Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR:
Kemunculan Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di
pentas umum terbukti sangat dinantikan apabila Dewan Perhimpunan Cina
Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) sesak dengan kehadiran orang ramai malam
tadi.
PI Bala tampil menceritakan penglibatan beliau sebagai penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda yang merupakan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
PI Bala juga menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?'.
PI Bala buat pertama kalinya tampil di pentas umum bagi mendedahkan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas kembali ke Malaysia Ahad lalu, setelah empat tahun tinggal di India.
Ketibaan PI Bala disambut seperti wira dengan tepukan gemuruh dan sorakan lebih 2,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan.
Orang ramai kelihatan sangat teruja untuk mendengar sendiri pendedahan PI Bala mengenai kes yang bermula sejak 2006 itu.
Antara yang disebut dalam pendedahan Bala adalah mengenai penglibatan adik Perdana Menteri, Datuk Nazim Razak mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah pertama.
“Saya dipanggil ke hotel untuk bertemu Nazim. Nazim tanya saya, kamu sayang keluarga kamukan? Saya jadi takut dengan soalan-soalan ugutan seperti itu dan memutuskan untuk membuat akuan bersumpah kedua,” kata Bala sekaligus menjawab persoalan beliau menukar akuan bersumpahnya yang dibuat pada 2008.
Sebelum mengakhiri forum, PI Bala menyatakan kesediaanya membantu Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Saya pulang ke Malaysia untuk memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat," kata beliau disambut tepukan dan sorakan gemuruh.
PI Bala juga akan meneruskan siri jelajah ke Kelantan dan Perak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Sebelum PI Bala tampil di pentas, forum dimulakan dengan ucapan Kartunis Zunar dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Cynthia Gabriel.

No comments:
Post a Comment