Monday, July 14, 2014

4 bintang untuk Jerman


HARAKAHDAILY

TAHNIAH Jerman! Jerman mengakhiri penantian 24 tahun untuk menjulang kembali Piala Dunia setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 1990 di Itali menewaskan Argentina juga dengan jaringan 1-0.

Jerman (ketika itu Jerman Barat) memenanginya kali pertama (Trofi Jules Rimet) pada tahun 1954 di Switzerland mengalahkan Hungary 3-1. Jerman memenanginya buat kali kedua selepas 20 tahun iaitu pada tahun 1974 mengalahkan Belanda 2-1. Jerman menjadi tuan rumah.

Kemudian Jerman terpaksa menunggu 16 tahun kemudian untuk menang buat kali ketiga.

Sebaik tamat kejohanan kali ini, Jerman mencipta banyak catatan sejarah iaitu secara keseluruhan Jerman muncul pasukan paling banyak beraksi di perlawanan akhir iaitu lapan kali. Jerman juga muncul pasukan pertama Eropah menang di Benua Amerika (Brazil merupakan pasukan pertama benua Amerika menang di Eropah).

Ini kali pertama Jerman menang atas negara Jerman Bersatu. Tiga kemenangan sebelum ini atas nama Jerman Barat. Penyerang veteran mereka Miroslav Klose pula menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman iaitu 16 gol.

Tahniah Jerman! Empat bintang untuk anda. Satu di belakang Brazil dan menyamai skuad Itali. - HARAKAHDAILY 14/7/2014

No comments:

Post a Comment