin negara Islam agar tidak leka dengan tuntutan dunia, pangkat dan
kekayaan, tetapi terus berusaha berganding bahu mencapai misi penting
Islam. Kegagalan umat Islam melahirkan kegerunan kepada musuh adalah
hasil daripada dua sifat buruk umat Islam dan para pemimpinnya iaitu
“kasihkan dunia dan benci kepada kematian”. Sifat ini yang berakar umbi
dalam hati umat Islam pada para pemimpinnya akhirnya menyebabkan umat
bagaikan buih dilautan sahaja. Ketiadaannya tidak dirasai dan
kewujudannya tidak memberi bekas. Justeru, sekembalinya mereka daripada
melakukan ibadat haji nanti, janganlah kita bertanya tentang barang dan
buah tangan sahaja, apa yang penting untuk kita tanyakan ialah tentang
misi umat Islam di sana dan memperingatkan diri kita dan mereka untuk
menjauhi sifat “kasihkan dunia dan benci kepada kematian” agar kita
menjadi umat Islam yang kuat dan dihormati.
Sidang Hadirin yang berbahagia sekalian
Hari eid al-Adha ini mengajar kita mengagungkan Allah s.w.t dengan menyembelih haiwan ternakan atas nama Allah. Ia bertujuan untuk menjadi patuh dan akur kepada tuntutan Allah di dalam kehidupan. Kalau tidak, tiada sebab bagi kita untuk menyembelih binatang secara besar-besaran pada hari ini. Kalau tidak dilihat dari kaca mata sebagai seorang hamba Allah, ia bagaikan suatu kerja bodoh sahaja. Tetapi demi melaksanakan tuntutan Allah dan melaksanakan kewajipan sebagai seorang hamba, kita adalah bukti pengabdian yang tulen kepada Allah.

Ibabdat sembelihan atas nama Allah ini
menjadi isyarat kepada orang-orang yang beriman bahawa seluruh ibadah
dan kehidupan seorang muslim mukmin wajiblah di atas nama Allah dan
kerana Allah. Ia melambangkan penyerahan mutlak kepada pencipta seluruh
alam, dan ia mengingatkan agar tidak menjadikan sesuatu selain daripada
Allah sebagai maksud atau objektif kehidupan. Firman Allah s.w.t dalam
surah al-An’am ayat 162 & 163:
Yang bermaksud:
“Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya).”

Eid al-Adha mengajar kita erti
pengorbanan seorang hamba dalam mentaati perintah Allah S.W.T. Sejarah
Nabi Ibrahim a.s mengajar umat Islam bahkan manusia seluruhnya erti
pengorbanan dalam mentaati perintah Tuhannya. Firman Allah S.W.T dalam
surah al-Saffat ayat 102 & 103:
Yang bermaksud:
“Maka ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur remaja, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah”.
Lihatlah kepada ketaatan seorang bapa bernama Ibrahim a.s dalam mentaati perintah Tuhannya, walaupun pada perintah yang memerlukan baginda menjadikan nyawa anaknya sebagai pengorbanan. Dan lihatlah juga kepada kesabaran seorang anak dalam melaksanakan tuntutan tuhannya walau nyawanya menjadi taruhan. Dan lihatlah kepada penyerahan mutlak dan keredaan kedua-duanya kepada tuhan mereka tanpa sebarang keraguan dan pengingkaran.

Dalam ayat-ayat ini Allah s.w.t
memperakui betapa sosok bernama Ibrahim a.s ini adalah satu insan yang
benar-benar melakukan kebaikan apabila istiqamah mentaati perintah
Tuhannya. Ternyata perintah mengorbankan anaknya, yang dianugerahkan
kepadanya oleh Allah s.w.t ketika Baginda sudah berusia, disifatkan oleh
Allah s.w.t sebagai satu ujian besar. Ujian hebat yang berjaya dilepasi
oleh Ibrahim serta Ismail a.s. Maka, amat wajarlah nama insan berjiwa
agung ini dikekalkan oleh Allah s.w.t sebagai pengajaran bagi
kemanusiaan selepasnya.
Sidang hadirin yang dikasihi Allah s.w.t,
Sedang kita menyaksikan pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, marilah kita sama-sama menginsafi sejauh manakah pengorbanan kita kepada agama kita. Kita kata kita sayang Islam, tetapi tindakan kita tidak gambarkan kita sayang Islam. Kita lebih sayangkan rumah kita, kenderaan kita, pangkat kita dan diri kita dari menyayangi Islam. Sedangkan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat dengan Islam. Sifat sayang itu akan menyebabkan sanggup bersusah payah untuk Islam dan berusaha untuk menjadi seorang Islam yang baik dan sempurna. Malahan, sayangnya kita pada Islam akan menyebabkan kita ingin menyampaikan Islam pada orang lain dan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya.

Sebaliknya, kita ada berjumpa dengan
orang yang tidak kisah tentang agama dan tidak merasa penting tentang
agama. Sama ada Islam itu diamalkan atau tidak, itu tidak menjadi
masalah baginya. Yang penting, kuasanya tidak terjejas, kedudukannya
tidak diancam, duitnya semakin bertambah, perniagaannya semakin untung
dan pengaruhnya semakin luas. Kepentingan Islam diabaikan, masjid dan
surau dipandang sepi, kelas agama dipinggirkan, hukum Islam
dipermainkan, beginikah sikap kita terhadap Islam?
Islam menuntut sebuah pengorbanan yang tulus mulus daripada kita kerana pengorbanan ini akan menjadikan Islam terus utuh dan kuat di atas muka bumi. Lihatlah bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh generasi terdahulu yang sanggup membina pondok dan madrasah pengajian tanpa bantuan dari pihak berkuasa semata-mata untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka. Mereka juga mengusahakan sendiri dana untuk membina surau dan masjid bagi membina tempat ibadat kepada orang Islam. Mereka juga membiayai guru agama untuk melihat ajaran Islam diamalkan dan mereka menginfaqkan harta mereka untuk melihat dakwah dan ajaran Islam sampai ke seluruh pelusuk dunia.

Generasi Al-Quran, generasi para sahabat
r.a.h telah menunjukkan contoh yang begitu menakjubkan dalam melakukan
pengorbanan demi agama tercinta ini. Rasulullah s.a.w telah menjadi
seorang mahaguru yang luar biasa sepanjang zaman apabila telah
melahirkan satu generasi yang begitu hebat yang tidak mungkin ada dua
sepertinya.
Suhaib al-Rumi yang merupakan seorang sahabat yang kaya, namun setelah berhijrah, beliau menjadi seorang yang miskin. Beliau telah ditahan oleh orang Quraish daripada berhijrah, namun, beliau berkata “kalaulah kamu menghalangku dari berhijrah kerana harta ku, maka ambillah semua harta itu”. Lihatlah kepada Suhaib al-Rumi yang telah melakukan pengorbanan yang semestinya menjadi teladan umat Islam pada hari ini. Maka turunlah ayat al-Quran memuji beliau:
“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya”. Al-Baqarah: 207.

Kisah Suhaib al-Rumi ini menjadi bukti
yang jelas kepada sifat mukmin sejati. Keutamaan bagi seorang mukmin
adalah iman dan agamanya. Harta dunia yang dimiliki sepatutnya tidak
menjadi penyebab seorang mukmin terhalang daripada mentaati agamanya.
Harta dunia juga sepatutnya tidak menjadi tembok yang menghalang seorang
mukmin dari melakukan pengorbanan untuk agamanya.
Ketika orang lain mengorbankan hartanya
untuk agama, kita pula tidak sanggup solat Jemaah di masjid hanya kerana
jarak antara masjid dan rumah kita hanya satu kilometer. Sedangkan
pasar malam yang jauh, sanggup pula kita pergi. Kita juga tidak sanggup
melapangkan masa untuk duduk mendengar kuliah maghrib hanya selama 30-45
minit sahaja, tetapi kita boleh duduk di kedai kopi atau menonton TV
atau melayari internet lebih dari satu jam. Kita pula amat berat untuk
memberikan sumbangan RM10 untuk tujuan agama, tetapi ringan tangan untuk
berbelanja RM50 untuk shopping barangan yang kita tidak perlu pun.
Kalau begini sikap kita, Islam yang akan terkorban, dan darah umat Islam
akan lebih ramai yang terkorban.
Sidang hadirin yang dikasihi Allah s.w.t,
Pada hari ini, alangkah perlunya kita
kepada pengorbanan agung, ketaatan mutlak kepada perintah Allah rabbul
Izzah, dan kesabaran jitu dalam menanggung tuntutan agama Allah ini.
Khususnya dalam situasi hari ini yang menyaksikan kedudukan umat Islam
seluruh dunia menghadapi tribulasi berterusan yang tidak kunjung henti.
Nun di bumi Palestin, sejak puluhan
tahun kita menyaksikan bumi Isra’ dan Mikraj ini, bumi Masjid al-Aqsa,
menghadapi kerakusan rejim yahudi yang tidak henti-henti. Mereka
merampas tanahnya dan menzalimi anak watannya. Umat Islam bersama
Negara-negaranya seolah-olah buntu dan longlai dalam membantu saudara
seakidah yang berada di bumi suci ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,
bumi para alim ulama sunni, Syiria yang diberkati, dipenuhi dengan
krisis dan pertempuran bersenjata. Rejim pemerintah yang membantai
rakyatnya sendiri khususnya dikalangan ahl sunnah wal jamaah menyaksikan
puluhan ribu nyawa umat islam menjadi mangsa kezaliman jiwa-jiwa rakus
ini.
Bumi Malaysia pula mempunyai banyak hasil mahsul, tetapi mereka yang memegang kuasa telah mengkhianati amanah dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Tamak haloba telah menyebabkan rasuah sehingga ia telah menjadi amalan biasa dan mereka yang melakukannya tidak rasa bersalah. Ini menyebabkan kekayaan Negara tidak diagihkan secara adil.

Kita telah merdeka lebih dari 50 tahun,
namun masih banyak lagi hukum Islam yang belum lagi dapat dilaksanakan.
Kita telah menubuhkan bank Islam dan mengamalkan system perbankan Islam,
tetapi transaksi masih lagi menggunakan bank konvensional. Kita membina
masjid yang terindah, tetapi program pengimarahan masjid di pandang
sepi sahaja.
Sidang hadirin yang dikasihi Allah,
Islam sebagai al-Din, memerlukan umatnya
memberikan mujahadah dalam bentuk pengorbanan tenaga dan harta untuk
memastikan agama yang agung ini menunjangi kehidupan masyarakat. Allah
s.w.t telah lama menuntut perjanjian daripada umat Islam agar bangkit
berkorban untuk Din yang diturunkannya. Firman Allah s.w.t:
(Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan
(balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka
berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan
terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar
yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta
Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada
Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan
jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu)
ialah kemenangan yang besar). Surah al-Taubah ayat: 111.
Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan
bahawa dalam ayat ini Allah s.w.t akan menggantikan buat hamba-hambanya
yang beriman dengan syurga jika mereka mengorbankan diri dan harta
mereka demi Allah, dan ini merupakan satu kelebihan, kemuliaan dan Ihsan
daripada Allah s.w.t.
Ayuhlah kita kembali kepada agama yang
benar ini dengan mengamalkannya secara menyeluruh. Buat akhirnya mimbar
ingin menitipkan beberapa pengajaran yang perlu dicermati oleh umat
Islam berkaitan hari Agung ini, antaranya:
Umat Islam perlu mendekati institusi
masjid dan surau untuk menambah ilmu dan amal. Tempat ini adalah tempat
yang mulia dan sekiranya kita ingin menjadi orang yang mulia, kita
hendaklah melazimi tempat yang mulia.
Kita hendaklah sabar dan ikhlas dalam
menjalankan perintah agama kerana mehnah dan tribulasi adalah perkara
biasa diterima oleh orang yang baik. Rasulullah adalah orang sangat
baik, tetapi baginda dimusuhi dan ingin dibunuh oleh orang kafir.
Kita hendaklah menjadi orang Islam yang
baik, malahan memastikan orang lain turut menjadi orang Islam yang baik.
Inilah tanda cinta dan sayang kita kepada Islam. Orang yang sayang,
ialah orang sangguh berkorban demi kekasihnya.
“Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku, (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan). Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya”.

Dikeluarkan oleh
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor
Sumber www.pas.org.my
No comments:
Post a Comment