Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang
munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,
maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia
meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat,
apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila
bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad
Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang
kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya
sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Ii) Amanah meliputi
berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah
terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang
akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat
dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada
mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki
ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah
satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh
masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap
sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang
munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu,
maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia
meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat,
apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila
bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad
Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.
Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.
iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
No comments:
Post a Comment