USS George Washington
Sebuah kapal Induk pengankut kapalterbang Amerika Syarikat USS George
Washington telah berlabuh untuk pertama kali nya di Port Klang semalam.
Di maklumkan ianya bertujuan mengadakan kerjasama duahala dengan
Malaysia.
Diantara agenda yg diadakan nanti termasuklah "Pelayar kami menawar
diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi
melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan
pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang, kata
Kapten Greg Fenton.
Projek komuniti kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian
Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, tambahnya lagi.
"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia
menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada
mereka dan menambahkan pengalaman bagaimana suasana maritime di
Malaysia.
Anak2 kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada
di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials.
Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk
pegawai tentera akan dijemput ke satu majlis di atas kapal itu esok.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000
anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan
Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan
pasukan bersiap sedia untuk bertindak untuk melindungi dan
mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia
Pasifik. – editor/bernama
Inikah Wajah Perempuan Islam Berusia 700 Tahun? | Ingin tahu bagaimana wajah perempuan
Cina yang berumur 700 tahun? Cuba tengok gambar ini. Penemuan mumia
terbaru di China, yang secara kebetulan terjumpa ketika pekerja sedang
membina jalan di China bahagian Timur . Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mumia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan ia milik perempuan pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi Cina terkejut bagaimana eloknya keadaan kulit, rambut,
alis, dan wajah si perempuan. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal
beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih
terawat.
Mumia ditemukan di dalam keranda kayu di kedalaman dua
meter dari permukaan tanah. Apa yang ia pakai dan bagaimana kondisi
dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung
rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mumia ini sangat lengkap dan
baik.
Adakah ia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan
sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pengasas
kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran
Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah
datang ke China dalam zaman Yuan.
Permaisurinya iaitu Ratu Ma
Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di
An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah
masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud
‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak
untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim
Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai
Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949,
telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam.
Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau
terang-benderang’.
Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika
mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan
nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang
gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan
Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan
kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang perempuan muslim?
Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau. Sama usia ketika
kedatangan Islam ke Terengganu yang tercatat di Batu Bersurat yang
dikatakan datang dari Yunnan, China.
CAIRO, Hampir setiap muncul tindak kekerasan di negara-negara Islam
(Arab), orang selalu mengaitkannya dengan Ikhwanul Muslimin, sebuah
pertubuhan pergerakan Islam yang lahir diMesir, sekitar tujuh dekad
lalu. Dan, benarkah Al-Ikhwan mengajarkan tindak kekerasan? Dan apa
hubungan Hamas dan gerakan Hasan At-Turabi di Sudan dengan pertubuhan
Al-Ikhwan? Ini sebuah tulisan yang membincangkan secara ringkas tentang
Al-Ikhwan sebagai sebuah organisasi pergerakan Islam.
Sewaktu kekhilafahan Islam jatuh ke tangan Bani Umaiyah pada 661 M,
dengan Muawiyah bin Abi Sufyan menjadi khalifah pertama,
sekurang-kurangnya muncul dua sikap umat dalam menghadapi kenyataan itu.
Pertama, sikap menolak. Kedua, sikap menerima dengan reserve.
Sikap pertama didasari pada kenyataan bahawa Muamiyah mendapat kekuasaan
dengan cara yang tidak sah. Di antara mereka, ada yang menolaknya
dengan vokal, yang disertai dengan perancangan untuk meluruskan
jalannya. Dan ada yang menolaknya dengan sikap pelarian diri kepada
kajian masalah-masalah Islam dan menghindari hal-hal yang membawa
pertengkaran dengan kerajaan.
Sikap kedua adalah menerima pemerintahan Muamiyah sebagai kenyataan.
Sekalipun tidak melambangkan imej Islam politik, sekurang-kurangnya ia
telah mampu mempesatukan umat di bawah sebuah negara yang berdaulat. Ia
juga tidak melarang umat untuk meyakini rukun iman dan menjalankan rukun
Islam yang lima. Sikap kedua-dua ini membentuk teologi Al-Murjiah, yang
seterusnya menjadi teologi Ahl Sunnah wal Jamaah, untuk membezakannya
dengan teologi kaum Khawarij dan Syiah. Alat-perangkatnya selama
berabad-abad diisi oleh sayap kedua dari sikap pertama, iaitu pihak yang
menyibukkan diri untuk mengembangkan warisan agama dan intelektual
Islam dengan menjauhi konfrantasi langsung dengan pemerintah yang
berkuasa.
Aliran pertama yang bersifat vokal dan bahkan melibatkan pergerakan di
bawah tanah untuk menyusun kekuatan dalam rangka membentuk sebuah
kerajaan yang lebih Islamik, banyak mendapat kesulitan dari pemerintah
yang berkuasa. Tokoh-tokohnya diburu-buru dan ajarannya ditolak. Inilah
asas bakal pergerakan Islam yang mempunyai penyokong sepanjang sejarah
Islam sampai ke abad moden. Organisasi Al-Ikhwan al-Muslimun - yang
biasa disingkat dengan Al-Ikhwan - adalah sebuah pewaris dari Islam
pergerakan ini dengan bentuknya yang khas di zaman moden.
Hayah Ikhwan Al-Muslimin (Pertubuhan Persaudaraan Umat Islam) ditubuhkan
Syekh Hasan Al-Banna di bandar Ismailiyah (sebuah bandar di pinggir
Terusan Suez), Mac 1928, beberapa bulan setelah ia lulus dari Darul
Ulum. Darul Ulum adalah sebuah sekolah tinggi pendidikan guru di
Kaherah, dan Ismailiyah adalah bandar di mana ia ditempatkan oleh
Kementerian Pendidikan Mesir untuk menjadi guru di sebuah SMP.
Setiap hari - selepas mengajar, ia mengunjungi warung kopi untuk
berdialog dengan masyarakat. Malam harinya, ia solat berjemaah di masjid
berdekatan, dan kemudian seringkali meneruskan pembicaraannya di warung
kopi.
Pada masa-masa bercuti panjang setiap musim panas, ia menghabiskan waktu
dalam perjalanan ke pelbagai kota dan desa di Mesir, untuk mengajar
masyarakat di rumah, di atas kenderaan, di warung kopi, atau masjid.
Tubuhnya yang tegap (sekalipun dengan tubuh yang agak rendah berbanding
dengan rata-rata orang Mesir), serta penampilannya yang menarik, dan
lidahnya yang fasih, memang menyokong Al-Banna untuk menjadi seorang
public figure.
Dalam pertumbuhan awalnya, Al-Ikhwan lebih menumpukan usaha untuk
pembentukan keperibadian masyarakat. Ini dilihat dari beberapa prinsip
yang diajarkan Al-Banna yang merupakan penggunaan harian Al-Ikhwan.
Prinsip-prinsip itu antara lain berbunyi: "Lakukanlah solat bila anda
mendengar azan, bagaimana pun keadaan anda pada waktu itu. Baca
Al-Quran, renungkan dan dengarkan, serta selalulah mengingati Allah.
Jangan anda membuang-buang waktu untuk hal-hal yang tak berguna. "
Selanjutnya, Al-Banna juga mengatakan: "Jangan banyak bertikam lidah dalam masalah apa pun, kerana itu tidak bermanfaat.
Jangan banyak berseronok semata-mata dan bersantai, kerana perjuangan
bangsa perlu kesungguhan. Jauhilah membicarakan keburukan orang di
belakangnya. Jangan mengejek organisasi-organisasi atau
pergerakan-pergerakan dengan tidak adil. Berusahalah untuk selalu ramah
bila anda bertemu rakan-rakan Al-Ikhwan, sekalipun ia tidak membuat
inisiatif, kerana idiologi kita berdiri di atas tiang ilmu pengetahuan
cinta dan kasih.
Bantulah orang lain sedaya upaya mungkin agar ia dapat memanfaatkan
waktunya, dan apabila anda mempunyai kerja untuk diselesaikan, maka
selesaikanlah kerja itu. "
Prinsip-prinsip tersebut tak lain adalah sebahagian daripada
prinsip-prinsip Islam, yang disimpulkan dalam bahasa mudah agar dapat
dilaksanakan dengan mudah dalam kehidupan sehari-hari. Kesimpulannya
adalah bagaimana seorang muslim dapat menjalankan ajaran Islam secara
murni dan konsisten dalam kehidupan moden.
Prinsip-prinsip itu dijalankan melalui jalur organisasi dari ranting,
cabang, wilayah (yang tersebar di seluruh pelosok kota dan desa di
Mesir), dan sampai ke pusat, yang secara organisasi selalu dinilai dari
waktunya. Di sini kelihatan sekali ciri pergerakan dari pertubuhan
Al-Ikhwan.
Setelah pemantapan keperibadian, maka program Al-Ikhwan selanjutnya
adalah pembentukan masyarakat Islam yang menjalankan syariat Islam. Bagi
Al-Ikhwan, Islam adalah jalan hidup melibatkan individu, masyarakat,
negara, hubungan antarabangsa dan seterusnya.
Al-Banna menegaskan, "Ia (Islam - Red) adalah sikap moral, kekuatan,
kasih sayang dan keadilan. Ia adalah pengetahuan, undang-undang, ilmu
dan mahkamah. Ia adalah bahan-bahan, kekayaan, usaha dan keperluan. Ia
adalah jihad dan dakwah atau antara dan gagasan. Ia juga akidah yang
benar dan ibadah yang betul, ibarat satu duit syiling dengan dua wajah. "
Seperti program pembentukan keperibadian, maka Al-Ikhwan juga bertekad
untuk melaksanakan program sosial politik secara berperingkat. Dalam
Anggaran Dasar (Nizam Asasi) Al-Ikhwan, antara lain menyebut: Al-Ikhwan
sentiasa mengutamakan kemajuan berperingkat dalam pembangunan, usaha
produktif, dan kerja sama dengan para pecinta kebaikan dan kebenaran.
Al-Ikhwan tidak ingin mencederakan siapa pun, apa pun agama, bangsa dan
kebangsaannya.
Aktiviti Al-Ikhwan mula menarik perhatian kerajaan dan dunia luar,
selepas mereka memindahkan pusat kegiatan dari Ismailiyah ke Kaherah.
Selain itu setelah Al-Banna menghantar surat kepada raja Mesir, Faruq
(1936) dan beberapa menteri kabinet, supaya melaksanakan syariat Islam
dan meninggalkan cara hidup yang tidak Islamik.
Situasi di Mesir pada 1930-1940-an, seperti keburukan moral, penembusan
budaya asing, kerajaan yang tidak tegas, dominasi British yang begitu
kuat dalam negeri, dominasi syarikat-syarikat asing, dan lain-lain,
telah bersaham dalam membentuk sikap kesungguhan Al-Ikhwan. Sebagai
gerakan dan idiologi, sikap Al-Ikhwan ini berkaitan erat dengan krisis
intelektual, sosial, ekonomi dan politik yang melanda Mesir sejak abad
ke-19.
Krisis-krisis ini sebahagiannya adalah hasil dari pelbagai polisi yang
ditempuh oleh para penguasa Mesir sebelum ini, dalam bidang pendidikan,
undang-undang dan politik melalui suatu proses pembaratan. Negara sejak
abad 19 menghantar misi pendidikan ke luar negeri dan mengundang
perancang dan tenaga ahli Barat ke dalam negeri. Sistem pendidikan Barat
yang sekular barangsur-ansur mengalihkan pendidikan tradisional, dan
undang-undang sekular Barat menggantikan undang-undang syariat yang
telah berlaku selama berabad-abad.
Politik kerajaan semakin cenderung untuk memelihara kepentingan Barat.
Terusan Suez sebagai jalan perhubungan penting antara Barat dan Timur
berada di tangan asing. Di Palestin kekuatan Zionis antarabangsa semakin
jelas untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi yang mengancam
kewujudan umat Islam dan bangsa Arab. Sementara itu, para penguasa Arab
lebih banyak membuat polisi yang dapat mempertahankan kepentingan mereka
daripada kepentingan rakyat. Di pihak lain, Al-Azhar sebagai institusi
keagamaan yang tertua di dunia Islam bersikap acuh dan sukar untuk
dijadikan ikutan bagi sebuah pembaharuan yang selari dengan semangat
Islam.
Sebagai organisasi pergerakan, Al-Ikhwan tidak mahu membiarkan keadaan
yang tidak selari dengan tuntutan Islam itu berjalan terus. Melalui
media dan sarana yang dimilikinya (surat khabar, majalah, pamplet, surat
terbuka, pidato, khutbah, rapat umum dan lain-lain), organisasi ini
memberikan rayuan kepada rakyat dan kerajaan agar mengambil garis Islam
dalam semua polisi.
Kalau kemudian kerajaan melihat Al-Ikhwan sebagai ancaman, bukan semata
kerana Rayuan kebaikan itu, tapi lebih kerana sebagai organiasasi massa,
Al-Ikhwan dapat memaksakan kehendaknya. Usaha yang dilakukannya bukan
hanya bidang penerangan, pendidikan dan kebajikan semata, tetapi juga
merangkumi usaha-usaha ekonomi yang menjadi urat nadi organisasi,
latihan bela diri dan bahkan pasukan para tentera. Dalam perang melawan
sekutu Inggeris-Israel pada tahun 1948, sebagai contoh, pasukan
sukarelawan Al-Ikhwan terbukti tempoh dalam mematahkan kekuatan musuh.
Sekitar Perang Dunia II, telah terjadi hubungan turun naik antara
kerajaan dan Al-Ikhwan. Situasi genting yang berlaku di Mesir akibat
perang, antara lain pembunuhan terhadap tokoh-tokoh politik (termasuk
pembunuhan Perdana Menteri An-Nuqrasyi), membuat keadaan semakin sukar
bagi Al-Ikhwan.
Tokoh-tokoh Al-Ikhwan ditangkap, aset organisasi disita, dan pelbagai
media massa mereka dihapuskan. Kejadian seperti itu berlaku berulang
kali. Dari tahun 1940 hingga Disember 1948, pergerakan ini dilarang
sepenuhnya. Selanjutnya pada malam hari tanggal 12 Februari 1949,
Al-Banna ditembak mati oleh orang yang tak dikenali sewaktu ia sedang
duduk di dalam kereta di depan bangunan Syubban Al-Muslimin di Kaherah.
Al-Banna meninggal, tetapi idea-idea dan karya organisasinya diteruskan
oleh generasi penerus. Tak lama selepas pemergian Al-Banna, kepimpinan
Al-Ikhwan digantikan oleh Hasan Al-Hudhaibi, seorang bekas Peguam.
Menjelang Revolusi tahun 1952, sebahagian kekayaan Al-Ikhwan mula
dikembalikan dan kebebasan mereka dipulihkan.
Pada mulanya, Jamal Abd Nasir 15 Januari 1918 - 8 September 1970)
merupakan presiden kedua Mesir, dan mungkin merupakan salah seorang
negarawan Arab yang paling terkemuka dalam sejarah.
Gamal Abdul Nasser dilahirkan di Iskandariah (Alexandria) dan aktif
dalam gerakan Mesir menentang penjajahan dan kekuasaan asing ketika di
Akademi Ketenteraan. Gamal Abdul Nasser berpangkat Major ketika terlibat
dalam Perang Kemerdekaan Israel pada tahun 1948.
Selama beberapa bulan pada akhir perperangan, Gamal Abdel Nasser dan
pasukannya terperangkap dalam kawasan yang dikenal sebagai "Poket
Faluja". Ketika perdamaian tercapai, Gamal Abdel Nasir kembali ke Mesir.
Pada tahun 1952, Gamal Abdel Nasser memimpin Angkatan Bersenjata Mesir
dalam rampasan kuasa yang menggulingkan Raja Farouk I.
Pada awal 1954, Gamal Abdul Nasser menangkap dan menahan presiden Mesir
ketika itu, Jeneral Muhammad Naguib, dan pada 25 Februari 1954 Gamal
Abdul Nasser menjadi Ketua Negara Mesir. Dua tahun kemudian, Gamal Abdul
Nasser menjadi calon tunggal dalam pilihan raya presiden dan dilantik
menjadi presiden Mesir kedua. Pada masa pemerintahannya, Gamal Abdul
Nasser membangkitkan Nasionalisme Arab dan Arabisme, menasionalisasi
terusan Suez yang mengakibatkan krisis Suez yang membuat Mesir
berhadapan dengan Perancis, Britain dan Israel yang mempunyai
kepentingan terhadap terusan itu. Krisis ini berakhir dengan keputusan
dunia antarabangsa yang menguntungkan Mesir serta terusan Suez rasmi
berada dalam kedaulatan Mesir. Kemudian mengadakan projek infrastruktur
besar-besaran di antaranya adalah projek Empangan Aswan dengan bantuan
kerajaan Kesatuan Soviet.
Setelah kalah dalam Perang Enam Hari dengan Israel pada tahun 1967,
Gamal Abdul Nasser ingin menarik diri dari dunia politik tetapi rakyat
Mesir menolaknya. Gamal Abdul Nasser sekali lagi memimpin Mesir dalam
Peperangan 1969-1970 (War of Atrition).
Gamal Abdul Nasser meninggal akibat penyakit jantung dua minggu selepas
peperangan tamat pada 28 September 1970. Gamal Abdul Nasir digantikan
oleh Anwar Sadat sebagai presiden Mesir.dan Anwar Sadat sendiri adalah
termasuk aktivis Al-Ikhwan. Namun kemesraan antara Al-Ikhwan dan Nasir
serta Sadat akan berakhir, tak lama selepas yang bertama menjadi
presiden. Di bawah pemerintahan Jamal Abdul Nasir, Al-Ikhwan mengalami
penderitaan kembali. Para pengikutnya dipenjarakan dan beberapa di
antaranya malah ada yang digantung.
Buku-buku dan penerbitan mereka dilarang terbit.Akibat dari keadaan yang
kurang menguntungkan itu, beberapa tokoh Al-Ikhwan banyak yang terpaksa
lari ke luar negeri. Ada yang ke negara-negara Arab dan lain ke Eropah
dan Amerika. Namun di mana pun mereka berada, mereka tidak melupakan
perjuangan organisasi dan selalu melakukan kegiatan-kegiatan sesuai
dengan keadaan yang ada.
Dari situ, walaupun di dalam negeri (Mesir) Al-Ikhwan banyak mengalami
halangan, gagasan Al-Ikhwan tetap berkembang. Selain itu banyak di
kalangan idiolog-idiolog Al-Ikhwan yang berbakat menulis dalam pelbagai
bidang. Misalnya Audah, Syed Qutb, Muhammad Qutb, Muhammad Al-Ghazali,
Abdullah As-Samman, As-Sibai, Mushthafa Ramadan, Fathi Yakan dan
lain-lain.
Kemudian muncul dialog generasi kedua yang lebih berbentuk akademik
sebanding dengan Al-Qardhawi, Isa Abduh, Al-Jerisyi, At-Turabi,
Asy-Syalabi dan seterusnya. Karya-karya mereka banyak yang sudah
diterjemahkan ke dalam bahasa asing, termasuk bahasa Malaysia. Dengan
demikian, Al-Ikhwan telah memberikan sahamnya untuk sebuah pemahaman
Islam pergerakan di seluruh dunia.
Di beberapa negara Arab pada masa ini, seperti Sudan, Jordan, dan
Palestin, kegiatan politik Islam Al-Ikhwan nampak menonjol. Di Sudan,
berkat jasa Dr Hasan At-Turabi, idiologi terkenal Al-Ikhwan, beberapa
program Islamisasi telah dapat dilaksanakan dalam negara, sekalipun
mendapat tekanan yang berat dari negara-negara Barat, dan bahkan Mesir
sendiri sebagai negara jiran dan tanah kelahiran Al-Banna.
Di Jordan beberapa wakil Al-Ikhwan dapat duduk dalam parlimen dan
beberapa kedudukan penting dalam kerajaan. Di Palestin, di balik gerakan
Al-Hamas yang mencabar negara sekular yang ingin ditubuhkan oleh Arafat
juga dikhabarkan berdiri aktivis-aktivis Al-Ikhwan.
Hayat Ikhwan Al-Muslimin sebenarnya tidak lain dari sebuah organisasi
pergerakan Islam yang berusaha menerapkan cara-cara hidup yang Islamik,
terutama kehidupan sosial-politik, melalui sebuah program yang selalu
disemak dari masa ke masa. Kerana dominasi budaya sekular yang begitu
besar di dunia Islam, termasuk sekularisasi dalam pemerintahan,
organisasi ini sering berada dalam konflik dengan kekuatan-kekuatan
sekular yang ada dalam masyarakat. Teologi mereka yang tidak memisahkan
antara ijtihad dan jihad, agama dan politik, membuat nama mereka sering
dihubungkan kepada aksi politik dan tindak kekerasan, baik secara sah
atau tidak.
Pernah suatu zaman Kesultanan Sulu gah di persada dunia, sejarahnya
persis era PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ramai pendakwah dari
keturunan Rasulullah saw juga WALI SONGO tanah JAWA telah sampai ke
kepulauan SULU dan mengislamkan rakyatnya. Bahkan mereka di tanam dengan
ketauhidan yang sangat kuat dalam hati. Mereka hidup aman damai dengan
kasih sayang dan keberkatan melata di bumi SULU yang subur dan pernah
menjadi saksi tertegaknya kerajaan ISLAM suatu masa dahulu dengan nama
SULU DARUL ISLAMKini masyarakat di Kepulauan Sulu hidup dalam keadaan yang amat daif ,
tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik , rumah
yang usang beratapkan rumbia berlantaikan bulu, tiada pendidikan yang
sempurna, jauh dari pembangunan dan kecanggihan teknologi, tanpa
kewarganegaraan, tersisih dan berserakan. Kehidupan yang sentiasa
berlapar serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit dek kesan
peperangan yang panjang.
Harum
membawa mesej cinta dan kasih sayang untuk semua warga rumpun Nusantara
ini . Mengongsi rasa ummat Nabi saw demi sebuah rahsia cinta.
Kita
memfokuskan dengan menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat
membantu dan meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Sulu supaya
mereka dapat menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan
kesusahan mereka. Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih-sayang yang
lama tidak dinikmati umat Islam di SULU.
Kepulauan
Sulu 100% adalah Islam. Sulu pernah didatangi pendakwah arab yang
dikatakan dari keturunan Rasulullah saw. Mereka inilah yang telah
mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan
masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat
mengormati Ulama' . Kita membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan
persaudaraan dalam Islam.
Dengan
semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada ummat baginda Nabi SAW ----Ikatan
Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) tampil mengambil inisiatif
merintis MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian
dan wang kepada rakyat SULU TERTINDAS. Beberapa siri Misi Kemanusiaan
ini akan dihantar lagi untuk membantu meringankan bebanan yang
ditanggung rakyat Islam di sana. Alhamdulillah segala perjalanan selamat
cuma memenatkan ,dan kami melihat sendiri kedamaian SULU dan
kemeleratan rakyatnya yang menagih seteguk rasa kasih.
Berikut dilampirkan suasana sebenar rakyat SULU yang selama ini dirahsiakan dari pengetahuan dunia;
Kehidupan
kanak-kanak Sulu yang memerlukan pembelaan , pendidikan, dan usaha
mengembalikan zaman kanak-kanak mereka yang gembira.
Kawasan
Perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan , di
jetinya sahaja banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang
Anak
kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air
untuk kegunaan harian; redup matanya menceritakan 1001 kisah duka
masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian
lama.
Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.
Pemandangan
pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya
sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan --itu sahaja kemampuan
mereka di sini. Selebihnya ubi,kelapa dan sumber alam menjadi sandaran
mereka untuk hidup.
Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu.
Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu ..perhatikan deretan kedai yang usang dan jalan tanah
Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.
Si
Ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang
telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali
ke Kepulauan Sulu. Air mata kerinduan bergenang di kelopak mata si ibu
menceritakan rasa kerinduan kepada anak tercinta, mengenangkan kudrat
semakin lemah, beliau berdoa berharap agar dapat menatap wajah dan
melepaskan kerinduan kepada anak yang disayangi . Kesan peperangan yang
panjang menyebabkan ramai ahli keluarga terpisah-pisah.
Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan, ibarat hidup segan mati tidak mahu.
Sekolah
saudara seIslam di Filipina yang tidak mendapat perhatian , namun masih
digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar walaupun tidaklah
mendapat gaji yang setimpal.
Dua
gambar diatas ini menunjukkan bagaimana daifnya sekolah umat ISLAM di
SULU, Berbaju pink adalah pengetua sekolah berkenaan . Menurut beliau
bantuan untuk sekolah telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi
beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.
Anak
kecil yang tidak bersalah; mereka menjadi mangsa kerakusan dan
ketamakan manusia. Kebanyakan rumah masyarakat di SULU hanya berdinding
kan buluh, beratapkan jeramai, dikatakan hanya sebuah sahaja rumah batu
sempurna di pulau ini
Masjid
ini mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan dan menanti lebih
sumbangan untuk menampung kos pembinaannya bagi kegunaan Umat Islam
disana. Perhatikan lumut-lumut yang terbentuk pada dinding masjid
ini.Betapa sukar sekalipun kerana cintakan ISLAM mereka terus berusaha
dan yakin dengan bantuan ALLAH ; itulah semangat Rakyat Kepulauan Sulau
yang kuat tauhidnya kepada ALLAH swt
Keadaan dalam Masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan bagi kegunaan umat Islam di Sulu
Kepulauan
SULU mempunyai pantai dan pemandangan yang indah memukau. Tahukan anda
kepulauan SULU di iktiraf dunia sebagai mempunyai pantai tercantik di
dunia namun--belum diterokai. Rumah ini dihuni keturunan Pendakwah
Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.
Ahli
keluarga Pak Harun yang menjadi tempat singgah kami menyelami kesusahan
kehidupan mereka yang digambarkan dengan imej negetif oleh media
antarabangsa. Garis-garis kedut di mukanya serta wajah sayu anak-anaknya
menggamit isi hati kami.
Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang menggambarkan kesusahan kehidupan 8 sekeluarga
Dalam
kesusahan mereka sangat meraikan tetamu, kehadiran delegasi MISI
KEMANUSIAAN KASIH SAYANG mewakili Rakyat Malaysia diraikan dengan
penuh rasa ikatan persaudraan seolah-olah telah lama berkenalan dan
mereka sangat mengharap agar kita bantu membela nasib mereka
Beginilah
keadaan dalam rumah umat ISLAM SULU , tiada bilik..inilah tempat tidur
satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar
beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai
mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke
zaman tanah Melayu era 40-an
Seorang
anak muda SULU terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya.
Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu disana.
Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan RAKYAT SULU yang tertindas
Gambar
anak ini berjaya kami rakam; hibanya hati melihat kemelaratan mereka
terpaksa ditanggung anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.
Pengangkutan
utama di SULU...dalam kesesakan lori ini seorang ibu terpaksa
menyusukan anak kecilnya yang menangis kelaparan. Menitis air mata
seorang ahli misi mengenangkan kesengsaraan yang dihadapai rakyat SULU .
Kehidupan
masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan...wajah ini perlu
digembirakan . Masyarakat Sulu mempunyai wajah orang Melayu.--Wajah
Nusantara. Mereka kuat berpegang pada intipati ajaran Islam-Ketauhidan
Kepada Allah.
Persis
stor dan tidak layak lagi dihuni...pemandangan ini biasa di SULU namun
mereka tetap yakin kepada ALLAH dan kalimah syukur sentiasa meniti
dibibir mereka. Begitu berbekas kesan dakwah ISLAM pada jiwa UMAT ISLAM
SULU.
Pemandangan
Indah Kepulauan Sulu yang sangat mendamaikan jiwa ....masih banyak
kawasan yang kami tidak sempat pergi ini hanya secebis dari
beratus-ratus gugusan pulau di Kepulauan Sulu
Kepulauan Sulu mempunyai "crystal clear water" ....kemasinannya kurang berbanding laut di Malaysia. Sangat berlainan suasana udara pantainya
Begitulah serba sedikti perkongsian foto dan gambaran kehidupan masyarakat Islam di SULU
MUMBAI,
Sep 30: One of the front-ranking actresses of Indian cine world named
'Bollywood' and member of famous Kapoor Family, Kareena Kapoor alian
Bebo has decided to change her religion after she knots with Saif Ali
Khan, actor and member of Pataudi Nawab family in India. Kareena, seen here with future husband Saif Ali Khan
According to sources inside Kapoor Family, most of the members of the
Bollywood actress are showing anger at Kareena's decision to convert
into Islam, as Saif Ali Khan has been pursuing her to follow the path of
his mother – Sharmila Tagore, who embraced Islam after marrying Saif
Ali Khan's father and changed her name to Begum Ayesha Sultana.
In
1946 Sharmila was born in a Hindu Bengali family in Hyderabad State to
Gitindranath Tagore who was then deputy general manager of the East
India Company owner of Elgin Mills. Gitindranath was the son of
Kanakendranath Tagore who is the son of noted painter Gaganendranath
Tagore. She continued to remain in her Hindu faith until 1969, when she
married Mansoor Ali Khan Pataudi, Nawab of Pataudi - former captain of
the Indian cricket team, in a ceremony held on 27 December 1969.
Saif
Ali Khan married actress Amrita Singh in October 1991 and after
thirteen years of marriage and two children (son Ibrahim Ali Khan and
daughter Sara Ali Khan), the couple divorced in 2004. The children live
with their mother.
Khan spent his childhood in a Muslim
atmosphere, reading the Quran, with his grandmother Sajida Sultan, Begum
of Bhopal, being the centre of his religious education. Khan says that
"Religion played a major role in my upbringing." Khan also states that
his family is "cool or rather massively open–minded about religious
matters." For example, he acknowledges that his daughter is born into a
Muslim family; however he states that he will not decide her religion
for her.
Amrita was born to a Sikh-Muslim family. She is the
daughter of Rukhsana Sultana, who was a political activist and Shavinder
Singh, who was an army officer. Her maternal grandmother Zarina, was
the elder sister of actor Begum Para, mother of actor Ayub Khan. She was
also the daughter of Mian Ehsan Ul Haque, who came from a landowning
family. He was a judge and the Chief Justice of the highest court in the
princely state of Bikaner, northern Rajasthan. Through her father, she
is a relative of novelist Khushwant Singh and businessman Sir Sobha
Singh of New Delhi. In 1991, she married Saif Ali Khan, who was
twelve-year's junior to her.
After divorcing Amrita Singh, Saif
Ali Khan dated Rosa Catalano, a Swiss model born in Italy, whom he met
in Kenya, for three years. Catalano later revealed that he had not told
her about his earlier marriage and children, and that she learnt about
them only after she came to India. They were later said to be
considering marriage, but then broke off.
Saif Ali Khan's current
girlfriend Kareena Kapoor was born into a family where her parents,
Randhir Kapoor and Babita, and elder sister Karisma were actors; she
faced the media spotlight at a young age but did not make her acting
debut until the 2000 film Refugee.
Her melodrama Kabhi Khushi
Kabhie Gham - became India's highest-grossing film in the overseas
market in 2001, and is one of her greatest commercial successes to date.
After receiving negative reviews for a series of repetitive roles,
Kapoor accepted more demanding parts to avoid being typecast and was
recognized by critics for displaying greater versatility as an actress.
Her
portrayal of a sex worker in Chameli (2004) proved to be the turning
point in her career, and she was later noted for her performances in the
critically acclaimed films Dev (2004) and Omkara (2006). She went on to
play the lead female role in the Imtiaz Ali-directed romantic comedy
Jab We Met (2007, for which she received the Filmfare Award for Best
Actress) and the drama 3 Idiots (2009, the highest-grossing Bollywood
film of all time).
Inspired by Bollywood actresses like Nargis
and Meena Kumari and her sister Karisma, Kapoor is known for her fashion
style and her film roles (both of which have made her a trend-setter
for young women). Her contributions to the film industry have garnered
her numerous achievements (including nine nominations and six Filmfare
Awards), making her a leading actress in Hindi cinema. In addition to
film acting, Kapoor is a stage performer and has launched her own
clothing line (in association with retail chain Glabus).
Most of
the members of Kareena Kapoor's family though are excited about her
marrying actor Saif Ali Khan, the Nawab of Pataudi and a billionaire
owning number of business conglomerates; they are unwilling seeing her
leaving Hinduism and embrace Islam.
Kareena Kapoor's mother,
actress Babita, who is one of the strongest supporters of Kareena's
decision to marry Saif Ali Khan, is also arguing the issue of her
religious conversion. But, family of Saif Ali reportedly had told
Kareena Kapoor that, unless she changes religion, the marriage may not
take place. They even told her that the legal heirs to Pataudi Family
cannot be from any non-Muslim background, indicating, Kareena Kapoor's
children should surely bear Muslim identity.
The sources inside
both Kapoor and Khan Families indicated that the issue of religious
conversion of Kareena Kapoor had stalled the wedding ceremony for months
and finally Kareena Kapoor has made her mind to embrace Islam and
change her name from Kareena Kapoor to Kareena Khan. But inner circle of
Kareena Kapoor are alerting her about consequences in her cine career,
if she would abandon Hinduism, which would hurt the religious emotions
of millions of her Hindu fans around India and the world.
Considering
this possible consequence, Kareena Kapoor and her mother reportedly has
suggested Saif Ali Khan to complete the religious conversion and
marriage registration formalities in any third country, while in India,
they only will have a mock wedding ceremony. Additionally, after the
marriage, Kareena Kapoor will complete necessary legal formalities for
changing her name from Kareena Kapoor to Kareena Khan, which shall be
used in all of her legal documents, without giving any details about the
reason behind changing of the name.
Oleh WTKO Bajet
2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam,
demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini.
Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam sempena sambutan Aidilfitri lalu.
Bajet: Pencen minimum pesara kerajaan RM820
Kadar
pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya
25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820, kata Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pelarasan pencen itu akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012.
"Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.
"Langkah
ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen
terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun,"
katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini,
hari ini.
Sementara itu, kerajaan turut mencadangkan pengurangan
caj bayaran pemprosesan pasport berkuatkuasa Januari 2013 dalam usaha
mengiktiraf golongan warga emas.
Najib berkata caj bayaran
pemprosesan pasport untuk tempoh sah laku selama lima tahun bagi warga
emas akan dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150.
"Manakala, bagi caj bayaran pengurusan pasport untuk tempoh dua tahun dikurangkan kepada RM80," katanya.
Tambahnya, pengurangan caj bayaran pasport itu turut diperluaskan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. - Bernama
Najib umum BR1M 2.0, RM250-RM500
Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500. Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan
kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada
individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan. Katanya,
"rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak
melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250." "Hakikatnya,
bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah
populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu
mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan
Bajet 2013 hari ini.
Bajet: Belia beli telefon pintar dapat rebat RM200
SHAH ALAM - Kira-kira 1.5 belia berusia 21 hingga 30 tahun boleh menuntut rebat sehingga RM200 untuk membeli telefon pintar.
Bajet 2013: Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilo mulai esok
Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika
membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri
berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada
persatuan pengguna dan pengamal kesihatan. "Bagaimanapun kerajaan
masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang
melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya ketika
membentangkan belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera
Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini. Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini. Berdasarkan
rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga
sebanyak empat kali sejak 1 Jan 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram,
RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Dis 2010) dan
kali terakhir pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga
runcit RM2.30 sekilogram sehingga kini. itu adalah disebabkan
faktor-faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana
alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi
kesan secara langsung kepada perubahan sesuatu harga barang. Najib
berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga
tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan
sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.
"Gula yang diambil secara berpatutan adalah baik, namun sekiranya diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun," katanya. Sementara
itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion
bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran. Beliau berkata
peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan
minyak masak yang semakin meningkat ketika ini.
Ketegangan
tercetus
di Misrata, Libya Selasa lalu selepas bekas pemberontak yang telah
dikreditkan terhadap penangkapan bekas pemimpin Libya Muammar
Gaddafi meninggal dunia selepas diculik oleh sekumpulan lelaki
bersenjata. Omran
Ben Shaaban, 22, dilaporkan diculik oleh kumpulan tersebut di bandar
oasis Bani Walid, Julai lalu. Bandar itu merupakan kubu terakhir
penyokong setia Gaddafi dalam konflik 2011, kata saudaranya Walid kepada
AFP.
Omran
dikatakan cuba untuk melarikan diri daripada penculiknya, namun
cubaannya itu gagal dan dia dilaporkan telah dipukul serta ditembak di
bahagian leher dan perut, kata Walid lagi. Omran
telah dibebaskan 50 hari kemudian dalam keadaan kritikal dan
diterbangkan ke Perancis untuk menerima rawatan di sebuah hospital. Walau bagaimanapun, Omran meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital tersebut, tambah Walid bin Shaaban. Sebuah pesawat swasta telah menerbangkan jenazah Omran ke Misrata. Jenazahnya disambut oleh kaum keluarga dan sahabat handai.
Omran ketika dirawat di hospital
Omran
menjadi terkenal selepas gambar dan video yang memaparkan dia memegang
Gadhafi ketika beliau ditangkap bersembunyi dalam sebuah longkang pada
20 Oktober 2011 di Sirte tersebar di internet dan akhbar antarabangsa. -
DCM/AFP