Timbalan ketua polis negara itu mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin mengatakan warga asing akan mengundi, malah mereka tidak menerima sebarang laporan rasmi tentang perkara tersebut.
“Pihak polis menggesa pihak yang membuat fitnah mengatakan orang asing boleh mengundi agar hentikannya... ia adalah suatu perkara yang mustahil akan berlaku.
“Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan pastikan perkara ini tidak berlaku,” kata Khalid dalam satu sidang media di Bukit Aman disini.
“Polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan pastikan perkara ini tidak berlaku.”
Khalid juga berkata penambahan penerbangan ke LCCT dan KLIA adalah perkara biasa memandangkan terdapat permintaan yang mendadak daripada orang ramai, terutamanya semasa hari-hari penting seperti pilihan raya.
“Masa sambutan perayaan, ramai orang akan pulang... pilihan raya ini macam hari raya lah, sebab itu berlaku penambahan penerbangan.
“Penambahan ini adalah perkara biasa, terutamanya ketika waktu-waktu penting macam ini,” kata Khalid lagi.
Sumber themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment