Thursday, September 1, 2011

Bekerja dalam semangat solat janjikan hasil cemerlng



Oleh Mami Ros

.


...

salam ceria dan sejahtera buat semua di sini.....

sekadar renungan.....




SOLAT yang menjadi amalan rohaniah insan perlu mempunyai falsafah yang unik dalam proses pembentukan diri. Membangunkan solat (aqimus solat) adalah proses membangunkan hati dan diri serta menjadikan manusia lebih fokus.

Bayangkan pada awal pagi atau ketika bening subuh insan bangun menghubungkan dirinya dengan Allah, melakukan solat, memanjatkan doa dan harapan, mohon petunjuk, meminta keampunan, mengharapkan hidayah dengan bahasa yang merendah, membayangkan kekurangan dan kehinaan serta memohon kekuatan untuk hidup dalam reda.

Itulah ahli abid atau ahli ibadat yang memulakan hidup hariannya dengan tekad yang tinggi supaya rutin harian hidup sentiasa berkait dengan amal dan ibadat.

Pada waktu Zuhur, insan Muslim diajak sekali lagi melakukan muhasabah dengan Allah. �Check-point� kedua tentu mengukuhkan tekad yang dibina berbanding ketika yang pertama tadi.

Proses pemurnian diri mengangkat martabat insan kerana tekad tinggi menjadikan kerja dan urusan hidup lebih bermakna.

Pada waktu Asar sekali lagi kita melalui �check-point� ketiga iaitu selepas berakhirnya kerja di pejabat dan bakal kembali ke rumah untuk meraikan hak keluarga dan anak-anak.

Waktu maghrib sekali lagi kita rukuk dan sujud untuk melalui �check-point� keempat bagi meningkatkan lagi proses pemurnian hati dan jiwa, proses pengukuhan tekad serta proses meningkatkan bakti dan amal.

Akhirnya seseorang hamba Allah akan melalui �check-point� yang terakhir iaitu panggilan Isyak sebelum �dimatikecilkan� kata orang tasawuf.

Riwayat rutin hidup untuk hari berkenaan dirakam dalam lembaran timbangan amal untuk diserahkan kepada Allah.

Urusan keesokan hari pula akan terbentang lembaran seterusnya bagi menghasilkan buku hidup yang akhirnya akan diperiksa oleh Allah timbangan amal dan ibadatnya.

Inilah lambang kepatuhan dan ketaatan menerusi solat yang mengukuhkan lagi jiwa kehambaan terhadap Allah yang Maha Esa.

Ia mengekal dan menyuburkan insan di dalam keadaan fitrah dan rutin hidupnya sentiasa berpandukan sifat patuh dan taat yang tidak berbelah bagi.

Fitrah insan yang memiliki sifat taat dan patuh adalah juga gambaran gelagat makhluk dan ciptaan lain yang sentiasa tunduk dengan sunnah Allah.

�Sunnatullah� atau ketentuan Allah berhubung rapat dengan sifat kejadian sesuatu.

Contohnya, air yang sifat semula jadinya membersihkan akan terus memberi rahmat kepada manusia kerana rutin hidup manusia menemui benda kotor yang perlu dicuci.

Air yang fitrah semula jadinya juga menghilangkan dahaga penting untuk tubuh badan, akan terus bermanfaat kepada manusia kerana kita sering berasa haus.

Air yang memiliki sifat menyuburkan tanah juga membolehkan pohon tumbuh dan membesar, seterusnya menghasilkan bunga serta buah malah bagi yang bersifat sayur-sayuran untuk makanan manusia serta makhluk lain.

Bayangkan sifat semula jadi air tidak berfungsi untuk mencuci kotoran atau sebagai bahan minuman untuk menghilangkan dahaga atau menjaga tubuh badan dan bahan, tidak menjadi sumber melembutkan tanah bagi menumbuhkan pohon, manusia akan mati kebuluran dan haiwan mengalami kepupusan serta kehidupan manusia dan makhluk tidak ada lagi dalam kerangka sunnatullah dan fitrah.

Oleh kerana air memang sifat semula jadinya sedemikian, ia terus tunduk, patuh dan taat menyumbang fitrah ke atas sunnatullah.

Allah juga menjadikan minyak dan gas yang sifat jadinya berfungsi sebagai bahan bakar dan tenaga yang amat berguna untuk menggerakkan kenderaan, jentera dan bagi keperluan masakan.

Bayangkan tanpa minyak dan gas manusia hanya menggunakan cara lama untuk memajukan kenderaan, industri dan juga kegiatan masakan.

Sifat jadinya bahan itu adalah untuk manfaat manusia (yan faunas) juga membayangkan sifat tunduk dan patuh selari dengan sunnatullah atau ketentuan Allah.

Maha Perkasa Allah menurunkan rahmat dan nikmat bagi menggerakkan kehidupan dan alam ini.

Apatah lagi dengan kejadian manusia yang memiliki kelebihan yang amat banyak, ia berlaku dalam keadaan fitrah dan terhubung rapat dengan �sunnatullah�.

Manusia hidup, sihat, sakit, muda, tua dan akhirnya mati. Itulah ketentuan atau �sunnatullah� di mana mereka tidak boleh mengelak daripadanya.

Itulah juga fitrah yang meletakkan manusia di bawah kawalan dan ketentuan-Nya.

Antara kelebihan yang diberikan Allah kepada manusia ialah akal dan hati. Daripada kekuatan akal membolehkan manusia berfikir dan tahu mengenai sesuatu, seterusnya membantu mereka memiliki pengetahuan.

Daripada pengetahuan dan ketrampilan yang diterima menjadikan manusia berilmu dan ia menjadi penyuluh dalam hidup, sebagai obor dan cahaya mengatasi kejahilan serta akhirnya menjadikan manusia kreatif dan menghasilkan sesuatu bagi mengekal dan menyuburkan manusia supaya sentiasa berada dalam keadaan fitrah.

Justeru, berada dalam keadaan fitrah adalah asas kepada kerja dan kreativiti yang cemerlang.

Manusia yang bekerja dalam semangat �ruhus solat� umpamanya memiliki katalis atau dorongan untuk melakukan sebaik mungkin kerja kerana ia dilihat sebagai sumber ibadat.

Semakin baik dan berkualiti kerja dilakukan, semakin tinggi darjah ibadat akan diterima.

Gandingan kerja sebagai ibadat ini amat dituntut kerana sifat tunduk dan taat akan menjadikan pekerja lebih jujur dan ikhlas serta membawa hasil yang cemerlang dalam sesebuah organisasi dan institusi.

Oleh kerana penghayatan solat amat penting dan ketaatan terhadap-Nya menjadikan kita manusia yang sentiasa mempunyai jiwa rukuk dan sujud ataupun tunduk dan taat.

Kualiti patuh dan taat amat diperlukan dalam sesebuah organisasi kerana tanpa patuh dan taat, kualiti kerja akan menjadi masalah.

Manusia yang bekerja kerana Allah tahu dorongan dalam diri adalah lebih bertenaga mendorong mereka rajin dan terus berusaha.

Dorongan itu selalunya menjadi dorongan utama manusia melakukan sesuatu yang terbaik mungkin.

Sekiranya dorongan dalam diri adalah pancaran jiwa jernih yang sentiasa memohon petunjuk dan keredaan Allah, ia bakal memberi faedah kepada organisasi atau institusi.
"Aku ke mari dgn tangan kosong, menadah harapan dgn tangan terbuka, memohon maaf dgn tangan terhulur . Maafkan daku teman ".

No comments:

Post a Comment