| Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 
KAHERAH:
 Presiden Mesir, Mohamed Morsi, berkata Mesir akan menyokong sebarang 
inisiatif untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara di Pertubuhan
 Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Mesir akan terus menyokong sebarang langkah yang diputuskan oleh 
pemimpin Palestin untuk mendapatkan keahlian penuh dalam PBB," ujar 
Morsi dalam ucapan pembukaan Liga Arab .
Cubaan terdahulu Palestin untuk memperbaiki status rasmi mereka di 
PBB – ‘entiti’ pemerhati PBB tanpa hak mengundi - telah gagal. Cubaan 
itu gagal di tengah-tengah sekatan kewangan dan lobi diplomatik dari 
Israel dan Amerika Syarikat.
Menteri Luar Palestin berkata mereka akan meminta supaya Palestin 
dinaik ke taraf negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB 
hujung bulan ini. Usaha itu adalah langkah peringkat pertama ke arah 
pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara.
Undi majoriti mudah dalam Perhimpunan Agung yang melibatkan 193 ahli 
sudah cukup untuk memberi status negara pemerhati bukan anggota kepada 
Palestin, tanpa melalui Majlis Keselamatan - di mana Amerika Syarikat, 
sekutu Israel, mempunyai kuasa veto.
Keahlian penuh PBB bagaimanapun, memerlukan kelulusan oleh Majlis Keselamatan -  dan Washington.
Morsi juga menyeru kepada perdamaian antara puak Palestin yang 
berpecah antara pergerakan Fatah yang diketuai Abbas di Ramallah dan 
kumpulan Hamas, yang menguasai Gaza.
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby berkata Rabu lalu bahawa Liga Arab 
menyokong  usaha Abbas untuk mendapatkan status pemerhati negara bukan 
anggota dan menambah bahawa ia akan terus mendesak PBB untuk status 
keahlian penuh bagi Palestin.
Israel telah merampas bahagian timur Baitul Maqdis sebagai ibu negara
 mereka - satu langkah yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa - 
dan berkata ia akan merampas penempatan di Tebing Barat melalui 
mana-mana perjanjian damai. Israel secara unilateral berundur dari Gaza 
pada tahun 2005.
Rakyat Palestin mengatakan penempatan Israel di Tebing Barat telah 
memberi halangan kepada prospek perjanjian dua negara. Percanggahan 
pendapat mengenai isu tersebut  menyebabkan rundingan tergendala pada 
tahun 2010.
Israel menuduh kerajaan Abbas mengelak dari membuat rundingan yang 
akan melibatkan kompromi wilayah dan telah meminta Abbas untuk kembali 
mentadbir Gaza, wilayah yang terlepas ke tangan Hamas pada tahun 2007
No comments:
Post a Comment