Masih lagi berkisar mengenai kisah cinta dan pertunangan dua bintang, Akim Ahmad dan Stacy. Selepas bertunang pada Sabtu lalu, rata-rata para peminat kedua-dua penyanyi ini tumpang gembira dan menantikan berita mengenai perkahwinan mereka pula.

Menerusi portal mStar Online, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy memaklumkan bahawa, ibu bapa di kedua-dua belah pihak meminta dia dan Akim untuk segera berkahwin.

Menurut Stacy, dia memerlukan bimbingan selepas memeluk Islam. Tambahnya lagi, dia dan Akim telah berkawan sejak enam tahun lalu dan dalam Islam juga, tidak manis sekiranga seorang lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa sebarang ikatan.


Kepada Stacy, semoga perjalanan sebagai Muslimah lebih lancar, dan perhubungan bersama Akim akan terus mekar..

Sumber mediahiburan.my