Kenyataan Khas Malaysians For Egypt ( M4E )
Sempena Pembatalan Hukuman Bunuh dan Penjara Seumur Hidup dalam Kes Bilik Operasi Rabaah.
Pihak M4E mengikuti dengan cemas satu lagi kes kejam angkara Rejim Kudeta di Mesir sejak bermulanya perbicaraan ini sehingga ke tarikh 3 Disember 2015. Alhamdulillah mahkamah rayuan Mesir telah membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan sebelum ini iaitu 14 orang dihukum gantung dan 37 lagi dihukum penjara seumur hidup.
Untuk makluman, kes yang dikenali sebagai Bilik Operasi Rabaah ini merupakan pertuduhan palsu ke atas 51 orang kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yg didakwa menjadikan Masjid Rabaah Adawiah ( sewaktu piket umum rakyat Mesir pada bulan Julai- Ogos 2013) sebagai bilik operasi yg menggerakkan penentangan terhadap kerajaan Rejim Kudeta.
Perlu dimaklumi juga agak banyak kes seperti ini yg terus dikekalkan hukuman gantung dan penjara seumur hidup kepada sejumlah pejuang termasuk ke atas Syeikh Dr Yusuf Qaradawy sebelum ini walaupun proses penghakiman dipenuhi dengan keraguan dan tidak mengikuti lunas- lunas undang-undang dan kaedah pendakwaan yang diamalkan di seluruh dunia.
Berdasarkan kepada sejarah kezaliman Rejim Kudeta sejak 3 Julai 2013 sehingga kini, kita mendapati pembatalan hukuman ini mempunyai niat jahat yang tersembunyi. Beberapa analisis dikemukakan di sini:
- Hukuman gantung sampai mati hanya merupakan alat untuk memberikan tekanan dan ancaman ketakutan kepada sebarang penentangan terhadap Rejim Kudeta.
- Walaubagaimanapun ianya belum dilaksanakan terhadap sejumlah hukuman gantung sampai mati sebelum ini, cuma 2 kes 7 pemuda telah dilaksanakan hukuman tersebut. Ini disebabkan pelaksanaan hukuman ini bakal meledakkan penentangan besar- besaran di kalangan rakyat. Realiti kegagalan Rejim Kudeta dalam memulihkan krisis politik dan ekonomi serta masalah sosial tidak mampu ditanggung oleh kerajaan haram ini dan tidak perlu ditambah lagi dengan krisis kemarahan rakyat nanti. Sisi juga telah tidak diterima di banyak negara luar yg ingin dikunjungi termasuk Malaysia di samping diaibkan semasa kunjungannya di Jerman, London dan Perancis.
- Pembatalan hukuman ini diharapkan akan menjadi tanda bahawa keadilan masih ada di Mesir. Ianya juga mempunyai maksud tersembunyi iaitu rakyat akan boleh menerima hukuman penjara untuk tempoh yang sangat lama kecuali penjara seumur hidup dan hukuman gantung sampai mati. Sebenarnya tiada sebarang perbezaan antara hukuman ini dengan hukuman yang lain kerana ianya tidak ditegakkan di atas landasan undang-undang yg saheh.
- Kesimpulannya, penganalisis mendapati adanya fenomena bahawa Mahkamah Rayuan akan menolak hukuman gantung yg telah dijatuhkan oleh mahkamah terdahulu tetapi mengekal/menyokong sebarang keputusan mahkamah yang melibatkan hukuman penjara seperti kes yang melibatkan Dr el Beltagi dan bekas hakim el Hudhairi.
Malaysians For Egypt ( M4E ) masih konsisten menolak sebarang keputusan mahkamah Mesir samada yg sudah diputuskan atau yang akan dibicarakan kerana ianya tertegak atas dasar Kudeta ke atas kerajaan pilihan rakyat melalui pilihanraya yang bersih dan adil serta diiktiraf oleh dunia. Apatah lagi proses penghakiman dipenuhi dgn motif politik dan balas dendam serta keraguan yang melampau.
M4E juga terus komited memperjuangkan pembelaan terhadap kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat Mesir. Rakyat Malaysia yang prihatin terus mendoakan agar rakyat Mesir terus sabar dan gigih memperjuangkan pengembalian hak asasi dan demokrasi yang dicabuli dan insyaAllah Dr Morsi akan kembali ke tampuk pemerintahannya semula.
Sekretariat Malaysians For Egypt ( M4E )
Kuala Lumpur, Malaysia
4 Disember 2015

No comments:
Post a Comment