- Jika pemakanan yang baik serta senaman dapat mempastikan tubuh badan kita sihat, keadaan rumah kita juga sebenarnya mempunyai kesan besar terhadap kesihatan kita. Keadaan rumah serta cara kita menyenggara rumah dapat mengelakkan penghuni rumah daripada berbagai masalah kesihatan seperti lelah, alergi, keracunan, kanser dan kecederaan.
- Pesan orang tua-tua, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Pengalaman juga membuktikan mencegah jauh lebih menjimatkan daripada merawat. Oleh itu marilah kita amalkan langkah-langkah mudah dan murah berikut untuk menghasilkan rumah penginapan yang sihat:
- Sentiasa pastikan rumah anda dalam keadaan kering. Rumah yang basah dan lembab adalah punca kepada pembiakan hama, tungau, cendawan, tikus dan lain-lain. Itu semua diketahui menjadi punca kepada serangan lelah.
- Sentiasa memeriksa dan segera baiki semua kebocoran pada singki, paip, mesin basuh, bilik mandi, tandas, peti sejuk dan apa-apa saja yang boleh membasahkan rumah anda.
- Segera baiki kebocoran pada bumbung dan siling sebelum dinding menjadi lembab dan kulat cendawan mula membiak di dalam rumah anda.
- Pastikan tiada kawasan di seluruh lantai rumah anda tidak berlekok dan menampung air.
- Pelihara kebersihan diluar dan dalam rumah anda. Ini dapat menghalang pembiakan serangga dan makhluk perosak serta menghapuskan pencemaran.
- Letakkan alas kaki di luar dan di dalam pintu rumah anda.
- Selalu lap lantai untuk membuang debu.
- Selalu lap kipas, lubang udara, dan lain-lain agar tempat itu semua bebas dari tompokan debu.
- Jadikan rumah anda bebas dari serangga dan makhluk perosak seperti lipas, tikus dan lain-lain yang terbukti sebagai salah satu daripada punca masalah lelah dan keracunan di kalangan kanak-kanak.
- Lihat tanda-tanda sama rumah anda ada lipas, tikus, kelawar atau lain-lain. Hapuskan mereka dengan menggunakan racun yang selamat.
- Tutup semua rekahan atau lubang yang membolehkan serangga atau binatang itu masuk ke rumah anda.
- Dapatkan khidmat syarikat Pest Control bertauliah seperti Pest Sciences untuk memberikan khidmat nasihat serta menghapuskan serangga dan makhluk perosak di rumah anda.
- Pastikan rumah anda selamat. Ramai kanak-kanak cedera dengan teruk akibat terjatuh di rumah. Orang tua-tua juga sering jatuh dan kadangkala membawa kepada kematian.
- Jangan jadikan tandas rumah anda sebagai perangkap maut dengan memasang mar-mar yang licin, begitu juga di bahagian tangga dan lain-lain bahagian lantai.
- Pastikan ada tempat berpaut di kawasan licin dan merbahaya seperti tangga dan juga di dalam tandas.
- Jangan biarkan bahan merbahaya seperti racun, pisau, dan lain-lain pada tempat yang terdedah.
- Pastikan keadaan di dalam rumah anda bebas pencemaran.
- Jangan benarkan sesiapa merokok dalam rumah anda. kalau nak merokok juga sila keluar rumah. Ini mampu selamatkan anda dan juga anak-anak anda dari pencemaran udara.
- Jangan pasang bahan-bahan yang terbukti merbahaya seperti siling asbestos dan lain-lain di dalam rumah anda.
- Pastikan rumah anda mempunyai sistem pengaliran udara yang baik ini membantu aktiviti pernafasan anda dan menyihatkan tubuh badan anda.
- Bukalah tingkap dan biarkan udara sentiasa bertukar.
- Pasang ventilator pada bumbung rumah.
- Jangan tutup bahagian tandas dan dapur tanpa ada pengaliran udara yang baik, pasang kipas sedut udara di dinding tandas dan juga dapur.
- Pastikan rumah anda disenggara dengan baik. Jangan biarkan sebarang kerosakan berlalu tanpa dibaiki. Rumah yang buruk mampu mendatangkan malapetaka pada penghuninya.
Tuesday, March 27, 2012
7 langkah menghasilkan rumah yang sihat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment