Ahli
 keluarga Nakoula Basseley Nakoula, warga California yang menulis dan 
menghasilkan filem anti-Islam, Innocence of Muslims, hidup tak tenang 
setelah filem itu menuai kemarahan muslim di pelbagai negara. Mereka 
memutuskan meninggalkan rumah Selasa dinihari, dengan kawalan polis, 
untuk mula hidup dalam persembunyian.
Nakoula
 Basseley Nakoula belum kembali ke rumahnya di Cerritos, California, 
sejak diwawancara Jumaat larut malam oleh pegawai persekutuan tentang 
peranannya dalam pembuatan filem itu. Karyanya telah mencetuskan protes 
ganas anti-Amerika di seluruh dunia.
Saat
 meninggalkan rumah, ahli keluarga Nakoula menutupi seluruh wajahnya. 
Mereka kemudian naik ke kereta polis untuk bergabung dengan Nakoula di 
sebuah tempat yang dirahsiakan.
"Mereka
 memutuskan bahawa mereka akan lebih selamat keluar dari rumah itu 
sehingga boleh bergerak dan hidup normal," kata Steve Whitmore, juru 
bicara polis. "Yang kami lakukan adalah menjemput mereka dan menyatukan 
mereka dengan Nakoula," seperti dipetik Tempo online dari ABC News 
Selasa (18/9).
Whitmore
 menolak menyebutkan di mana keluarga itu tinggal saat ini. Mereka 
menyatakan tidak akan pernah kembali ke rumah mereka di Cerritos, 
walaupun keputusan itu "sepenuhnya terserah kepada keluarga".
Nakoula,
 55 tahun, mengakui peranannya dalam pembuatan filem itu minggu lalu. 
Saat itu, ia meminta bantuan polis untuk menangani ancaman pembunuhan 
yang diterimanya sejak pelancaran filem itu. Ia juga menyatakan "takut 
mati", berkaitan keselamatan dirinya dan keluarganya.
Nakoula
 awalnya menggunakan nama samaran Sam Bacile, mengatakan kepada wartawan
 ia adalah seorang "Yahudi-Israel", dan filem itu menelan kos sekitar US
 $ 5 juta, yang berasal dari teman-teman Yahudi-nya. Namun, yang 
sebenarnya, Nakoula adalah seorang Mesir-Amerika beragama Kristian 
Koptik.
Ia
 kemudian berkata kepada pihak berkuasa bahawa ia dan anak lelakinya, 
Abanob Basseley, 21 tahun, yang bertanggung jawab untuk menghasilkan 
filem itu. Ia juga meralat kos pengeluaran sebanyak US $ 50 ribu hingga 
US $ 60 ribu dan penggambaran yang dilakukan tak lebih dari 12 hari. Ia 
mendakwa wang untuk filem itu berasal dari keluarga isterinya di Mesir.
Catatan
 yang diperolehi oleh ABC News menunjukkan, Nakoula pernah dihukum 
kerana berniat menghasilkan metamfetamin pada 1990-an. Ia juga pernah 
terjerat kes undang-undang bagi tuduhan penipuan bank.
Menurut
 laman web The Smoking Gun, Nakoula dihukum 21 bulan penjara dan lima 
tahun masa percubaan, lalu dipindahkan dari kompleks pemasyarakatan 
persekutuan di Lompoc, California, ke rumah peralihan pada tahun 2010. 
Ia dibebaskan dari tahanan persekutuan pada Jun 2011. Produksi filem itu
 bermula hanya dua bulan selepas dia tidak di sebuah tempat di selatan 
California. sumber eramuslim.com
No comments:
Post a Comment