Aslani M, |
KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi
PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim
Ali kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.
“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.
Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.
Sumber harakahdaily

No comments:
Post a Comment