Tuesday, February 22, 2011
Saturday, February 19, 2011
PULAU PELANCUNGAN, PULAU REDANG,TERENGGANU
Terengganu memiliki beberapa buah Pulau yang menjadi tarikan pelancung.Pulau-Pulau tersebut ialah Pulau Kapas,Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Pulau yang saya lawati ialah Pulau Kapas dan Pulau Redang.Saya ingin mencatitkan mengenai Pulau Redang yang sudah beberapa kali saya lawati kerana urusan kerja.
Pulau Redang mempunyai kemudahan jeti untuk kegunaan feri dan bot - bot .Terdapat juga sebuah lapangan terbang untuk pendaratan pesawat yang membawa pelancung daripada Lapangan Terbang Subang dan daripada Lapangan Terbang Seletar,Singapura.Pesawat yang membuat penerbangan berjadual ke sini ialah 'BERJAYA AIR'jenis pesawat ATR72.
Para pelancung juga boleh menaiki feri daripada Jeti Shah Bandar,Kuala Terengganu ke Pulau Redang.Sepanjang pelayaran anda boleh melihat pemandangan yang cantik sepanjang pantai Terengganu dan melintasi beberapa buah pulau seperti Pulau Bidong,Pulau Yu Kecil dan Pulau Yu Besar.
Ramai para pelancung akan berkunjung ke Pulau ini mulai bulan Mac ini kerana lautnya tenang dan para pelancung boleh membuat aktiviti dilaut seperti bernang,memancing,menyelam,bermain bot dan lain lain aktiviti.
Pulau yang saya lawati ialah Pulau Kapas dan Pulau Redang.Saya ingin mencatitkan mengenai Pulau Redang yang sudah beberapa kali saya lawati kerana urusan kerja.
Pulau Redang mempunyai kemudahan jeti untuk kegunaan feri dan bot - bot .Terdapat juga sebuah lapangan terbang untuk pendaratan pesawat yang membawa pelancung daripada Lapangan Terbang Subang dan daripada Lapangan Terbang Seletar,Singapura.Pesawat yang membuat penerbangan berjadual ke sini ialah 'BERJAYA AIR'jenis pesawat ATR72.
Para pelancung juga boleh menaiki feri daripada Jeti Shah Bandar,Kuala Terengganu ke Pulau Redang.Sepanjang pelayaran anda boleh melihat pemandangan yang cantik sepanjang pantai Terengganu dan melintasi beberapa buah pulau seperti Pulau Bidong,Pulau Yu Kecil dan Pulau Yu Besar.
Ramai para pelancung akan berkunjung ke Pulau ini mulai bulan Mac ini kerana lautnya tenang dan para pelancung boleh membuat aktiviti dilaut seperti bernang,memancing,menyelam,bermain bot dan lain lain aktiviti.
Kemudahan untuk penginapan memang banyak disni.Anda boleh buat pilihan untuk tinggal di Resort ataupun Homestay.Yang pastinya ada yang mahal dan ada yang murah.Kalau yang mahal RM1000.00 dan kalau pilih yang murah 'homestay' kurang pada RM 100.00 pun ada.Bayaran tersebut adalah untuk satu malam penginapan sahaja.
Monday, February 14, 2011
LAWATAN KE MENARA KAWALAN DARIPADA GURU - GURU KEMAS TELAGA BATIN KUALA TERENGGANU
![]() |
| Guru-Guru KEMAS |
![]() |
![]() |
| Pengurus DCA ,En Abu Bakar b Ali |
| En Abu Bakar(berdiri sebelah kiri).Puan Jamilah,Contoller Tunku Mat |
Pada 7hb Januari 2011 rombongan daripada guru-guru KEMAS Telaga Batin,Kuala Terengganu telah mengunjungi Menara Kawalan.Rombongan tersebut diiringi oleh isteri Pengurus DCA Puan Jamilah.Pegawai Kawalan Trafik Udara Tunku Mat telah memberi taklimat berkaitan tugas-tugas kawalan trafik udara.Banyak soalan dikemukakan terutamanya berkaitan tugas-tugas kawalan trafik udara dan kelayakan untuk mengisi jawatan.
Pihak DCA memang mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat ke menara kawalan.Untuk membuat lawatan sila hubungi Pengurus DCA,Jabatan Penerbangan Awam Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu,talian 096663214.
Saturday, February 5, 2011
MEMORIAL BATU BERSURAT DI KAMPUNG BULUH KUALA BERANG TERENGGANU
![]() |
![]() |
![]() |
KLIK FOTO UNTUK LEBIH JELAS
KLIK FOTO UTK LEBIH JELAS
![]() | ||||||
| KLIK FOTO UNTUK BACAAN LEBIH JELAS |
Saya telah menziarahi Memorial Batu Bersurat di Kampung Buluh,Kuala Berang,Daerah Hulu Terengganu pada 3hb Januari 2011.Bangunannya cantik dan replika batu bersurat terletak didalamnya.Tulisan Melayu Rumi dipaparkan untuk bacaan kerana Batu Bersurat ditulis dengan tulisan jawi.Menurut buku sejarah ,Islam sudah bertapak di Terengganu lebih awal daripada Melaka kerana catatan di Batu Bersurat tersebut Islam sudah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1326 atau 1386..Apa yang menarik dalam bacaan Batu Bersurat tersebut menyebut nama Tuhan (Allah) sebagai Dewata Mulia Raya.Ini bermakna sebelum kedatangan Islam penduduk Terengganu menganut agama Hindu..Kesimpulannya apabila Islam sudah bertapak, tulisan jawi telah diperkenalkan di Terengganu.Gaya bahasanya sangat menarik untuk kita fahami.Hukum Islam dicatitkan di batu tersebut untuk dijadikan ikutan.Sesuailah negeri Terengganu dipanggil Terengganu Darul Iman.
Monday, January 31, 2011
SUASANA SEPI DI PENGKALAN SETAR KUALA TERENGGANU
Suasana di pagi hari di Kampong Pengkalan Setar Kuala Terengganu.Sungai yang mengalir melalui Kampong ini ialah Sungai Ibai.Ditepi sungai terdapat tumbuhan pokok pokok nipah.Pucuk muda daripada pokok ini boleh dijadikan daun rokok.Masih ada lagi penduduk disini membuat pengusahaan tersebut.Paling popular sekarang ini ialah pengusahaan keropok lekor dan keropok keping .Di Pasar Payang Kuala Terengganu keropok kampong ini dinamakan keropok Pengkalan Setar.Rasanya cukup memuaskan.
Monday, January 24, 2011
Advanced Air Traffic System (AAT) Unit Teknikal Penyelenggaran Alatan Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Paparan pergerakan pesawat yang dikesan oleh ADSB (Radar]
Susunan holder yang digunakan oleh Controller
Paparan Pematauan Cuaca /Kelajuan Angin/Arah Angin/Tekanan Udara
AAT Kuala Terengganu Site Maintenance Engineer
Kuala Terengganu Air Traffic Controller Mengikuti Latihan ADSB (Radar)
anjuran AAT.
Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AAT) ditubuhkan seiring dengan kemajuan Sistem Pengurusan Trafik Udara dengan memberi perkhidmatan sokongan dalam kerja kerja penyelenggaran dan pembekalan alatan alatan kawalan trafik udara.
AAT Kuala Terengganu diamanahkan untuk penyelenggaran alatan alatan kawalan trafik udara seperti berikut
a) ADSB(Automatic Dependent Surveilance Broadcast)-Radar. Yang pertama kali di pasang di Malaysia,
b) Aviation Weather Observation System (AWOS) - Pemantauan cuaca
c) Voice Communication Switching System (VCSS) - Alatan radio telephony
d) Recording System (Alat Perakam 24 jam jangkamasa satu bulan)
Tugas harian AAT Kuala Terengganu ialah untuk mempastikan semua peralatan yang tersebut diatas berada didalam keadaan terbaik dan memuaskan (tip top).Pemeriksaan peralatan dilakukan setiap pagi dan petang bagi menentukan kelancaran kerja kerja kawalan trafik oleh controller bertugas.Pihak AAT akan segera membuat pembaikan sekiranya menerima lapuran kerosakan daripada controller.
AAT Kuala Terengganu di ketuai oleh Site Maintenance Engineer Supervisor En Aznan Nazril Ahmad dan dibawah beliau ialah Site Maintenance Enginner En Shazrul Musa,En Mohd Hishamuddin M Shafie dan En Shairyzal mohamad@Azizan.Mereka bertugas dalam dua syif iaitu pagi dan petang dengan mengikut waktu operasi lapangan terbang daripada pukul 0700 pagi hingga 2200 malam.
Thursday, January 20, 2011
PEJABAT METEOROLOGI LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU
![]() |
| Pejabat Meteorologi Lapangan Terbang Kuala Terengganu |
![]() |
Alatan Meteorologi untuk pengukuran sukatan hujan,angin dll |
![]() |
Pegawai Pegawai Meteorologi Tuan Hj Ismail Abdullah (Ketua)) dan En Fahmy A.Ghani |
![]() |
![]() | |
Pegawai Meteorologi Tuan Haji Ismail b Abdullah (berkopiah) dan Tunku Mat(Unggul | ) |
![]() |
Alatan Sukatan Suhu |
![]() | ||
Alatan Sukatan Hujan |
Pejabat Meteorologi memainkan peranan yang penting dalam industri penerbangan.Lapuran cuaca yang dikeluarkan oleh pejabat ini akan disalurkan ke pihak Menara Kawalan setiap satu jam.Pengawal Kawalan Trafik Udara akan menyampaikan lapuran cuaca ini untuk pesawat yang akan berlepas dan mendarat.
Maklumat cuaca termasuk kelajuan angin(surface wind) jarakpandangan(visibility) cuaca(weather),awan(cloud) ,tekanan udara(pressure) dan cuaca(temperature).Peralatan yang digunakan seperti gambar diatas.Kebanyakkan peralatan diatas telahpun digantikan dengan peralatan yang lebih canggih.
Pejabat Meteorologi Kuala Terengganu diketuai oleh Tuan Haji Ismail bin Abdullah.Beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat lawatan sambil belajar ke pejabat ini..Hubungi pejabat ini 09-6664743 untuk temujanji lawatan.
Monday, January 17, 2011
FOTO TERMINAL LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU DIAMBIL DARIPADA MENARA KAWALAN
Kawasan Parking Kereta Lapangan Terbang
Jalan Susur Keluar Daripada Bangunan Terminal
Kawasan Parking Pesawat
Saturday, January 15, 2011
PENJUAL TEMBAKAU DAN ROKOK DAUN DI PASAR GELUGOR KEDAI KUALA TERENGGANU
![]() |
| Urusan jual beli antara penjual dengan pelanggan |
![]() |
| Penjual daun rokok dan tembakau daripada golongan orang lama |
![]() | |||
![]() | |||||
| Suasana Pasar Gelugor Kedai Setiap Hari Jumaat\ |
Disatu sudut di pasar ini terdapat beberapa orang wanita menjual daun rokok dan tembakau kampong.Masih lagi ramai dikalangan perokok yang meminati rokok tersebut.Harganya memang lebih murah berbanding dengan rokok jenama lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























