Harakahdaily, |
(Pesuruhjaya PAS Terengganu, Wahid Endut bertemu petugas penyelamat di kawasan stadium yang runtuh)
KUALA TERENGGANU: Stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu yang runtuh sebelum ini runtuh lagi hari ini sehingga mencederakan beberapa pekerja tempatan.
(3 pekerja tempatan yang menjadi mangsa runtuhan ini)
Bangunan stadium yang runtuh sebelum ini sedang dibaik pulih namun tiba-tiba ia runtuh dan menimpa beberapa pekerja binaan yang sedang bekerja.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mohd Abdul Wahid Endut yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian bergegas ke tempat lokasi sebaik sahaja dimaklumkan.
Beliau yang tiba di sana kira-kira jam 11.40 pagi sempat melihat tiga pekerja tempatan yang cedera ringan dikejarkan ke hospital.

Turut bersama beliau ke lokasi kejadian Pengerusi Amanah Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah Raja Ahmad.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009
No comments:
Post a Comment