Friday, February 22, 2013

Hampir 13.3 Juta Pemilih Layak Mengundi Tahun Ini, kata SPR

  

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah pemilih berdaftar seluruh negara, apabila dicampurkan dengan daftar pemilih tambahan yang akan digazetkan hari berjumlah 13,291,385 orang.
 
Menurut Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said, badan pengendali pilihan raya itu memperaku dan akan mewartakan daftar pemilih suku keempat 2012, seperti yang dikehendaki Peraturan 21A dan 22 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2002, menetapkan Daftar Pemilih Tambahan diperakui sebelum ia dapat digunakan untuk urusan pilihan raya.
 
“Bagi tempoh 1 Oktober hingga 31 Disember 2012 mengandungi 294,392 permohonan untuk menjadi pemilih yang terdiri daripada 243,204 pendaftaran baru dan 51,188 pendaftaran bertukar alamat pusat mengu,” kata Sabri dalam satu kenyataan hari ini.
 
“DPT ST4/2012 (daftar pemilih tambahan suku tahun keempat 2012) ini akan diwartakan pada hari ini, 22 Februari 2013. Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi  yang tidak terlibat dengan bantahan.”
 
Menurut Sabri, bagi pemohon-pemohon yang nama mereka terlibat dengan bantahan, SPR menangguhkan pemerakuan kepada permohonan tersebut sehingga bantahan itu dapat diselesaikan melalui siasatan awam yang akan dijalankan oleh SPR.
 
“Sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2012 dari 17 Januari  hingga 30 Januari 2013, SPR telah menerima 630 bantahan yang melibatkan 19 bahagian Pilihan Raya Parlimen dan kesemua bantahan itu masih belum diselesaikan.”
 
“DPT ST4/2012 (daftar pemilih tambahan suku tahun keempat 2012) ini akan diwartakan pada hari ini, 22 Februari 2013.  Pewartaan ini melibatkan permohonan pendaftaran baru atau bertukar alamat pusat mengundi  yang tidak terlibat dengan bantahan.
 
“Sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST4/2012 dari 17 Januari  hingga 30 Januari 2013, SPR telah menerima 630 bantahan yang melibatkan 19 bahagian Pilihan Raya Parlimen dan kesemua bantahan itu masih belum diselesaikan,” katanya.
 
  Oleh Nomy Nozwir / The Malaysian Insider
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment