KUALA
 LUMPUR, 11 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini 
mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baharu 
dikenali sebagai Malindo Airways.
Najib berkata syarikat penerbangan itu, hasil usahasama antara 
National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion 
Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan
 di KLIA2.
Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.
“Pada pendapat saya, akronim MALINDO — gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.
“Daripada segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat di sini. — Bernama
Sumber themalaysianinsider
     
No comments:
Post a Comment