Friday, July 4, 2014

Sejarah Kerajaan Kuala Berang (Fo - Lo - An)

Batu Bersurat
Peta Negeri Terengganu

Dari Empayar Srivijaya Malai ke Bumi Kuala Berang
"Di Pagar Ruyung, Nakhoda Khalifah mengetuai satu ekspidisi dakwah ke Selatan Pulau Jawa di mana terletaknya pusat pemerintahan Kerajaan Buddha Sri Vijaya. Kerajaan Buddha Sri Vijaya ketika ini menaungi Fo-Lo-An (Kuala Berang) dan hampir setiap tahun Fo-Lo-An menghantar ufti kepada kerajaan ini melalui wakil yang dilantik. Setelah diIslamkan oleh Syarif Nakhoda dan angkatan Raja Minangkabau, Fo-Lo-An terus merdeka daripada Kerajaan Buddha Sri Vijaya."
Prof. Dr. Rusydi Hamka telah mendedahkan kepada umum tentang kajian bapanya
yang tidak sempurna iaitu perihal Batu Bersurat Kuala Berang. Pendedahan ini dibuat di Dewan Auditorium IKIM lalu menarik perhatian para pengkaji. Menurut catatan peribadi Dr. Hamka yang ditulis sekitar tahun 1973, ada kemungkinan Syarif Nakhoda adalah Syarif Muhammad al-Baghdadi!! Alasan Dr. Hamka adalah... sebaik sahaja Kerajaan Buddha Sri Vijaya diIslamkan, jejak Syarif Nakhoda tidak dapat dikesan dan didapati tidak pulang kembali
ke Pagar Ruyung mahupun Perlak. Kematiannya turut disiasat dan tidak menemui sebarang petunjuk tentang lokasi makam. Kajian Dr. Hamka terpaksa menelusuri ke Bumi Timur Tengah semula kerana mengandaikan ada kemungkinan Syarif Nakhoda ini telah kembali ke tanah kelahirannya. Namun turut tidak menemui asas yang kuat. Sebaliknya... watak bergelar Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah paling kukuh untuk dikaitkan dengan watak Syarif Nakhoda @ Nakhoda Khalifah @ Muhammad Nafs az-Zakiyyah @ Muhammad al-Mahdi @ Muhammad bin Abdullah al-Kamil. Kerana kedatangan Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kuala Berang (Fo-Lo-An) sekitar abad ke-12 adalah sama hampir dengan tarikh pengIslaman Kerajaan Buddha Sri Vijaya pada tahun 1178M. Di dapati... Syarif Muhammad al-Baghdadi diiringi sebahagian pengikutnya dari Pagar Ruyung membina Kota Temir yang dipercayai berkeluasan 300 ekar (Muzium Terengganu hanya
mengumumkan 30 ekar sahaja!). Bahkan salah seorang pengikutnya dikenali sebagai Raden Merih telah membuka daerah Dungun ketika itu. Berdasarkan kajian yang masih berjalan... Ada kemungkinan juga individu yang dikenali sebagai Tok Raja Ri adalah Raden Merih di mana makamnya tidak jauh daripada makam Syarif Muhammad al-Baghdadi yang diwar-warkan.
Fakta:
1-Sebelum kedatangan agama islam, penduduk Kuala Berang beragama buddha.
2- Sesetengah pihak sejarahwan negara masih lagi menafikan Kuala Berang adalah penerima Ajaran Agama Islam yg terawal. Bukti fizikal(Batu Bersurat) dinafikan. Sekiranya fakta ini diterima, Maka segala "susun atur teks sejarah malaya berubah.
3- Yang sedihnya, sepanjang penglibatan penulis dalam "carian" peradaban Kuala Berang, tiada seorangpun "anak jati" Kuala Berang berani membawa isu ini kepada pihak bertanggungjawab. Terhenti hanya di kedai kopi.
wallahualam...

Sumber FB

No comments:

Post a Comment