Saturday, January 16, 2016

MEREKA MUNCUL DI CELAH ORANG RAMAI LALU MENEMBAK MEREKA YANG TIDAK BERDOSA...MASUK SYURGA?

Unggul Gongkiat  shared Syahril A. Kadir's post.


Mereka mengaku berjuang demi Islam, tetapi bukan ke Tel Aviv. Mereka mengaku mahu membantu rakyat Syria, tetapi memilih Jakarta. Mereka mengaku mahu menegakkan Islam, tetapi membunuh mereka yang tidak berdosa. Mereka mahu masuk ke syurga, tetapi membunuh sesama agama.
Mereka kata mereka berani, tetapi memilih menembak curi. Mereka mengaku untuk berjihad, tetapi membunuh diri. Mereka mahu Islam dipandang tinggi, tetapi hanya mengundang benci!
Agama Islam tidak menyuruh kita menganiaya. Agama Islam tidak suruh kita menzalimi. Agama Islam tidak suruh kita berbuat apa saja hanya kerana hendak mendiami firdausi. Agama Islam tidak suruh kita mencipta huru-hara demi mencapai darjat keimanan dan ketinggian budi!
PERCAYALAH. Mereka ini hanya menggunakan agama. Mereka ini hanya bertopengkan agama. Mereka ini syaitan yang berwajah manusia.
Ancaman pengganas IS itu benar. Ancaman Syiah itu benar. Ancaman Zionis itu benar.
Jangan tertipu dengan dakyah mereka, sebab itu PDRM walau dihina, dikeji, dikutuk dan dibenci TETAP memburu mereka yang terlibat dalam aktiviti pengganas ini hingga ke lubang cacing. Jangan ingat kita boleh bebas daripada ancaman ini. Kenal Dr. Azahari? Kenal Noordin Mat Top? Mereka ini terbunuh setelah mengetuai dan melakukan pembunuhan serta pengeboman di rantau ini atas nama jihad. Dari mana asal mereka - MALAYSIA.
Kita makin 'hampir'...apa yang berlaku di Bali, di Jakarta LANGSUNG TIDAK MUSTAHIL berlaku di Kuala Lumpur. Bantulah badan perisikan negara, bantulah Angkatan Tentera Malaysia, bantulah Polis Diraja Malaysia. Bantulah mereka untuk membantu kita. Jangan hanya bila berlaku di depan mata - baru kita tersedar yang kita telah alpa!
.
SAK: Gambar bagaimana dua terorist yang muncul di celah-celah orang ramai sebelum melepaskan tembakan dan membunuh anggota polis di Jakarta semalam. (pix by TEMPO.CO)
‪#‎prayforjakarta‬ ‪#‎jakarta‬

No comments:

Post a Comment