Monday, October 17, 2011

Islam Di Amerika.Satu Sejarah Yang Digelapkan

Oleh: siasahkini

"


Sejarah mereka
telah digelapkan
Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).


Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Gambaran pemakaian serban siku Cherokee

Bercakap tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.





Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku Anasazi, Apache, Arawak, Makah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.

Suku Makah yang menutup aurat

Gadis Zuni, 1903

Selain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Klik gambar untuk besarkan

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya.

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal".

Bukankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.


Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng             Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Cheng Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu. 

Palos, Sepanyol
Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary)

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam.

Sultan-sultan  dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu.

Lokasi Timbuktu
Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi


Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

 Peta Piri Re'isi
Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar


Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]

 Martin Alonso Pinzon

Vicente Yanex Pinzon


Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran  Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana.

Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418


Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua  Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Perbandingan armada Zheng He dan Colombus


Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia

Sunday, October 16, 2011

Kad kredit: Tidak pelik anak muda berstatus muflis

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 15 Okt: Penggunaan kad kredit di kalangan masyarakat umum ketika ini bukan lagi dilihat sebagai satu kebanggaan atau satu gaya hidup akan tetapi sudah menjadi suatu kemestian dalam mengharungi zaman kenaikan harga barang dan taraf hidup yang semakin tinggi.
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan lain di dalam mengharungi hidup terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
“Namun adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik dalam hendak memastikan diri dan keluarga ‘berdaya saing’ demi untuk meneruskan kehidupan,” soalnya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, katanya media pernah melaporkan bahawa 449 muflis kerana kad kredit.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dikumpulkan oleh pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.
Ini, ujarnya satu angka yang mesti diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Tambahnya, walaupun jumlah muflis akibat gagal membayar hutang kad kredit hanya mencatatkan 4,417 kes dalam tempoh lima tahun hingga Mei 2010 yang lalu, situasi penggunaan serta pengeluaran kad yang dilihat tidak terkawal dianggap membimbangkan serta boleh memusnahkan masa depan generasi muda.
Beliau menambah, statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 juga menunjukkan bahawa pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan.
Katanya, pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranya seseorang itu berhutang RM1,000 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum lima peratus setiap bulan, dia mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah.
Kajian juga, katanya menunjukkan pengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17 peratus lebih daripada individu yang berurusan menggunakan wang tunai.
Menurutnya, antara sebab-sebab yang membawa kepada ‘maslahah’ ini adalah faktor kadar faedah yang tinggi, kawalan kelulusan pengeluaran kad kredit terlalu longgar, sikap institusi kewangan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat kepada kesan sosioekonomi dalam jangka masa yang panjang.
“Ditambah dengan sikap segelintir pengguna yang tidak berhemah dikenal pasti punca kenapa ramai yang jatuh muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.
Pihak kerajaan, tambah beliau perlu melihat kepada isu dengan lebih mendalam dan perlu mengambil tanggungjawab dan bukannya dengan mudah menyalahkan rakyat serta menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Ianya, kata beliau perlu dilihat juga dari segi harga kereta dan harga rumah di negara ini.
“Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah yang mana harganya semakin hari semakin meningkat yang mana menyebabkan harga rumah juga terus meningkat.
“Di dalam keadaan begini menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis,” katanya.
Beliau berkata, bebanan yang ditanggung oleh rakyat perlu diambil kira sekiranya slogan ‘Rakyat Didahulukan’ dilaksanakan dan bukan sekadar retorik semata-mata.
Kalau dilihat secara teliti, katanya Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini juga tidak banyak membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah bebanan kenaikan harga barang.
Malah, katanya faktor inflasi dan kenaikan harga barang  juga turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang mana akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.
“Maka tidak pelik kalau satu hari nanti Malaysia akan dipenuhi oleh anak-anak muda yang umur belum mencecah 25 tahun tetapi sudah berstatus muflis,” katanya.
 

Friday, October 14, 2011

Dr Burhanuddin al-Helmy pejuang kemerdekaan yang dilupakan?


SELEPAS Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu membangkitkan isu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, seluruh negara gegak gempita membahaskan isu menulis kembali sejarah kemerdekaan negara.
Maka timbul pula idea, kononnya Malaya-Tanah Melayu tidak pernah dijajah.Idea ini seolah-oleh mahu menutup peranan golongan kiri yang bangkit menyedarkan rakyat menuntut kemerdekaan dari penjajah British.

Antara tokoh yang cuba diselindungkan Umno- BN dalam membingkiskan tentang sejarah Malaya- Tanah melayu ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy.
Perjalanan hayat Dr Burhanuddin ada dicatatkan sebahagian kecil daripada tulisan Dr Ismail Said, Dr Burhanuddin al-Helmy: Pejuang Melayu Sejati, (Karisma, 2008) dan Tesis Ijazah Doktor Falsafahnya di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2008 yang memfokuskan kepada kajian tokoh-tokoh yang menggerakkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Berikut adalah sebahagian kecil kisah Dr Burhanuddin yang diselitkan Dr Ismail Said melalui kajiannya. Dr Burhanuddin al-Helmy adalah pejuang kemerdekaan yang juga Presiden PAS ketiga
Oleh DR ISMAIL SAID
DR BURHANUDDIN ALHELMY adalah pemimpin ketiga PAS selepas Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Abbas Alias. Beliau dilahirkan di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.
Bapa beliau bernama Haji Muhammad Nor dikatakan keturunan seorang bangsawan dari Sumatera. Seorang yang alim, petani dan juga ahli tasawuf.
Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1908 dalam perjalanan pulang dari Makkah.
Haji Muhammad Nor tinggal beberapa tahun di Makkah untuk mendalami ilmu agama dan mempelajari al-Quran. Ketika tiba di Changkat Tualang, beliau baru berusia 18 tahun.
Bapa Dr Burhanuddin al- Helmy dikenang sebagai seorang yang tidak mementingkan kebendaan, tidak mementingkan kesenangan dunia, seorang yang sentiasa senyum dan tidak mudah marah sehinggakan beliau digelar ‘Abi Halim’ oleh sesetengah rakannya.
Mengambil sempena gelaran ini jugalah Dr Burhanuddin menggunakan ‘Al-Hulaimi’ yang kemudiannya dipopularkan umum menjadi Al-Helmy yang bermakna orang yang tidak pemarah.
Sifat sebagai seorang yang sabar, tidak pemarah, lemah lembut ini diakui oleh sahabatsahabat yang dekat dengan beliau.
Dr Burhanuddin al-Helmy juga seorang pemimpin yang senang untuk didampingi oleh sesiapa sahaja malah beliau juga seorang yang mudah mendampingi orang lain, beliau tidak suka menghampakan orang yang mengharapkan bantuan atau khidmatnya.
Walaupun Dr Burhanuddin al-Helmy seorang yang jujur dan mudah didampingi oleh ahli dan rakyat, namun beliau bukanlah seorang yang mudah dipermainmainkan, hatinya cukup keras walaupun orangnya tampak lembut.
Dengan lain perkataan ada masa dan tempatnya Dr Burhanuddin al-Helmy boleh dipengaruhi dan ada masa dan tempatnya pula dia tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.
Dalam peristiwa penggubalan Perlembagaan Rakyat, soal kerakyatan di mana All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) mahukan kerakyatan berdasarkan tempat lahir atau jus soli sedangkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) keberatan menerima kerakyatan cara ini, perbalahan juga berlaku dalam soal nama kerakyatan, AMCJA mahukan kerakyatan yang bernama ‘Malayan’ sedangkan PUTERA dengan dijuarai Dr Burhanuddin al-Helmy mahukan kerakyatan yang bernama ‘Melayu’.
Dalam hal ini Dr Burhanuddin al-Helmy tetap dengan pendiriannya sehingga memaksa Ahmad Boestamam menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah ini bagi menjayakan Perlembagaan Rakyat.
Dr Burhanuddin al-Helmy ialah seorang yang benar-benar alim dalam ilmu dan bidang agama Islam. Ketinggian ilmunya memang suka hendak ditandingi.
Beliau menguasai semua pelat bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir al-Quran dan al-Hadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan sastera Arab.
Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.
Dr Burhanuddin al-Helmy dalam perjuangannya sebelum memasuki PAS sentiasa membimbing ahli-ahlinya supaya berusaha dengan tekun kerana berusaha itulah yang menentukan nasib diri dan kaum mereka akan berubah, beliau sering memberi tazkirah kepada mereka dengan memperdengarkan ayat-ayat al- Quran yang sesuai sebagai penguat semangat perjuangan.
Ibu Dr Burhanuddin al-Helmy, Sharifah Zaharah binti Habib Othman pula berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka. Penghijrahan ini kerana ingin mencari rezeki yang lebih di samping mencari tempat tinggal yang tenteram.
Perkahwinannya dengan Haji Mohamad Noor diuruskan oleh keluarga. Dr Burhanuddin al- Helmy mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Behrang Ulu dan kemudian di Bakap sehingga darjah tiga.
Pada sebelah petangnya, Dr Burhanuddin al-Helmy mengikuti kelas al-Quran dan agama. Pada waktu lapang, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar ilmu perubatan Melayu seperti jampi-jampi dan mantera daripada seorang datuk saudaranya.
Dr Burhanuddin al-Helmy dikatakan menyalin bahan-bahan ramuan untuk ubatan-ubatan Melayu itu.
Selepas bersekolah di Bakap, beliau berpindah pula ke sekolah di Kota Bahru (Perak) dan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan dengan menerbitkan akhbar mingguan iaitu Berita Minggu yang menyiarkan beritaberita di dalam dan di sekitar kampungnya.
Pada tahun 1924, setelah tamat sekolah Melayu, Dr Burhanuddin al-Helmy dihantar oleh bapanya ke Sungai Jambu, Sumatera untuk mendapatkan pendidikan Islam di sana. Selama dua tahun di sana beliau dikatakan dididik dan dipengaruhi oleh guru-guru dan ajaran-ajaran Kaum Muda.
Beliau kemudiannya tidak mahu meneruskan pengajian di sana kerana tidak setuju dengan cara pendidikan yang dijalankan di sekolah agama itu.
Sistem menadah tangan dan menghafal kitab yang sama tidak disukai oleh Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau lebih suka satu bentuk metodologi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat perbincangan dan soal jawab antara guru dengan murid dilaksanakan.
Ini kerana, beliau mempunyai banya persoalan yang ingin dihuraikan. Beliau mempunyai sikap ingin tahu, tidak dapat berpuas hati dengan satu jawapan yang sangat kaku. Beliau tidak suka pemikirannya dikongkong.
Apabila berhenti dari sekolah di Sungai Jambu Sumatera, Dr Burhanuddin al-Helmy dihantar belajar oleh ayahnya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Tuan guru pondok itu ialah Tuan Guru Haji Salleh Ismail iaitu sahabat kepada bapa Dr Burhanuddin al-Helmy.
Oleh kerana beliau berasakan cara pengajian dan sukatan pelajaran di pondok ini tidak memadai baginya, Dr Burhanuddin al-Helmy berpindah pula ke Madrasah al-Masyhur al- Islamiyyah, Pulau Pinang.
Di madrasah ini, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar sehingga tamat Thanawi (menengah atas) pada tahun 1934. Satu hakikat yang tidak dapat disanggah di sini ialah, Dr. Burhanuddin al-Helmy telah dipengaruhi oleh pemikiran dan keperibadian politik Sheikh Abu Bakar al-Rafie iaitu Mudir madrasah, Haji Arshad al-Bawayih, seorang ahli tatabahasa bahasa Arab iaitu seorang dari golongan ‘Kaum Muda’ dan Ashiran Yaakob, seorang penulis yang turut serta dalam memperjuangkan nasib politik, ekonomi dan sosial orang Melayu.
Dr Burhanuddin al-Helmy kemudiannya ditawarkan biasiswa oleh hartawan-hartawan India Islam di Pulau Pinang untuk melawat dan meneruskan pengajian di India. Semasa di India, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar bidang homeopati sehingga memperoleh ijazah homeopati.
Bidang ini telah dipelajarinya di Ismailiah Medical College.
Dr Burhanuddin al-Helmy juga mendapat kelulusan Doctor of Naturopathy dari School of Naturopathy, London secara ijazah luar kampus. Penganugerahan ijazah lain yang diperolehnya seperti Doctor of Divinity daripada International Academy Canada, kerana penglibatan luas beliau dalam bidang perubatan homeopati. Ini termasuk juga penganugerahan ijazah Doktor Falsafah.
Dr Burhanuddin al-Helmy juga dikatakan belajar di Aligarh Muslim University, India. Semasa dalam perantauan di negara orang inilah Dr Burhanuddin al-Helmy banyak belajar dan menerima pengalaman politik dari nasionalis-nasionalis luar negara.
Di India, beliau telah didedahkan dengan perjuangan Mahatma Gandhi menuntut pembebasan India daripada penjajahan British.
Beliau dikatakan menghadiri rapat umum dan ceramah-ceramah Mahatma Gandhi serta mengikuti pendapat Mahatma Gandhi yang menuntut kebebasan politik bagi India dan tidak menggalakkan kekerasan dan permusuhan dalam kalangan orang India. Semasa di India juga, Dr Burhanuddin al-Helmy terdedah dengan ajaran tasawuf Naqsyabandiah Semasa melawat Palestin, beliau telah melihat tindakan politik dan ketenteraan British mewujudkan sebuah negara Israel dengan menafikan hak politik bangsa dan negara Palestin. Dr Burhanuddin al-Helmy turut terlibat dalam perarakan menentang Perjanjian Balfour yang membentuk negara Israel.
Akibatnya beliau ditahan oleh British.
Pengalaman-pengalaman yang dikutip dari perantauan ini menjadi pedoman dan inspirasi perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan kuasa barat. Bersama-sama dengan Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj dan beberapa orang pemimpin KMM yang lain, Dr Burhanuddin al-Helmy telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.
Penubuhan KRIS digalakkan oleh pihak Jepun. Jepun sebenarnya telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia.
Justeru itu beberapa siri rundingan telah diadakan antara pihak Jepun dengan Soekarno. Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ibrahim Yaakob ingin membawa Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia apabila Jepun berundur nanti.
Atas matlamat inilah satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara brahim Yaakob dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara. Usaha-usaha mencapai kemerdekaan dalam konsep Indonesia Raya ini telah dijalankan dengan digerakkan oleh Dr Burhanuddin al-Helmy.
Satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi merancang beberapa langkah yang patut dibuat bagi menentang kemasukan semula British ke Tanah Melayu.
Mesyuarat juga telah memutuskan sebuah kabinet akan dibentuk bagi negara merdeka tersebut dengan nama Malaya Demokratik Rakyat, di mana dalam kabinet ini Dr Burhanuddin al-Helmy juga dilantik sebagai anggota kabinet.
Mesyuarat juga membincangkan cara-cara bagi menggelak penguasaan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) selepas pengunduran Jepun.30 Pada 17 Ogos 1945, atas arahan Ibrahim Yaakob satu perjumpaan dengan wakil-wakil pemuda KRIS telah diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Perjumpaan ini turut dihadiri Itagaki dan dua orang kawannya.
Pihak Jepun telah memberitahu rancangan untuk merdeka dalam Indonesia Raya tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan diri Jepun secara mendadak pada 15 Ogos 1945. Dengan itu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu juga gagal.
Kegagalan ini sedikit menghampakan Dr Burhanuddin al-Helmy. Jika usaha ini berjaya kita mungkin dapat membayangkan Dr Burhanuddin al-Helmy akan menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, seorang pemimpin yang menggabungjalinkan semangat kemelayuan, nasionalis tulen dan semangat keislaman.

Thursday, October 13, 2011

Bolehkah berkahwin dengan orang bunian?

Datuk Dr Haron Din   
Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?

Halimatussaadiah
Bota, Perak

Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87 (mahfumnya):
"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam.
 

Penafian Neil Armstrong Memeluk Agama Islam



Satu dunia mengenali Neil Armstrong, angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan. Tepat jam 10.56 malam pada 20 Julai 1969, satu sejarah yang tidak pernah dibayangkan manusia dicipta angkasawan berkenaan. Sembilan belas minit kemudian, Edwin Aldrin menyertai Armstrong, manakala Michael Collins mengawal pesawat induk, Columbia.Sebelum itu, pada 16 Julai 1969, jam 9.32 pagi waktu timur Amerika Syarikat (AS), ketiga-tiga angkasawan AS itu menaiki roket Saturn V dan berlepas ke angkasa lepas dari Cape Kennedy, Florida. Peristiwa itu disaksikan lebih 600 juta manusia, satu peristiwa paling ramai ditonton dalam sejarah televisyen!



“Itu adalah langkah kecil bagi seorang lelaki, tetapi satu loncatan jauh bagi manusia keseluruhannya,” kata Armstrong sebaik menjejakkan kaki ke permukaan bulan.

Armstrong, 79, yang pernah berkunjung ke Malaysia sempena Forum Kepemimpinan Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2007.

Sejak sejarah itu tercipta 36 tahun lalu, masih ada yang menganggap projek Apollo 11 satu penipuan. Pentadbiran Aeronautik dan Pentadbiran Kebangsaan (Nasa) AS dikatakan tidak berkeupayaan menghantar angkasawan ke bulan. Sebaliknya angkasawan berkenaan dikatakan ‘mendarat’ di atas sebuah pentas khas rahsia yang terletak 342 kilometer dari Las Vegas.

“Projek Apollo 11 adalah secara menyeluruh dan dijalankan dengan sedaya-upaya. Ia juga terlalu sukar. Malah, ia projek paling lama dan termahal. Namun, perkara yang lebih menyukarkan ialah apabila ia dikatakan satu penipuan.

“Dalam penerbangan kapal angkasa, kami tidak mempunyai pilihan, tetapi perlu berhadapan risiko sebenar. Kami percaya kami boleh menyelesaikan misi yang dianggap mustahil oleh sebahagian besar masyarakat,” kata Armstrong yang menyifatkan permukaan bulan seperti arang.

Selain itu, cerita menarik mengenai Armstrong ialah apabila beliau dikatakan sudah memeluk Islam. Ia sudah tersebar sejak 15 tahun lalu dan Armstrong dikatakan mendengar azan ketika di bulan yang mendorong beliau memeluk Islam.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

Armstrong yang dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Ohio, AS mula teruja dengan penerbangan sejak kanak-kanak. Malah, dia mula mengikuti kelas penerbangan pada usia 15 tahun dan berjaya memperolehi lesen juruterbang pelatih setahun selepas itu.

Pada 1947, Armstrong menyambung pengajian di University Purdue atas biasiswa Tentera Laut dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Namun pada 1949, pihak Tentera Laut memanggilnya untuk melapor diri sebagai tentera.

Sebagai juruterbang tentera laut, dia menyertai 78 misi ketenteraan dan menerima tiga pingat sepanjang khidmatnya sebagai tentera. Pada 1952, Armstrong menyambung pengajian di Universiti Purdue dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Aeronautikal. Seterusnya dia menerima Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas dari Universiti California.

Pada 1955, dia menyertai Makmal Penggerak Penerbangan Lewis, Majlis Penasihat Aeronautik Negara (Naca) (sekarang dikenali sebagai Pusat Kajian Lewis Nasa) di Cleveland, Ohio.

Armstrong dipilih sebagai angkasawan Nasa pada 1962. Tugas pertamanya adalah sebagai juruterbang pembantu untuk misi Gemini V. Pada 16 Mac 1966, dia diberi tanggungjawab juruterbang Gemini VIII bersama Dave Agena dan berjaya melaksanakan misi itu. Seterusnya pada 1969, dia dipilih sebagai komander untuk mengetuai misi Apollo 11 ke bulan yang mencetus sejarah dunia.

Armstrong meletak jawatan daripada Nasa pada 1971 dan kembali ke Ohio sebagai Profesor dalam bidang Kejuruteraan Angkasa Lepas di Universiti Cincinnati dari 1971 hingga 1979. Kini, dia adalah Pengerusi CTA Inc, sebuah syarikat sistem maklumat.

Namun, segalanya berkemungkinan. Mungkin beliau terpaksa menyembunyikan keislaman beliau kerana desakan daripada Amerika Syarikat sendiri. Kita telah melihat bagaimana nasib yang diterima oleh Michael Jackson yang mempunyai pengaruh yang besar kepada dunia cuba menzahirkan keislamannya. Hanya sehari lagi sebelum beliau menyatakan keislamannya kepada dunia dalam konsert meganya, beliau dibunuh dengan penuh konspirasi. Nasib ini mungkin berulang kepada Neil Amstrong jika beliau benar-benar Islam dan menyatakan keislamannya kepada umum. Wallahualam.
 
sumber: hijabul crewz

Tuesday, October 11, 2011

THE TALLEST PERSON IN HISTORY


Robert Pershing Wadlow was born, educated and buried in Alton, Illinois. His height of 8' 11.1" qualifies him as the tallest person in history, as recorded in the Guinness Book of Records. At the time of his death at age 22, he weighed 490 pounds.

Robert was born on February 22, 1918, and weighed a normal eight pounds, six ounces. He drew attention to himself when at six months old, he weighed 30 pounds. A year later at 18 months, he weighed 62 pounds. He continued to grow at an astounding rate, reaching six feet, two inches and 195 pounds by the time he was eight years old.
Robert Pershing Wadlow, at age 13 stands with his father, Harold. Harold is 5 feet, 11 inches tall. Robert stands 7 feet, 4 inches.

On July 4, 1940, while making a professional appearance at the Manistee National Forest Festival, a faulty brace irritated his ankle, causing a blister and subsequent infection. Doctors treated him with a blood transfusion and emergency surgery, but his condition worsened and on July 15, 1940, he died in his sleep at age 22.

An estimated 40,000 people attended Wadlow's funeral on July 19. He was buried in a 10-foot-long (3.0 m), half-ton coffin that required twelve pallbearers to carry and was interred in a vault of solid concrete. It was believed that Wadlow's family members were concerned for the sanctity of his body after his death, and wanted to ensure it would not be disturbed or stolen.

May 1936, Robert Wadlow at 18 years old with his mother and (half of) brother Harold Jr.




 

Monday, October 10, 2011

Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya



Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" (Al-Hadid : 18)

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya :
" Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan" (Al-Maidah : 2)

Namun demikian, Islam begitu teliti dan amat memandang berat dalam soal memberi, menerima dan membayar semula hutang tersebut kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia ini sehinggalah ke akhirat kelak.

Mengapakah Anda Berhutang?

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam hutang antaranya ialah :-

1) Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2) Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang, lantaran itu ia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanyalah untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.

3) Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.

4) Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.

5) Berkehendakkan sesuatu benda yang melibatkan metarial dan kebendaan dengan cepat dan pantas walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu berbuat demikian.

Dalam hal ini jika perkara yang hendak dimiliki itu merupakan keperluan asasi (dharuriat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis iaitu :-

Maksudnya :
"Daripada Abu Hurairah R.A., berkata seseorang ; Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik ?, Baginda bersabda 'Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya. "

Tetapi jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan merupakan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah ia berhutang, kerana hanya akan menambahkan bebanan lebih-lebih lagi jika melibatkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba'.

Implikasi Amalan Berhutang

1) Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusiayang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3) Seseorang yang terbeban dengan hutang itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4) Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah S.A.W :-

Maksudnya :
"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya ".

Rasulullah S.A.W pernah berwasiat kepada para sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :-

Maksudnya :
'Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas'

5) Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia berpanjangan hingga ke hari akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W :-

Maksudnya :
" Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi "

6) Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :-
"Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. " (Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah)

Rasulullah S.A.W sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah S.A.W satu jenazah, Rasulullah S.A.W tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Contoh - contoh Dalam Situasi Berhutang

Pelbagai contoh dan situasi behubung dengan hutang yang boleh kita teladani dan insafi antaranya ialah :-

1. Seseorang peniaga membuka sesuatu perniagaan dan memberi kemudahan berhutang kepada pelanggan-pelanggan, setelah tiba tempoh pembayaran hutang tersebut, mereka gagal berbuat demikian, perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kerumitan kepada peniaga tersebut untuk meneruskan perniagaan sehingga boleh menyebabkan perniagaan itu ditutup.

2. Seseorang yang diterima untuk melanjutkan pengajian dengan mendapat pinjaman biasiswa. Setelah membuat perjanjian untuk membayar balik pinjaman tersebut dan setelah sampai tempohnya , dia mengabaikan perjanjian itu. Perkara ini akan menimbulkan kesukaran kepada pihak yang memberi pinjaman untuk meneruskan perkhidmatan seperti itu kepada generasi yang akan datang.

3. Bayangkanlah jika seseorang itu berhutang dengan institusi kewangan yang berkaitan dengan orang ramai umpamanya pinjaman kewangan kerajaan atau koperasi sudah pasti ia akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan apabila tiba hari pengadilan di hadapan Allah S.W.T kerana melibatkan ramai pihak. Oleh itu kita perlu berhati-hati dalam hal berhutang supaya tidak tergolong dalam golongan-golongan yang tersebut di atas.

Implikasi Melewat-lewatkan Bayaran Hutang

Apabila seseorang itu berhutang, maka ia wajib membayarnya semula dengan kadar segera setelah berkemampuan berbuat demikian.

Islam menganjurkan antara perkara-perkara yang wajib disegerakan di atas dunia ini ialah membayar segala hutang piutang selain daripada menyegerakan pengkebumian jenazah dan mengkahwinkan anak perempuan.

Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam kehidupannya bukan sahaja didunia bahkan di akhirat antaranya:-

1) Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya
2) Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T
3) Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim
4) Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasululah S.A.W:

Maksudya:-
" Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya adalah satu kezaliman, halal maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)."

Seseorang yang berhutang itu, telah berjanji untuk membayar hutang mengikut sesuatu tempoh, tetapi dia tidak menepatinya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang munafik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

" Tanda-tanda orang munafik itu ada empat iaitu;
1) Apabila bercakap dia mendustainya
2) Apabila berjanji dia memungkirinya
3) Apabila diberi amanah dia mengkhianatinya
4) Apabila bergaduh dia berlebih-lebihan. "

Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir masyarakat yang berhutang, tetapi tidak menjelaskan hutang tersebut. Seringkali kita dengar dan lihat melalui laporan media cetak dan elektronik menerangkan tentang situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai bahaya bukan sahaja kepada dirinya malah turut melibatakan ahli keluarga yang menjadi mangsa seperti diugut, dipukul, disamun, dibunuh dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, pinjaman hutang yang terlalu tinggi ditambah pula dengan bunga-bunganya menyebabkan si pemiutang tidak mampu untuk membayarnya. Disebabkan tidak tahan melalui semua itu, mereka mengambil jalan pintas dengan membunuh diri dan ada juga dikalangan mereka yang dibunuh dengan kejam.

Syor Dan Saranan

� Setiap orang diharuskan berhutang tetapi harus diingat janganlah nilai hutang itu terlalu tinggi sehingga membebankan diri sendiri apabila hendak membayarnya.

� Setiap hutang akan melibatkan pemberi dan pemiutang. Bagi menjamin hubungan mesra sesama manusia, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab si pemiutang untuk membayar semula apabila sampai tempoh perjanjiannya. Allah S.W.T berfirman :-

Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian" (Al-Ma'idah : 1 )

� Pihak yang memberi hutang perlu mewujudkan satu perjanjian atau kontrak semasa berlakunya 'akad. Ini bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan berlaku seperti tidak langsung membayar semula hutang tersebut. Allah berfirman:-

Maksudnya :
" Wahai orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu makan hendaklan kamu menulis (perjanjian hutang dan bayaran) dan hendaklah ditulis oleh seorang yang adil dan janganlah sesorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah mengajarkan. Hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang merencana dengan jelas dan hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutangnya itu" (Al-Baqarah : 282)

� Orang yang berhutang hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab di atas hutangnya. Jangan sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang tersebut apabila mempunyai peluang untuk membayar hutang kerana perbuatan tersebut digolongkan dalam perbuatan zalim dan dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya itu.

� Orang yang berhutang hendaklah tidak terpengaruh dengan anasir-anasir buruk yang boleh membawa kepada bebanan hutang. Ia perlu mengamalkan sikap sabar dan cukup dengan apa yang dimiliki.

� Seseorang yang ingin berhutang hendaklah berniat serta bercita-cita untuk melunaskan hutangnya, semoga Allah akan memudahkan kepadanya untuk menjelaskan hutang.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

" Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya dihari Kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka diambillah amal kebaikkan orang itu, dan diberikan kepada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kabaikkan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu akan diberikan kepada orang yang berhutang"

� Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauh dan dibebaskan dari belenggu hutang dengan doanya yang masyhur:-

Maksudnya :
" Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindunganMu dari bebanan hutang dan paksaan dari orang yang memaksa"

Marilah kita bersama-sama menunaikan amanah ini dengan yang dipertanggungjawabkan itu dengan penuh rasa kejujuran dan komited agar dengannya kita bebas daripada tanggungan hutang serta mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. di akhirat kelak insyaAllah.

Kesimpulan

� Islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang, dalam erti kata lain pembayaran hutang merupakan suatu syarat untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

� Seseorang yang berhutang hendaklah berniat dalam hatinya untuk menunaikan hutang tersebut mengikut tempoh masanya kerana Allah S.W.T akan memudahkan baginya untuk membayar hutangnya.

� Seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran jika mempunyai peluang untuk membayarnya kerana perbuatan tersebut adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim.

� Kita mesti mempunyai sifat syukur kepada Allah S.W.T. dengan apa yang telah kita miliki dan melaksanakan sifat amanah serta tanggungjawab agar kita dilindungi daripada bahaya dunia dan akhirat.

Sunday, October 9, 2011

Makanan Pelik Tapi Lazat


1. Balut – Embryo and Yolk



(Image Credits: Jon Young UK)

2. Deep-Fried Crickets

(Image Credits: Xosé Castro)
(Image Credits: CrazyMonkeyHouse)

3. Deep-fried cockroaches

(Image Credits: Spolster)

4. Pig Brain

5. Roasted Guinea Pig


(Image Credits:  jdklub)

(Image Credits: 10b travelling)

6. Silkworm kabobs

(Image Credits: jntolva)

7. Deep-fried Scorpions

(Image Credits: jntolva)

(Image Credits: jntolva)

8. Sannakji – Live Octopus Dish



9. Deer placenta soup

(Image Credits: weirdmeat.com)

10. Fried Tarantulas

11. Lamb Testicles

(Image credits: Fraser Lewry)

12. Bee larvae

13. Cazu Marzu


14. Ox Penis

(Image credits: (monica))

15. Spotted Dick


Petikan dpd Ohbelog.com