Sultan Abdul Hamid ke 2
Sultan Terakhir Khalifah Uthmaniyah
UMAT ISLAM MUSLIM ATAS KERUNTUHAN KHILAFAH UTSMANIYAH
Pada 3 Mac 1924, Mustafa Kamal la’natullahu ’alaih memutuskan untuk membubarkan Khilafah yang disebutnya sebagai “bisul sejak abad pertengahan”. Pada pagi 3 Mac 1924, diumumkan bahawa Majlis Nasional telah bersetuju dengan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama dari urusan-urusan negara. Pada malamnya, Khalifah diusir secara paksa oleh polis dan askar. Secara rasmi, runtuhlah Khilafah Utsmaniyah pada 3 Mac 1924.
Pembubaran kepemimpinan umat Islam sedunia tersebut menggoncang seluruh dunia, termasuk alam Melayu. Sebagai tindakbalas terhadap keruntuhan Khilafah, sebuah Jawatankuasa Khilafah didirikan di Surabaya pada 4 Oktober 1924 dengan diketuai Wondosudirdjo (kemudian dikenali dengan nama Wondoamiseno) dari Sarikat Islam dan wakil ketua Kiai Haji A. Wahab Hasbullah. Tujuannya adalah untuk membahas jemputan kongres Khilafah di Kaherah. Pertemuan ini dilanjuti dengan penyelenggaraan kongres Al-Islam Hindia ke3 di Surabaya pada 24-27 Disember 1924. Kongres ini disertai oleh 68 pertubuhan Islam yang mewakili pimpinan pusat (hoofd bestuur) mahu pun cabang (afdeling), serta mendapat dokongan bertulis dari 10 cawangan pertubuhan lain. Kongres ini dihadiri oleh ramai ulama dari seluruh penjuru Indonesia. Keputusan penting Kongres ini adalah melibatkan diri dalam pergerakan khilafah dan mengirimkan utusan yang mesti dianggap sebagai wakil seluruh umat Islam di Indonesia ke kongres dunia Islam. Kongres ini memutuskan untuk mengirim wakil ke Kaherah yang terdiri dari Surjopranoto (Sarikat Islam), Haji Fachruddin (Muhammadiyah), dan Kiai Haji A. Wahab dari kalangan ulama tradisi.

Dokumen berkaitan pertemuan pertubuhan2 di Indonesia bertarikh 1.1.1925
Oleh kerana ada
perbezaan pendapat di kalangan Muhammadiyah, K.H.A. Wahab dan 3
penyokongnya, mereka mengadakan mesyuarat dengan kalangan ulama kaum
tua dari Surabaya, Semarang, Pasuruan, Lasem, dan Pati. Mereka
bersepakat mendirikan Jawatankuasa Rundingan Hijaz. Jawatankuasa ini
ditubuhkan dengan dua maksud, iaitu pertama untuk mengimbangi
Jawatankuasa Khilafat yang secara beransur-ansur jatuh ke tangan
golongan pembaharu, dan kedua, untuk menyahut seruan Ibnu Sa’ud,
pemerintah baru di tanah Arab agar kebiasaan beragama secara tradisi
dapat diteruskan. Jawatankuasa inilah yang kemudian diubah namanya
menjadi Nahdatul Ulama (NU) di dalam suatu mesyuarat di Surabaya pada
Januari 1926. Mesyuarat ini tetap meletakkan masalah Hijaz sebagai
persoalan utama. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat di kalangan
Muhammadiyah, Sarikat Islam dan NU, tetapi mereka sama-sama memberi
perhatian besar terhadap keruntuhan khilafah Islamiyah dan memandangnya
sebagai persoalan utama kaum Muslim.
Sikap ini lahir dari keyakinan bahawa Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi kaum Muslim. Umat Islam Indonesia ketika itu memandang Sultan Turki sebagai Khalifah. Di antara tokoh Indonesia dari Sarikat Islam, HOS Cokroaminoto, menyatakan bahawa khalifah bukan semata-mata untuk umat Islam di jazirah Arab, tetapi juga bagi umat Islam Indonesia. Beliau juga menegaskan bahawa khalifah merupakan hak bersama sesama muslim dan bukan penguasaan bangsa tertentu. Lebih tegas lagi, Cokroaminoto juga menyatakan selain dua kota suci Mekah-Madinah, khalifah adalah milik umat Islam sedunia. Ia menyarankan untuk mengirim utusan ke Kongres. Tujuannya adalah untuk “mempertanyakan mereka terhadap umat Islam sedunia”, dan “melakukan segala usaha yang dipertimbangkan berguna bagi umat Islam di negeri kita”. Di samping itu, mencari keterangan mengenai penerusan pemilihan khalifah. Bahkan, beliau mengkiaskan umat Islam laksana suatu tubuh. Kerananya, bila umat Islam tidak memiliki khalifah maka “seolah-olah badan tidak berkepala”.
PENUTUP
Berdasarkan beberapa catatan sejarah di atas dapat disimpulkan bahawa kesultanan Islam di alam Melayu memiliki hubungan yang erat dengan Khilafah Uthmaniyah. Bahkan bukti-bukti tersebut menggambarkan kesultanan Islam di Indonesia sebagai sebahagian dari wilayah Khilafah Islamiyah.
Ketika kekuatan Khilafah Uthmaniyah mulai lemah, penjajah kafir Barat (Inggeris) melalui ejennya, Mustafa Kamal, berjaya meruntuhkannya. Akibatnya, institusi penyatu umat Islam sedunia itu pun lenyap dan wilayah negeri-negeri Muslim pun berpecah belah di bawah kekuasaan penjajah.
Di alam Melayu sendiri, pasca penjajahan secara fizikal (ketenteraan), beberapa tokoh yang ingin mendirikan negara berdasarkan sistem politik Islam, juga mengalami kegagalan akibat adanya ‘pengkhianatan’. Akibatnya, alam Melayu berpecah belah menjadi negara-negara yang ‘merdeka’ atas dasar sekularisme dan nasionalisme. Hal ini menjadikan perpecahan negeri-negeri Muslim terus berlanjutan dan menjadikan kaum Muslim tetap dalam keadaan lemah.
Merujuk pada kenyataan sejarah yang ada, jelas bahawa ada usaha menyatukan kaum Muslim di berbagai negeri Muslim di alam Melayu atas dasar Islam. Bagi umat Islam di alam Melayu, perjuangan untuk melanjutkan kehidupan Islam dan menyatukan wilayah Islam dalam Khilafah bukanlah hanya semata-mata wujud ketaatan kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kegiatan tersebut sesungguhnya juga merupakan usaha untuk meneruskan sejarah, di samping usaha untuk melanjutkan perjuangan para Sultan dan Ulama’ soleh terdahulu yang telah menyatukan Nusantara dengan Khilafah Islamiyah. Sebaliknya, penentangan terhadap usaha ini merupakan pengingkaran terhadap sejarah alam Melayu, di samping pengingkaran terhadap perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.
sumber silverheritage.blogspot
No comments:
Post a Comment