Wednesday, December 16, 2015

PERADABAN MELAYU ITU ADALAH SEBUAH PERADABAN SAMUDERA

ProfAbdullah Hassan 
Image result for peta alam melayu


Ada banyak peradaban yang tumbuh dan hilang di permukaan bumi ini. Kita pasti sudah mendengar tentang peradaban Mesir kuno, peradaban Parsi, Babylon, Yunani, Romawi, Inka, China, Hindu, Sumeria, dll. Dan jarang sekali kita mebicarakan Melayu ini sebagai sebuah peradaban, seperti peradaban Yunani dan Romawi. Ini ada kaitan dengan hakikat bahawa peradaban Melayu itu memang berbeza sekali daripada peradaban lain yang kita tahu. Ada suatu ciri peradaban Melayu ini yang tidak ada pada semua peradaban lain.
Peradaban Melayu ini adalah satu-satunya peradaban SAMUDERA, sebuah peradaban MARITIM.
Wilayah samudera yang diduduki oleh manusia Melayu ini sebenarnya adalah sangat luas, seluas Lautan Teduh (Pasifik) dan Lautan Hindia. Manusia yang menuturkan bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang sekerabat dengannya tersebar dari Pulau Krismas di Timur, hinggalah ke Pulau Madagaskar di Barat. Daripada perkataan Waikiki yang bermaksud “tepian air” di Hawaii, hinggalah ke Antananarivoo yang bermakna “tanah seribu” di Madagaskar, kita dapat mengesan bahawa ini adalah manusia dari satu rumpun, rumpun Melayu. Sebuah kajian DNA yang dijalankan oleh Jabatan Maori di Victoria University of Wellington menunjukkan memang ada pertalian leluhur dalam kalangan penduduk pulau-pulau di Lautan Pasifik ini.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Mohd. Arof Ishak (2009), dan dilaporkan dalam bukunya “Peradaban Melayu,” dan diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, ciri-ciri yang membezakan peradaban Melayu ini daripada peradaban-peradaban agung yang lain di dunia diperjelaskan. Oleh sebab wilayah Melayu ini amat luas, maka menurut Arof Ishak, adalah sukar untuk sesebuah kerajaan atau kuasa yang memerintah dapat membangunkan tugu-tugu monumental seperti piramid, tembok, istana besar, kubu, istana kota, dll. Ini adalah setiap satunya tidak pernah menjadi begitu besar dan berkuasa kuat. Dan pemerintahnya mempunyai struktur pegawa dan ada undang-undang yang dikuat kuasakan. Namun, ada juga bangunan seperti Borobudur, Angkor Wat, namun bangunan yang dihubungkan secara khusus dengan peradaban Melayu itu tidak ada. Tidak wujud, kerajaan yang besar-besar seperti Mesir kuno dan Yunani pada zaman silam.
Namun, ciri yang menunjukkan kerajaan-kerajaan ini adalah daripada peradaban Melayu adalah reka bentuk rumah dan atapnya. Othman Yatim (2007) membandingkan reka bentuk rumah ketua-ketua Maori dan raja-raja Melayu dapat melihat banyak persamaan bentuk, symbol-simbol dan istilahnya. Kedua, reka bentuk kapal “catamaran,” yang dibina oleh penduduk-penduduk di wilayah peradaban Melayu ini juga menunjukkan persamaannya, seperti satu tiang dan sekeping layar, dan tidak berlapis seperti layar pada tongkang China.
Arof Ishak juga menunjukkan bahawa makanan wilayah Melayu ini terdiri daripada keladi dan ubi.
Suatu ciri peradaban yang tidak menjadi fokus Arof Ishak adalah himpunan kepustakaan dalam peradaban Melayu. Oleh sebab itu beliau tidak pun menyentuh aspek ini dalam laporan beliau. Beliau memberi sepenuh perhatian kepada artifak-artifak budaya yang fizikal dan dapat diperhatikan. Beliau tidak menyentuh tentang aspek intelektual dalam peradaban Melayu!
Oleh sebab wilayah di luar Kepulauan Melayu di Tenggara Asia tidak pernah menjadi wilayah konsentrasi aktiviti perdagangan, intelektual dan budaya yang aktif. Sebenarnya, aspek intelektual ini adalah suatu yang sangat penting dalam peradaban Melayu. Di mana sahaja yang pernah menjadi pusat pemerintahan sultan atau raja Melayu, kita akan mendapati lahirnya golongan intelektual yang menghasilkan karya agama (falsafah) dan epik-epik Melayu, semenjak tradisi Hindu Buddha seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing, membawa kepada kerajaan-kerajaan Melayu Islam di Acheh, Medan, Palembang, Melaka, Perak, Johor, Petani, dan yang menjadi fokus kita dalam seminar ini, Riau dan Johor.
Kertas ini tidaklah dapat menyenaraikan keseluruhan karya intelektual yang dizahirkan dalam zaman-zaman peradaban Melayu secara keseluruhannya. Sesiapa yang pernah mengunjungi Perpustakaan Hindia Timur di Leiden, East India dan School of Oriental and African Stidues, Frankfurt University, Australian National University, dll. Dan saya yakin di Perpustakaan Nasional di Jakarta, akan mengetahui sebanyak manakah bilangan produk intelektual daripada peradaban Melayu. Malah, di semua muzium di Malaysia, dan di Perpustakaan Kebangsaan Malaysia, di Pusat Dokumentasi di Dewan Bahasa dan Pustaka, di Perpustakaan Alam dan Tamaddun Melayu, dan Perpustakaan Tun Seri Lanang di Universiti Kebangsaan Malaysia, terhimpun ribuan manuskrip yang dihasilkan oleh ahli persuratan Melayu.
Sebuah Katalog yang disusun oleh Teuku Iskandar dapat menunjukkan kepada kita bilangan manuskrip Melayu yang tersimpan di Perpustakaan di Leiden. Kertas ini tidak dapat memberi maklumat detel mengenai kandungan Katalog ini. Maklumat rinci dapat disediakan dalam makalah yang dapat disempurnakan kemudian.
Dalam internet, ada tiga buah yang menarik. Pertama “Sabri Zain” koleksi peribadi yang mengandungi lebih enam ratus buah manuskrip. Kedua, ada lebih seratus manuskrip digital di laman DBP, UM dan UKM di Malaysia. Ketiga, Melayu Online mengandungi banyak maklumat mengenai produk intelektual peradaban Melayu. Manuskrip dalam Sabri Zain, dan yang disenaraikan dalam DBP, UM dan UKM dapat didownload secara gratis. Melayu Online masih belum memberi laluan kepada pengunjungnya mendownload sebarang manuskrip.
Adalah diyakini, himpunan manuskrip yang dihasilkan oleh para intelektual peradaban Melayu adalah lebih banyak di Indonesia. Maklumat mengenai produk intelektual ini perlu diproses secara digital supaya dapat dimanfaatkan oleh siswa, penyelidik, dan pembaca secara umumnya.

No comments:

Post a Comment