KLIK FOTO UNTUK LEBIH JELAS
KLIK FOTO UTK LEBIH JELAS
KLIK FOTO UNTUK BACAAN LEBIH JELAS |
Saya telah menziarahi Memorial Batu Bersurat di Kampung Buluh,Kuala Berang,Daerah Hulu Terengganu pada 3hb Januari 2011.Bangunannya cantik dan replika batu bersurat terletak didalamnya.Tulisan Melayu Rumi dipaparkan untuk bacaan kerana Batu Bersurat ditulis dengan tulisan jawi.Menurut buku sejarah ,Islam sudah bertapak di Terengganu lebih awal daripada Melaka kerana catatan di Batu Bersurat tersebut Islam sudah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1326 atau 1386..Apa yang menarik dalam bacaan Batu Bersurat tersebut menyebut nama Tuhan (Allah) sebagai Dewata Mulia Raya.Ini bermakna sebelum kedatangan Islam penduduk Terengganu menganut agama Hindu..Kesimpulannya apabila Islam sudah bertapak, tulisan jawi telah diperkenalkan di Terengganu.Gaya bahasanya sangat menarik untuk kita fahami.Hukum Islam dicatitkan di batu tersebut untuk dijadikan ikutan.Sesuailah negeri Terengganu dipanggil Terengganu Darul Iman.
No comments:
Post a Comment