Wednesday, September 28, 2011

Kronologi Kedatangan Yahudi ke Palestin


1882-1904

Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin.

1897

Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.

1904-1914

Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi.


1917

2 November, Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.

Lord Arthur James Balfour


1918

9 Disember, Tentera British menjajah Palestin.


1920

24 April, Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.


1936-39

Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.


1947 

29 November, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melaluiJawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin.


1948 

9 April, Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan BaitulMaqdis.


14 Mei, Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara Israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram Israel.


1949

Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalamkeadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin. 


1967 

5 Jun, Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.

LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN SEMENJAK TAHUN 1948!


(Petikan dpd Sebuah Kehidupan)

Monday, September 26, 2011

Hukum Allah Relevan Sepanjang Zaman

Oleh Zana

ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat manusia sebagai makhluk ciptaan-Nya dalam kehidupan mereka. Justeru, Allah telah merangka peraturan dan undang-undang yang bersifat adil dan saksama kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, agama atau warna kulit. Maka, tidak akan ada seorang pun manusia yang akan merasa dirinya dizalimi atau ditindas sekiranya hukum Allah ditegakkan di dalam masyarakat Islam. Sehubungan itu, Allah berfirman dalam surah Fatir, ayat 31 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan hamba-Nya lagi Maha Melihat dan Memerhatikan.

Keadilan adalah satu perkara yang menjadi harapan dan impian setiap manusia yang menghuni bumi Allah ini. Keadilan di sini bukanlah bermaksud kesama rataan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umat Islam kini. Sebaliknya, keadilan sebenarnya bererti meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya. Yang lebih penting lagi keadilan merupakan antara unsur yang utama dan terpenting dalam mewujudkan suasana yang harmoni dan aman damai dalam sesebuah masyarakat.

Apabila rakyat jelata melihat bahawa undang-undang dan hukum Allah ditegakkan dengan cara yang seadil-adilnya, mereka akan rasa hak-hak mereka terjamin dalam meneruskan kelangsungan hidup, mengutarakan pendapat, memperolehi layanan yang adil dan seterusnya mereka pasti akan menerima apa yang sepatutnya mereka terima. Maka tidak hairanlah bahawa Sayyidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: Kekuasaan akan abadi bersama dengan keadilan dan sebaliknya akan binasa bila berlakunya kezaliman.

Sejarah Islam telah membuktikan kebenaran hal ini di mana pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, seorang wanita berketurunan kaya dari Bani Makhzum telah terbukti melakukan jenayah mencuri barang perhiasan. Kemudian, keluarganya dan beberapa orang pemimpin terkemuka Quraisy tersentak dengan kejadian tersebut dan mereka mulalah mencari jalan keluar agar wanita kaya tersebut terlepas dari hukum Allah yang telah ditetapkan iaitu potong tangan yang wajib dilaksanakan terhadap orang-orang yang telah disabitkan bersalah dalam jenayah tersebut.

Perbuatan tersebut telah dilaporkan kepada baginda s.a.w sebagai ketua negara dan telah diakuinya akan kesalahannya. Maka kaumnya itu khuatir jika baginda s.a.w akan melaksanakan hukum Allah terhadap wanita kaya tersebut yang mana mereka pastinya akan menanggung malu dan rahsia mereka pula akan terbongkar juga akhirnya di khalayak ramai.

Oleh itu, kaum Bani Makhzum telah melakukan berbagai-bagai pendekatan untuk merayu melalui keluarga Rasulullah s.a.w, namun ianya tidak berhasil. Akhirnya mereka bersepakat untuk melobi terus kepada Rasulullah s.a.w dengan menggunakan perantaraan orang tengah iaitu Usamah bin Zaid yang dianggap oleh mereka merupakan orang yang paling sesuai pada pandangan mereka dalam mengajukan permohonan pengecualian hukum Allah kepada Rasulullah s.a.w . Lebih-lebih lagi, Usamah adalah putera kepada anak angkat kesayangan baginda s.a.w iaitu Zaid bin Harithah.

Begitu saja mendengar permohonan Usamah yang mewakili Bani Makhzum, serta merta wajah Baginda s.a.w merah padam sambil menahan perasaan marah dan terus mengecam Usamah dengan berkata: Apakah kamu hendak menolong orang-orang ini supaya aku tidak melaksanakan satu ketentuan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah?

Kemudian baginda s.a.w berdiri di hadapan himpunan orang ramai lalu berkata dengan suara lantang: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya punca yang menyebabkan orang-orang yang terdahulu daripada kamu rosak binasa ialah kerana apabila ada di antara mereka seorang yang kaya dan mulia mencuri,dibiarkan sahaja (tidak dilaksanakan hukuman terhadap kesalahannya). Akan tetapi apabila yang mencuri itu seorang yang lemah iaitu rakyat jelata atau rakyat biasa yang tidak ada kedudukan dalam masyarakat, maka mereka akan melaksanakan hukuman yang sebenar-benar terhadapnya. Demi Allah! Andai kataFatimah puteri Muhammad mencuri, sudah pasti aku akan potong tangannya terhadap kesalahannya. (Hadis riwayat al-Jama�ah)

Jelas di sini bahawa hukum Allah wajib ditegakkan pada setiap masa dan ketika tanpa mengira kedudukan, bangsa dan warna kulit. Semua manusia adalah sama di sisi hukum Allah. Orang kaya dan miskin, pemimpin dan rakyat, lelaki dan wanita, orang kuat dan lemah, semuanya tunduk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Yang paling menariknya, baginda s.a.w sanggup mempertaruhkan nyawa puteri kesayangannya, Fatimah sebagai satu isyarat yang jelas betapa hukum Allah mesti ditegakkan dan juga mengatasi segala-galanya tanpa sebarang pengecualian terhadap para
pemimpin, golongan bangsawan, orang kaya, malah sesiapa pun jua.

Ketegasan yang diperlihatkan oleh baginda s.a.w dalam menjulang hukum Allah ini menyingkap beberapa hikmah dan pengajaran yang boleh dimanfaatkan bersama oleh umat Islam kini. Kesemua ini tidak lain tidak bukan menggambarkan betapa Rasulullah s.a.w amat berpegang teguh dengan ajaran Islam dan memiliki prinsip yang mantap dalam mengembangkan syiar Islam di bumi Allah ini.

Antara hikmah yang terselit melalui kisah yang lalu ialah hukum Allah wajib ditegakkan di dalam setiap sendi masyarakat Islam agar roda kehidupan bermasyarakat dan juga bernegara berada di atas landasan yang benar dan lurus. Tambahan pula Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat manusia dalam kehidupan sejagat. Oleh itu, tidak sewajarnya timbul sebarang perasaan keraguan atau syakwasangka terhadap hukum Allah sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Hikmah yang seterusnya ialah sebenarnya tidak ada tawar menawar atau pengecualian dalam menegakkan hukum Allah. Kita dapat melihat bagaimana melentingnya Rasulullah s.a.w terhadap Usamah yang cuba memohon syafa�at terhadap wanita kaya yang telah disabitkan jenayahnya. Ini menunjukkan hukum Allah ini bersifat supremasi dan tidak mengenal bulu dan warna kulit. Semua manusia tidak terlepas dari hukum Allah jika disabitkan kesalahan jenayah masing-masing.
Selanjutnya, perlaksanaan hukum Allah ini lebih menjurus kepada menjamin keadilan di mana ianya didasarkan di atas asas persamaan semua manusia di hadapan hukum Allah. Akhirnya, tertegaknya hukum Allah pastinya akan mendatangkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan di dalam masyarakat sehingga mereka bisa mengorak langkah dan menyusun strategi dengan penuh yakin serta bersemangat waja dalam menuju kehidupan yang diimpikan.

Kegagalan dalam penegakan hukum Allah bermakna masyarakat telah menempah kerugian dan hanya menanti masa dan ketika sahaja untuk menuju ke saat kehancuran dan kebinasaan. Pendek kata, survival ummah amat bergantung kepada penegakan hukum Allah dan juga neraca keadilan dalam sesebuah masyarakat.

Jika ditinjau dalam helaian al-Quran, terdapat rangkaian ayat suci yang menyeru kepada penegakkan hukum Allah dan juga keadilan kepada semua manusia, termasuk juga terhadap kedua-dua orang tua sendiri dan kaum kerabat. Dalam hal ini, Allah berfirman dalam surah An Nisa�, ayat 135 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkankeadilan lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa) kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-belitkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Jelas dari mafhum ayat suci bahawa Allah memberi amaran kepada umat manusia daripada terikutkan turutan hawa nafsu yang sentiasa menggoda ke arah kebinasaan. Ahli sejarah Barat terkenal, Gibson dalam bukunya The Decline and the Fall of Roman Empire ada menyatakan bahawa keruntuhan kuasa besar Romawi adalah berpunca dari ketidakmampuan para pemimpin dan rakyatnya dalam mengendali dan mengawal hawa nafsu.

Justeru, mereka begitu mudah terjebak dalam perangkap kepentingan peribadi, kronisme, rasuah dan lan-lain lagi jenayah yang terkutuk. Undang-undang negara dikesampingkan dan keadilan tidak lagi menjadi agenda utama negara. Akibatnya, Empayar Romawi hancur binasa hanya kerana turutkan hawa nafsu yang bergelora.

Kesimpulannya, kisah silam sewajarnya dihayati dan diteladani dalam usaha umat Islam untuk mengembalikan martabat mereka sebagai umat yang terbaik. Untuk itu, hukum al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w sewajibnya dirujuk kembali dan diletakkan di tempat yang selayaknya sebagai tonggak terpenting yang mendasari kehidupan umat Islam. Masyarakat yang sejahtera di bawah bayangan keredhaan Ilahi adalah kerana mereka amat berpegang teguh dengan ajaran Islam

Saturday, September 24, 2011

Majlis Jamuan Hariraya Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jabatan Penerbangan Awam Kuala Terengganu.

Pengacara Majlis PPKTU En Mohd Najib

En Haimi Sidik membaca doa selamat


Ahli keluarga DCA


En Azmie dpd Telekom


En Hezaimi (DCA),Unggul dan En Aznan (AAT/bertopi)

Menikmati jamuan


Kakitangan Teknikal dpd Telekom dan Advanced Air Traffic (AAT) Lpg Terbang Kuala Terengganu





Sebahagian daripada hidangan

Walaupan bulan Syawal sudah hampir ke penghujungnya tetapi suasana hariraya masih lagi terasa.Jemputan untuk jamuan hariraya ataupun rumah terbuka terus diterima. Kelab Rekreasi dan Kebajikan Jabatan Penerbangan Awam,Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu turut mengadakan jamuan hariraya di kawasan pejabat DCA.Semua ahli keluarga DCA Kuala Terengganu hadir untuk memeriahkan majis ini.Unit-unit Teknikal seperti Telekom dan AAT bersama ahli keluarga mereka turut sama-sama memeriahkan majlis ini.Kemeriahan memang terasa kerana sambil-sambil menjamu selera , kita dapat berinterksi bersama-sama ahli keluarga sekalian.










Friday, September 23, 2011

Misteri Penemuan Bahtera Nabi Nuh as

Gambaran bahtera Nabi Nuh as mengikut kajian

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka sentiasa lakukan. (36)Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya) dan janganlah engkau merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan). (37) Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat dia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh pun menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu. (38) Maka kamu akan mengetahui siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya di dunia dan yang akan ditimpakan pula dengan azab yang kekal pada hari akhirat kelak. (39)(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (40) Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (41) (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. (42) Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. (43) Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim. (44) Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45) Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil. (46) Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. (47)Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya. (48) (Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (49)
( Surah Hud : ayat 36-49 )

Lebih kurang 12000 tahun yang lalu, peradaban manusia sebelum peradaban kita sekarang pernah mengalami suatu bencana banjir yang sangat dasyat. Dan banjir itu juga mengakibatkan tenggelamnya daratan yang luas. 

Secara berturut-turut pakar arkeologi menjumpai beberapa bukti yang secara langsung atau pun tidak mengenai banjir dasyat yang terjadi waktu itu.

Kisah dalam Alkitab yang berkaitan dengan banjir dasyat telah menyebutkan, “Banjir meluap dan melimpah selama 40 malam, air pasang menuju ke atas, perahu mengambang dari atas permukaan bumi” : “Arus air meluap dahsyat di atas permukaan bumi, seluruh pegunungan tenggelam oleh air pasang”: “5 bulan kemudian, perahu berhenti di atas gunung Ararat; dan setelah 4 bulan berlalu, ketika daratan sudah kering, Nabi Nuh meninggalkan perahunya.

Sejumlah besar bekas peninggalan prasejarah telah dijumpai oleh pakar arkeologi. Contohnya seperti, daratan Atlantis, budaya Yunani, bangunan di dasar laut dan banyak lagi, kemungkinan besar tenggelam disebabkan banjir dasyat waktu itu. Ada yang menganggarkan banjir dasyat itu terjadi 5000 tahun yang lalu, mengikuti perkiraan ahli astronomi, perahu Nabi Nuh mula dibuat pada 2465 SM dan hujan mulai turun pada 2345 SM.


Setelah perahu Nabi Nuh mendarat di gunung Ararat, bermulalah kehidupan baru manusia. Mereka yang selamat menjalankan hidup baru diserata dunia. Begitu juga dengan binatang-binatang. Biji-biji tanaman kembali disemai. 

Kerana dianggap melahirkan generasi manusia yang baru setelah Nabi Adam, Nabi Nuh mendapat gelar The Second Father of Human Being (Bapa Manusia Kedua). Dari generasi inilah, kebudayaan dan peradaban manusia dikembangkan. Selain di kawasan Ararat, Mesopotamia yang ribuan tahun kemudiannya menjadi pusat kejayaan Babylon.

Dr. Robert Ballard

Sekumpulan pengkaji underwater surveyors yang diketuai oleh Dr. Robert Ballard, yang juga telah menjumpai Titanic, telah menjumpai sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, berhampiran pantai Turki. Mereka telah menjumpai struktur bangunan dari batu dan kayu pada kedalaman beberapa ratus kaki. Penemuan mereka menjadi bukti dari kejadian banjir besar di zaman Nabi Nuh seperti yang diceritakan di dalam Alkitab dan Al-Qur”an.

Menurut teori mereka, banjir besar tersebut berlaku disebabkan oleh pencairan gletser dari tanah tinggi di Eropah. “Ini merupakan satu penemuan yang sangat menakjubkan,” kata Dr. Ballard di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk “Research Ship Northern Horizon”.

Ballard menerangkan, “Banyak kes yang terjadi apabila air tawar dari sebuah telaga berubah menjadi air masin dan kesan banjir besar tersebut menyebabkan kawasan daratan yang sangat luas berubah menjadi dasar laut”.

Gunung Ararat di Turki

Kesan tapak bahtera Nabi Nuh as


Kerja pengukuran yang dijalankan

Misteri Bahtera Nabi Nuh as

Sebuah pasukan yang melibatkan ilmuwan dari Amerika dan Turki telah membuat penyelidikan terhadap misteri gunung Ararat. Mereka mahu mencari sisa peninggalan perahu Nabi Nuh.

Apakah kisah kapal besar Nabi Nuh yang tercatat dalam kitab suci merupakan peristiwa yang nyata ataupun mitos semata-mata? Selama ini para ahli sarjana selalu berdebat, tidak ada seorangpun yang beranggapan bahawa sehingga kini sisa-sisa peninggalan perahu Nabi Nuh masih tersimpan di puncak gunung Ararat Turki.

Menurut laporan media cetak Amerika pada 26 April 2004, sebuah pasukan pengkaji yang seramai 10 orang telah dibentuk oleh pengembara Amerika dan Turki akan mendekati puncak gunung yang misteri itu, untuk mencari jejak “kapal besar Nabi Nuh” (The Great Noah Ark).

McGivern (Ketua The Trinity Corporation of Honolulu, Hawaii) mengatakan, bahawa sebelum mereka memasuki pegunungan Ararat, para anggota kumpulan perlu melakukan persiapan kerja yang rapi. Contohnya seperti, mempelajari data-data yang berkaitan dengan ciri geografi dan bentuk permukaan bumi serta adat istiadat masyarakat di daerah sekitar gunung Ararat.

Menurutnya, masalah terbesar yang dihadapi mereka waktu itu adalah bagaimana untuk melakukan komunikasi dengan penduduk asli setempat. Kerana gunung-gunung yang tinggi itu dianggap suci oleh para penduduk asli setempat, dan mereka yakin akan kewujudan “Perahu Nabi Nuh”, oleh sebab itulah selama berabad-abad, mereka tidak pernah bersedia menceritakan tentang misteri yang berkaitan dengan gunung-gunung itu kepada orang luar.

Sebagian besar anggota kumpulan penyelidik mengatakan, bahawa bagi mereka yang memahami kitab Injil, jika kewujudan “Perahu Nabi Nuh” benar-benar terbukti, maka itu akan menjadi simbol teragung sepanjang sejarah manusia, dan menjadi sebuah rekod perkembangan evolusi manusia. Seperti kisah Nabi Nuh dan perahunya yang selamat dalam banjir besar yang tercantum di dalam Alkitab dan Al-Qur’an.

Penemuan Awal

Sebenarnya, pencarian terhadap perahu Nabi Nuh sudah cukup lama dilakukan. Setahun setelah terjadi gempa bumi dan letusan gunung berapi dasyat pada 2 Mei 1883 yang telah memorak-porandakan kampung di kaki gunung Ararat, kerajaan Turki menghantar kumpulan ekspedisi untuk melihat kesan gemba tersebut. Kapten Gayscoyne, duta Britain di Istanbul, turut dalam ekspedisi itu. Ketika itulah mereka menjumpai “Perahu Nabi Nuh”.

lanjutan dari penemuan itu, pada 1917, Pemimpin Rusia Tsar Nicholas II telah mengirim 150 orang pakar dari pelbagai bidang dan juga tentara untuk mencari dan menyelidiki perahu Nabi Nuh. Selepas sebulan, kumpulan ekspedisi itu baru boleh mencapai ke puncak Ararat.

Dalam keadaan yang kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mengukur panjang perahu Nuh dan didapati berukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya tenggelam di dalam salji.

Hasil dari kajian itu mahu dibawa pulang dan diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan kajian itu ke tangan Tsar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jeneral Leon Trotsky. Sehingga sampai sekarang masih belum diketahui, adakah laporan itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Pada tahun 1957, beberapa juruterbang Angkatan Udara Turki sempat menyelidik puncak gunung Ararat, dan menjumpai objek yang berbentuk sebuah perahu. 

Disebabkan perang dingin Soviet Union dengan AS, penemuan itu tidak dikaji dengan lanjut dengan alasan “mencegah mata-mata AS mendekati Soviet.  Soviet melarang setiap pesawat memasuki sekitar pegunungan Ararat. Larangan itu baru dihapuskan pada 1982, dan sejak itu berbagai kumpulan ekspedisi mula datang ke pergunungan Ararat, namun tidak ada yang mampu membuktikan.

Pada 1995, penganalisis gambar satelit Amerika, Bolsey Taylor melihat satu objek misteri yang disebut “keajaiban gunung Ararat” itu. Beliau menghabiskan beberapa tahun dalam kajiannya, mengumpulkan sejumlah besar gambar dari satelit, dan mengklasifikasi foto satelit tersebut, akhirnya didapati bahawa itu adalah sebuah objek raksasa yang panjangnya 180 meter. 

Namun, mereka juga tidak tahu objek apa sebenarnya itu. Menurutnya mungkin itu merupakan benteng kuno Turki atau kemungkinan juga itu adalah “Perahu Nabi Nuh”.

Sekitar tiga tahun lalu, seperti  yang dituliskan oleh G. Joseph, arkeolog Ron Wyatt dan David Fasold telah menyatakan mereka telah menemui tapak “Perahu Nabi Nuh”. Penemuan ini mengesan jejak kapal itu tidak berada di puncak Ararat tetapi sekitar 20 batu dari puncak Ararat, berdekatan dengan sempadan Iran. Tetapi mereka percaya bahawa apa yang dikatakan oleh Alkitab bahawa bahtera Nuh mendarat di puncak Ararat.

Pergeseran tanah selama ribuan tahun, gempa bumi, adanya gunung baru, dapat mengakibatkan berubahnya lokasi pendaratan tersebut dari puncak gunung Ararat ke posisi sekarang.

Pengukuran objek yang mempunyai altitude 7.546 kaki. Panjangnya, 558 kaki, dan lebarnya 148 kaki. Di sekitar objek tersebut, Ron Wyatt telah menjumpai sebuah batu besar dengan lubang pahatan.

Mereka percaya bahawa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman dahulu biasanya dipakai pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka telah menjumpai sesuatu yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan kajian, bahawa jenis “vessel” ini telah berumur lebih dari 100000 tahun, dan terbukti bahawa struktur ini dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh.


Pegawai Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh ( Gambar dari Kosmo Online )

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. 
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Petikan dpd Sebuah Kehidupan

Thursday, September 22, 2011

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Oleh Siti Shafinah Hassan,
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"



Jamuan Hariraya Terbuka PAS Terengganu

Unggul bersama Tn Hj Yahya Ali SU Badan Perhubungan PAS Terengganu
Khemah Muslimim



YB DUN Bandar  bersama dengan YB





YB ADUN Bandar bersama dengan YB Tn Hj Wahid Endut











Tn Hj  Yahya Ali



Ketibaan YB ADUN Bandar disambut oleh YB Tn Hj Wahid Endut




Add caption


Ketua Keadilan

Khemah Muslimat



Unggul bersama Ustaz Zakaria Dagang

YB TnHj Wahid Endut menjawab soalan-soalan wartawan-wartawan
Pada 22hb September 2011 PAS Terengganu mengadakan majlis jamuan Rumah Terbuka Hariraya di pekarangan Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.Kehadiran sangatlah memuaskan.Kelihatan YB ADUN Bandar Kuala Terengganu,Ketua Keadilan Terengganu turut hadir memeriahkan majlis ini.Melalui majlis seperti ini dapat mempertemukan dengan YB-YB  dan sahabat-sahabat lama.Banyaklah info yang dapat dikongsikan bersama.