Sunday, October 11, 2015

Polis Siasat Sama Ada Kematian Bekas ADUN Berkait Dengan Kematian Sepupu


Allahyarham Alias Abdullah
KUALA TERENGGANU, 11 Okt (Bernama) -- Pihak polis turut menyiasat sama ada kes kamatian bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Alias Abdullah yang dipercayai ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat mempunyai kaitan dengan kematian sepupunya yang turut ditembak sebelum ini.

"Pihak polis juga sedang menyiasat sama ada kes tersebut mempunyai kaitan dengan kes tembakan yang melibatkan seorang pesara guru yang juga merupakan sepupu kepada mangsa pada Ogos lalu," kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Pesara berkenaan Mat Jusoh Ali, 56, maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan insiden tersebut dilakukan pihak yang yang sama namun menggunakan senjata berbeza.

"Jika kita lihat, kedua-dua kes berlaku pada tarikh yang sama (iaitu 9 Ogos dan 9 Sept)," katanya dan menambah pihak polis telah menubuhkan pasukan bagi menjalankan siasatan terperinci dan mencari petunjuk bagi kes berkenaan.

Katanya seramai 10 orang yang terdiri daripada anggota keluarga, kenalan dan jiran Alias telah dipanggil bagi memberi keterangan.

Rosli berkata kes tersebut memang telah dirancang terlebih awal.

-- BERNAMA


Sumber BERNAMA

DCA Diarah Siasat Dakwaan Penemuan Bangkai Pesawat Di Selatan Filipina - Liow


Datuk Seri Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk menyiasat dakwaan penemuan bangkai pesawat di sebuah pulau di selatan Filipina yang dikaitkan dengan kehilangan MH370.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan itu turut melibatkan antara lain Bahagian Siasatan Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan.

"Saya telah menerima laporan mengenai penemuan itu dan ia belum boleh disahkan lagi...kita memberi ruang kepada mereka untuk siasat," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62 di sini Ahad.

Liow turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan itu sebelum siasatan selesai.

Seorang lelaki bernama Jamil Omar dilaporkan, membuat laporan di balai polis Sandakan dengan mendakwa saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina pada awal September lepas.

Laporan itu turut mengandungi dakwaan terdapat rangka dan tulang manusia selain bendera Malaysia dalam pesawat berkenaan.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

-- BERNAMA

BERZIKIRLAH DILIDAHMU, DIAKALMU, DIHATIMU DAN DIBATIN DIHATIMU

Ustaz Iqbal Zain


Rasulullah saw bersabda, “Wahai Abu Zarr! Berzikirlah kepada Allah dengan zikir khamilan!”, Abu Dzarr bertanya: “Apa itu khamilan?”
Sabda Rasul: “Khafi (dalam hati)” (Mizan al-Hikmah 3: 435).
TAHAP pertama zikir adalah zikir lisan. Kemudian zikir kalbu yang cenderung diupayakan dan dipaksakan. Selanjutnya, zikir kalbu yang berlangsung secara terus, tanpa perlu dipaksakan. Serta yang terakhir adalah ketika Allah sudah berkuasa di dalam kalbu disertai zikir itu sendiri. Inilah rahsia dari sabda Nabi saw: ” Siapa ingin bersenang – senang di taman syurga, perbanyaklah mengingati Allah”.
TANDA bahawa sebuah zikir sampai pada sirr (nurani yang terdalam yang menjadi tempat cahaya penyaksian) adalah ketika pelaku zikir dan objek zikirnya lenyap tersembunyi. Zikir Sirr terwujud ketika seseorang telah terliputi dan tenggelam di dalamnya. Tandanya, apabila engkau meninggalkan zikir tersebut, ia takkan meninggalkanmu.
Zikir tersebut terbang masuk ke dalam dirimu untuk menyedarkanmu dari keadaan tidak sedar kepada keadaan hudhur (hadirnya kalbu). Salah satu tandanya, zikir itu akan menarik kepalamu dan seluruh organ tubuhmu sehingga seolah–olah tertarik oleh rantai. Tandanya, zikir tersebut tak pernah padam dan cahayanya tak pernah redup.
Namun, engkau menyaksikan cahayanya selalu naik turun, sementara api yang ada di sekitarmu sentiasa bersih menyala. Zikir yang masuk ke dalam sirr(rahsia hati) terwujud dalam bentuk diamnya si pelaku zikir seolah–olah lisannya tertusuk jarum. Atau, semua wajahnya adalah lisan yang sedang berzikir dengan cahaya yang mengalir darinya.
KETAHUILAH, setiap zikir yang disedari oleh kalbumu didengar oleh para malaikat penjaga. Sebab, perasaan mereka beserta perasaanmu. Di dalamnya ada sirr sampai saat zikirmu sudah ghaib dari perasaanmu kerana engkau sudah lebur bersama Tuhan, zikirmu juga ghaib dari perasaan mereka.
Kesimpulannya, berzikir dengan ungkapan kata–kata tanpa rasa hudhur (kehadiran hati) disebut zikir lisan, berzikir dengan merasakan kehadiran kalbu bersama Allah disebut zikir kalbu, sementara berzikir tanpa menyedari kehadiran segala sesuatu selain Allah disebut Zikir Sirr. Itulah yang disebut dengan Zikir Khafi.
Allah SWT berfirman: “Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu (nafsika) dengan merendahkan dirimu dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai” (QS. 7: 205).
REZEKI lahiriah terwujud dengan gerakan badan, rezeki batiniah terwujud dengan gerakan kalbu, rezeki sirr terwujud dengan diam, sementara rezeki akal terwujud dengan fana dari diam sehingga seorang hamba tinggal dengan tenang untuk Allah dan bersama Allah.
Nutrisi dan makanan bukanlah santapan rohani, melainkan santapan badan. Adapun yang menjadi santapan rohani dan kalbu adalah mengingati Allah Zat Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Allah SWT berfirman, “Orang–orang beriman dan kalbu mereka tenteram dengan mengingat (zikir kepada) Allah.” Semua makhluk yang mendengarmu sebenarnya juga ikut berzikir bersamamu. Sebab, engkau berzikir dengan lisanmu, lalu dengan kalbumu, kemudian dengan nafs–mu , kemudian dengan rohmu, selanjutnya dengan akalmu, dan setelah itu dengan sirmu.
Bila engkau berzikir dengan lisan, pada saat yang sama semua benda mati akan berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan kalbu, pada saat yang sama alam beserta isinya ikut berzikir bersama kalbumu. Bila engkau berzikir dengan nafs–mu, pada saat yang sama seluruh langit beserta isinya juga turut berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan rohmu, pada saat yang sama singgahsana Allah (’Arsy) beserta seluruh isinya ikut berzikir bersamamu.
Bila engkau berzikir dengan akalmu, para malaikat pembawa Arsy dan roh orang–orang yang memiliki kedekatan dengan Allah juga ikut berzikir bersamamu. Bila engkau berzikir dengan sirrmu, Arasy beserta seluruh isinya turut berzikir hingga zikir tersebut bersambung dengan Zat–Nya.
Imam al-Baqir dan Imam as-Sodiq berkata: “Para malaikat tidak mencatat amal solih seseorang kecuali apa-apa yang didengarnya, maka ketika Allah berfirman: “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu (nafsika)”, tidak ada seorangpun yang tahu seberapa besar pahala zikir di dalam hati dari seorang hamba-Nya kecuali Allah Ta’ala sendiri”.
DI DALAM riwayat lainnya disebutkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Zikir diam (khafi) 70 kali lebih utama daripada zikir yang terdengar oleh para malaikat pencatat amal. “ (Al-Hadits). Bila sang hamba mampu melafazkan Zikir Khafi serta meyakini bahawa semua Alam Lahir dan Alam Batin merupakan penampakan/manifestasi dari nama-nama-Nya maka dia akan merasakan kehadiran dan kebersamaan-Nya di semua tempat dan merasakan pengawasan-Nya dan jutaan nikmat-nikmat-Nya.
Perasaan akan kehadiran-Nya ini akan mencegah sang hamba dari berbuat dosa dan maksiat. Jika di hadapan anak yang sudah akil baligh saja manusia malu untuk berbuat dosa dan membuka auratnya, maka bagaimana ia tidak malu untuk membuka auratnya dihadapan Sang Khaliq?
Mengapa kita tidak merasa janggal dan malu berbuat hal-hal yang tidak layak di hadapan Allah al-Khaliq? Itu kerana keyakinan kita atas kehadiran-Nya di setiap wujud tidak sebagaimana keyakinan kita ketika kita melihat kehadiran sang anak yang akil baligh tersebut. Apabila kita ingin mencapai keyakinan seperti ini kita mesti mempersiapkan latihan-latihan untuk melaksanakan Zikir Khafi sampai pada suatu tahapan di mana hati kita berzikir secara automatik seperti gerak detak jantung dan tarikan-tarikan nafas kita (yang tidak kita kendalikan)
Imam Ali Zainal ‘Abidin as di dalam do’anya: “Ilahi, Ilhamkanlah kepada kami Zikir kepada-Mu di kesendirian maupun di keramaian, di malam hari maupun di siang hari, secara terang-terangan, maupun secara rahsia (sembunyi), di saat gembira mahupun di saat kesusahan, jadikanlah hati kami menjadi senang dengan berzikir al-khafi“
(Bihar al-Anwar 94 : 151).
Laa haula wa laa quwwata illa billah – Tiada daya dan kekuatan kecuali kerana pertolongan Allah jua... Mari kita mula mengubah rutin harian kita dengan banyak mengingati Allah... daripada lalai kepada ingat, daripada ingat kepada cinta dan rindu kepada Allah. Tiadalah kemuliaan yg paling agung kecuali nama-nama Zat Yang Maha Agung dinisbahkan pada lidahmu... akalmu... hatimu dan hati batin terdalam dlm dirimu dengan ingatan yang tulus lagi murni... hakikatnya bukan engkau ingat akan Dia ketika ingatmu... tapi sifat-Nya lah yang mengingat akan Zat-Nya yang tertajalli pada dirimu. Engkaulah cermin bagi Diri-Nya...

kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid At Taqwa Batu 6 Kuala Terengganu. Sabtu | 10.10.2015

 Membela anjing dikalangan orang Islam, apa kata ulama mengenai isu ini dan apakah hukum membela anjing di sisi Islam.

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid At Taqwa Batu 6 Kuala Terengganu. Sabtu | 10.10.2015

Kitab Hadis 40
Makan Yang Halal
1. Halal ni lawannya haram,bende yg halal ini kalu kite ambil dpt pahala krn kita buat krn ikut perintah Allah,bile nok tahu haram halal ni maka kaedahnya kene cari ilmu lah,Kene ngaji lah kat ustaz2 ngajor atau ulamak mari ngajor dumoh bulih belaka asalkan tahu hukum halal dan haram ni.
2. Leni ulamak kamain karang kitab wak mudoh mudoh tp dok mari jgk dengor leni peseng pelik dok wahi dgr tp bab politik depan kali sokmo konon pejuang rakyat ah tp sejid surau xdok muka dia kepala hotok mung.Muka dia ade belaka tepek dalam facebook bersih 1 bersih 2 bersih 3 bersih 4 ade belaka muka dia tp bab ngaji ugama xdok ni jenis tukkk mung belaka ah tu.Kene ngaji ah
3. Ade yg haram ni asalnya haram tp bile keadaan tertentu ianya boleh jadi halal cth org yg keputusan belakan makanan lalu dijumpai bangkai lembu dan jika dia tak makan dia akan mati jadi daruroh itu mgharuskan dia makan yg diharamkan dan mestilah mengikut sukatan dan syarat yg dibenarkan.
4. Doh kite xdok daruroh pun makang haram doh ingat molek jenis makang haram ni ibadat dia tidak akan diterima olih Allah swt.Walaupum mu paka serban besor koloh sura tp bahang pitih derma bahang pitih anok yatim segala amalanmu dok diterima skepeng sbb tu kene belajor kalu dok belajor dok reti ah.
5. Presiden amareka pun dia akan disoal oleh Allah kenape xbuat hukum qisas mase ngetoh?Presiden rusia putin botol susu tu pun akan ditanya kenapa mu dok perintahkan wanita menutup aurat?Nisbah tuntutan Allah semua kene buat.8 bilion umat manusia di atah muka bumi ni semua umat Nabi Muhammad saw sbb tu tuntutan Allah wajib pd semua.Cume nisbah atas hukum fiqh barulah perlu kpd islam krn syarat sah amal mesti islam.
6. Bila ada haram ni berhimpun dgn halal maka menang hok haram krn Nabi saw pernah kata siapa yg beli baju 10 rial dan 1 rial drpdnya dari sumber yg haram maka Allah dok terima amal ibadatnya.Tp kite xdok main bahang serial menteri2 wakil rakyat dok main ah serial main jote jote boh doh lagi lah balik awal.Kite berebuk nok jd menteri bergojoh hanya nok rebut putrajaya bodo guh politik islam ni bukan gtu politik islam ni bile ade pkara mungkar kita usaha utk perbetul keadaan itu hingga ikut syariat Allah samada jalan politik atau dakwah ni balik kuk abih nok politik krn nok putrajaya je hukum islam xmbuh perjuangkan berat nanang.
7. Kalau kite ambik harta org samada jalan tipu helah rompak curi atau samun dll lalu dia sedekah duit itu maka sedekah itu tidak diterima.
8. Leni musim nipu leni rama mane kene tipu beli barang dalam tenet rugi 300 400 rial suka sgt dia tipu duit org doh xdok iman nok wak guana org buat dosa ni ade 2 pertama dia buat dosa lalu dia berasa takut dan kedua dia buat dosa dan x rasa ape ape.
9. Leni rama jugok penjawat kerajaan claim naik kete je tp claim atah kapal terbang punchcard kul 9 balik kul 3 berat nanang ni semua makang haram belaka amal mu walau g haji sekalipun tidak diterima kerana mu ni jenis menipu lebong harta milik kerajaan hok niaga nipu cara niaga Labbaikallah ape ni ade hadis sebut doh haji mu dok diterima,leni mcm2 makang haram leni tukang bowok lori arok ke tukang tuko taya lori arok ke cashier ke tukang jual ke tokey ke bab kait dgn arok memang amal mu dok diterima.
10. Sebab tu la org melayu ni bodo bab rezeki,rezeki jgn ditolak kononnya sedangkan islam kata hok halal harus diambil tp rezeki yg haram wajib ditolak jadi kite kene ngaji supaya kita berbeza dgn org luar sana yg dok tahu kahala ban halal haram.
Wallahua'lam tunggu sambungan soal jawab pulok deh pakat share dari page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Saturday, October 10, 2015

BIODATA RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Nota Kaki :
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencinta

Friday, October 9, 2015

A Motivasi Hari Ini "Biar slow jangan stop" ............

Kongsi dpd sahabat

Mungkin ini boleh bantu kita semua. Semoga bermanfaat..
KUNCI KEJAYAAN

1. NAK
Bila hati NAK pasti boleh... Bila tak nak cari ALASAN ! Bila kita NAK kita pasti FOKUS!

2. MENTALITI
Mentaliti tercabar jika adanya cabaran ! Baru jatuh skit mula dah mengalah.... Mentaliti kena kuat! Anggap Itu smua COBAAN...

3. FOKUS
R.A.S...Reticular , Activating & System
Set apa yang kita NAK bukan apa yang kita TAK NAK!

4. MATLAMAT yang jelas... Setkan apa yang anda nak dalam matlamat anda..
.
5. MENTOR untuk guide kita.. Tanpa Mentor anda tak boleh pergi jauh

6. MESTI ! Tukar kata2 NAK kepada MESTI ! Sebab apa kata2 yang baik, Allah dengar...

7. STRATEGY - belajar untuk bina strategy yang cemerlang dari org bjaya.. Jangan try n error banyak kali...
8. EMOSI... U need of challenges! Jadi kan smua kutukan sebagai PEMBAKAR diri !!

9. BERANI - MESTI ada Impian yang jelas/besar

10. ILMU.., tanpa ILMU anda tak akan berjaya

Apa yang kita pikir, apa yang kita rasa, apa yang kita kata, apa yang kita usaha... Itu semua DOA...
> Kita nak DUIT n ada MASA...
> Kalau kita ada DUIT kita banyak boleh menyelesaikan banyak perkara.. Hati tenang...
> Nak ubah hidup kena cari org yang lebih BERJAYA
> Matlamat kena ada progress ! Set target
> sentiasa ada peningkatan.. Step by step..
> Penghalang untuk mencapai KEJAYAAN adalah DIRI SENDIRI
> Belajar jaga SOLAT Allah jaga REZEKI kita

Apa yang kita dapat JOM KONGSI.. Jangan SIMPAN ILMU tuuu... Ilmu berkat bila DIKONGSI

Tip - Tip Mudahnya Menjemput Rezeki"


Share dpd sahabat
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih "Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki"yg dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.
Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak usaha untuk menjemput rezeki.

1. Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah tmbh rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita,bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
Cth, bila tak baca Quran dgn alasan banyak kerja, even duk rumah je pun, kita akan rasa "Eh, dah pukul 12? Cepatnya masa berlalu! Belum masak lagi, belum sidai kain lagi". Sebab tiada keberkatan masa. Seolah kita melakukan sesuatu perkara tu terlalu mengambil masa, terlalu lama. Sedangkan bila kita baca Quran pagi2 tu, kita akan rasa, "Eh baru pukul 8am lagi tadi aku buat kerja sana sini? Laju sangat ke aku buat kerja? Rasanya biasa je, relax je. Hmm"

4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari.

5.Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita,nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8.Solatlah di awal waktu.
Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal.Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki..................... Semoga ada manfaat buat kita...

Bekas ADUN Alur Limbat Marang Terengganu Mati Di Tembak

Marang: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat di sini, selepas solat Jumaat tadi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Bekas ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad, berkata beliau dimaklumkan oleh isteri bekas wakil rakyat Barisan Nasional itu, Noriha Muhammad, suaminya ditembak di kepala dalam jarak dekat di rumah mereka.
Beliau berkata, kejadian selepas Allahyarham pulang daripada solat Jumaat itu dipercayai berlaku selepas mangsa membuka pintu rumah yang diketuk individu tidak dikenali.
"Mengikut apa yang dimaklumkan oleh isteri Allahyarham, tidak lama selepas pulang dari solat Jumaat, ada individu mengetuk pintu rumah dan arwah kemudian membuka pintu sebelum ditembak.
"Tembakan daripada jarak dekat itu dikatakan terkena pada kepala, sebelum rebah. Arwah kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.
Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dipilih sebagai ADUN Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008.

Allahyarham Alias Abdullah

Thursday, October 8, 2015

Foto -Foto Pesta Pantai Di Batu Buruk Kuala Terengganu Tahun 1970 an

by unggul

Pesta  Pantai merupa satu pesta  yang diadakan oeh golongan  petani daripada kampong sekitar daerah Kuala Terenggau seperti Kg Pasir Panjang/ Kg Bukit Depu/Kg Gong Tok Nasik/Kg Gong Maseh Dan Kg Batu Buruk. Pesta Pantai merupakan satu pesta  tahunan  dan  diadakan selepas menuai padi.

Mereka membina rumah pondok disepanjang pantai  Batu Buruk lebih kurang 3 km panjangnya.Mereka  bermalam selama 3 hari sambil menjamu selera dan berkunjung ke pondok - pondok.

Persembahan tradisi seperti wayang kulit/rodat/dikir barat/makyong/main gasing/silat  turut diadakan.
Pesta pantai  diadakan semenjak beratus tahun dahulu.Pada tahun 1980an pesta  pantai telah tidak  ada sambutan lagi.

Generasi hari ini sudah  tidak berminat untuk mewarisinya kerana mereka bukan lagi golongan petani.Sekitar Daerah Kuala Terengganu sekarang tapak sawah sawah padi  sudah pun bertukar  menjadi kawasan perumahan .

Foto-foto dibawah sekitar awal tahun 1970an tengoklah suasananya

Pemandangan Pesta Pantai di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu tahun 1970an
Menaiki bas untuk ke pesta pantai
Pondok - Pondok di sepanjang pantai
Pengunjung-pengunjung pesta pantai
Penghuni pondok pesta pantai

DNA RESEARCH CONFIRMS THAT MAJORITY OF MALAYS ORIGINATED FROM THE SUNDA SHELF

IMG 0207
PENANG, 6 April 2015 - DNA research has shown that the majority of Malay ethnic groups has deep ancestries from the region of the remaining Sundaland, which is the present-day Southeast Asia, after it has undergone several sea-water rises due to post-glacial floodings since 25,000-21,000 years ago.
This was posited by a professor from the School of Anthropology and Museum Ethnography, University of Oxford, Stephen Oppenheimer in his talk for the Archaeological Talk Series organised by the Centre for Global Archaeological Research (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM).
IMG 0273h
IMG 0278fh
“Most of the data from research carried out on samples of DNA collected from Malay respondents indicates that these Peninsula Malaysian Malays have deep ancestries on the Sundaland, but they also possess a minority of lineages trace to East Asia and South Asia.
“On the other hand, mtDNA (mitochondrial DNA) analysis of ethnic Laos [as a comparison] shows that majority of their lineages can be traced to the region surrounding China and Taiwan,” said Oppenheimer.
IMG 0290jk
IMG 0237
Oppenheimer, 68, specialises in genetics and has authored several books including the best seller Out of Eden: The Peopling of the World and also The Origins of the British: A Genetic Detective Story.
He has also produced documentaries commissioned by the Discovery Channel arising from his books which detail his attempts to trace human origins using genetics. He is currently in close collaboration with PPAG, USM.
Lecturer from the School of Health Sciences, USM, Associate Professor Dr Zafarina Zainuddin elaborated on her research collaboration with Oppenheimer where she analyses mitochondrial DNA to study lineage age of a specific sample population.
IMG 0294jkkl
“We collected cheek swabs from 500 respondents of 11 sub-ethnic Malay samples such as Javanese, Bajau, Achehnese and Minang from Peninsula Malaysia,” said Zafarina who is currently seconded to the Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals (IPharm).
“The mitochondrial DNA analysis of these respondents found that these different sub-ethnic Malays all originated from Malays and they are only presently differentiated due to geographical and political boundaries,” she explained.
In 2007, the archaeological discovery by Professor Dato’ Dr Mohd Mokhtar Saidin, Director of PPAG, of a hand axe at Bukit Bunoh, Lenggong Perak has shown evidence of earliest human occupation in Southeast Asia.
IMG 0308
The mitochondrial DNA findings indicate that the modern humans arrived in Southeast Asia around 60,000 years ago, and perhaps it could be a massive force to drive the find of a human occupation site of ~ 60,000 years ago in Peninsular Malaysia.
Translation: Dr Nurul Farhana Low Abdullah/Edited by Dr Sean Eng Ken Khong/Text: Nor Rafizah Md Zain/Photos: Mohd Fairus Md Isa 

Source news.usm my