Wednesday, September 7, 2011

ISLAMIC CARES ..

Kelas Membaca Alquraan
Oleh nurimanjunior,

>LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN
>KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

>1) Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika
>berada didalam terlalu kenyang
>atau terlalu lapar.
>2) Mandi setelah makan.
>3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
>4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
>5) Berjaga malam selain dari qiamullail.
>6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
>
>FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
>1) Memakan daging.
>2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
>3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana bersetubuh.
>4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
>5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar
>atau terlalu kenyang.
>6) Memakan makanan yang agak manis.
>
>FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
>1) Bercakap banyak.
>2) Tidur banyak
>3) Makan banyak.
>4) Banyak bersetubuh.
>
>FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
>1) Banyak bersetubuh.
>2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
>3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
>4) Banyak memakan makanan yang serba masam.
>
>SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
>1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk
>(air masak).
>2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
>
>BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
>1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
>2) Sentiasa bersugi.
>3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
>
>MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE
>DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

>Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda
>tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu,
>kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah
>selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu
>adalah saudara atau sahabat syaitan.
>
>FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI
>PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

>1) Melihat pekara-pekara yang haram.
>2) Melancap.
>3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
>4) Meminum minuman atau memakan makanan yang
>bercampur semut.
>5) Tidak membaca Al-Quran.
>6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara
>yang haram.
>7) Mengumpat dan mengata.
>8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
>9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
>10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
>11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
>
>LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
>1) Di larang keras tidur selepas makan
>kerana mendatangkan keras hati.
>2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
>3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan
>mudah hadam.
>
>SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN
>UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR
>DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

>1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
>2) Selepas bersetubuh.
>3) Selepas makan atau sebelumnya.
>4) Ketika sedang makan.
>5) Selepas memakan buah-buahan.
>6) Selepas keluar dari bilik mandi.
>7) Ketika terjaga dari tidur.
>
>CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
>1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam
>10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
>2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00,
>kemudian bersugi, berwuduk
>dan
>bersembahyang tahajjud.
>3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
>4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan,
>rusuk kiri di bahagian atas,
>supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus,
>cepat hadam makanan.
>Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
>WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
>1) Awal-awal pagi setelah terbit m
>atahari.
>2) Selepas masuk waktu Asar.
>3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkenaseparuh dari
>badan.
>
>BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
>Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
>1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
>2) Merosakkan warna kulit.
>3) Melemahkan jantung.
>4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
>5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
>6) Melemahkan kecerdasaan akal.
>
>CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
>1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki
>sebelum masuk tidur.
>2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
>3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari
>tidur sebelum turun dari katil.
>4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan
>tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
>5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
>6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
>
>PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
>1) Banyak melakukan persetubuhan.
>2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
>3) Banyak minum air di waktu pagi.
>4) Banyak memakan atau meminum yang serba masam.
>
>SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
>1) Merokok yang berterusan.
>2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
>3) Kurang tidur.
>4) Sentiasa mandi di tengah malam.
>5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalusejuk.
>6) Melakukan kerja secara berterusan.
>
>FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
>1) Melihat kepada benda-benda kotor.
>2) Melihat kepada palang +/salib.
>3) Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
>4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
>5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
>6) Banyak menangis.
>
>"iman sihat, otak cerdas"
>;-)

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa...



Tuesday, September 6, 2011

Pengertian 'Idul Fitri ..


Pengurus DCA Kuala Terengganu YM Ku Amir(baju Melayu Ungu ) dan  Unggul (baju Melayu pink) bersama-sama dengan Air Traffic Controller Kuala Terengganu Airport semasa berkunjung ke rumah uggul pada hariraya 30.8.2011 lalu.

Kunjungan daripada keluarga Jabatan Penerbangan Awam (DCA) K.Terengganu ke rumah Unggul
                          
Menikmati makanan raya
                                   

Isteri  Pengurus DCA Kuala Terengganu berbaju ungu bersama-sama dengan isteri Controller dan isteri AAT Maintenance Engineer

Unggul bersama sama isteri dan sebahagian daripada anak - anak ,menantu dan cucu-cucu.

Kunjungan sanak saudara pada hariraya



Oleh Wan Kasmah Daud


....

Kalimah 'Id (Bukan Aid) ialah kalimah bahasa Arab yang bermaksud perayaan atau hari ulang tahun. Fitri pula bermakna berbuka atau makan minum. Maksudnya, pada Hari Raya (tanggal 1 Syawal) umat Iislam dikehendaki berbuka dan haram berpuasa.
Fitri juga bermaksud tabiat semual jadi. Maksudnya orang-orang Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainnya seperti solat Tarawih pada malam-malam Ramdhan, bertadarus al-Quran, Quyamullai, Zikrullah dan berdoa, bersedekah dan sebagainya. Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.
Dengan penjelasan tadi maka kita dapat mengambil kesimpulan bahawa 'Idil Fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadhan. Apabila muncul anak bukan Syawal, diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka septutnya benar-benar menjadi orang yang takwa. Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah s.w.t. menerusi ayat 183 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan puasa atas kamu sebagai diwajibkan atas umat-umat terdahulu sebelum kamu dengan puasa itu semoga kamu bertakwa."
Pengisian Program 'Idil Fitri
'Idil Fitri hendaklah disambut dengan acara-acara yang dianjurkan oleh al-Quran dan al-Sunnah, iaitu ada tiga perkara seperti berikut:
1) Membanyakkan Ucapan Takbir
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)
Sabda Rasullullah s.a.w. pula yang bermaksud : "Hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan rahmud ."

2) Pembahagian Takbir
� Takbir Mursal : Sunnat dilafazkan sama ada oleh orang yang bermukim mahupun musafir, dimasjid atau dijalan dengan cara duduk atau berdiri, dipasar-pasar, dirumah-rumah kediaman dan sebagainya. Waktu bermula daripada terbenamnya matahari akhit Ramadhan dan berterusan sepanjang malam Hari Raya hingga solat 'Id didirikan pada esok harinya. Demikian juga bagi Takbir 'Id al-Adhan (Hari Raya Qurban) sunnat dilafazkan sepanjang malam hingga esok harinya ketika solat 'Id al-Adhha didirikan.
� Takbir Muqaiyad : Iaitu takbir yang terikat dengan waktu-waktu solat. Jelasnya ia sunnat dilafazkan pada setiap kali selesai sembahyang. Waktunya bermula selepas Subuh hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) dan berakhir selepas solat 'Asar pada 13 Zulhijjah.
3) Menunaikan Zakat Fitrah
� Walaupun dibolehkan pembayarannya sejak awal Ramadhan, yang afdal ialah pada pagi Hari Raya selepas solat Subuh sebelum solat 'Id didirikan. Inilah menurut hukum asal yang dilakukan pada zaman hayat Rasullullah s.a.w. dan para sahabat serta tabi'in yang lalu.
MASA DAHULU
Zakat Fitrah pada peringkat awal yang lalu dalam bentuk makanan asasi dan terus disampaikan kepada fakir miskin. Jadi, dalam saat-saat mereka hendak menyambut 'Idil Fitri, hari mulia yang penuh dengan barakah, alangkah gembiranya mereka mendapat habuan makanan itu.
Ibnu Abbas r.a. berkata yang bermaksud : " Rasulullah s.a.w. memfardhukan Zakat Tifrah sebagai membersihkan kecacatan ibadah puasa kerana perbuatan yang sia-sia dan mencarut, disamping itu menjadi habuan untuk orang-orang miskin."
Pada riwayat yang lain pula, Rasullullah s.a.w. berdabda yang bermaksud : "Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat 'Id, maka zakatnya itu diterima, tetapi yang membayarnya selepas solat 'Id, ia menjadi sedekah biasa." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majjah dan disahkan oleh al-Hakim)
MASA KINI
Kini dinegara kita, Zakat Fitrah diberikan dalam bentuk wang ringgit sebagai ganti beras. Fakir miskin telah menerima habuan sebelum Hari Raya dengan cara diberikan pendahuluan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Oleh itu, elok Zakat Fitrah dibayar lebih awal atau pada malam Hari Raya, untuk mengelakkan kesibukan tugas amil memungutnya. Sempena 'Idul Fitri selain diwajibkan berfitrah, kita umat Islam yang berkemampuan juga disunnatkan memberi sedekah-sedekah yang lain dengan mengutamakan kaum kerabat kita yang susah, kemudian barulah kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
4) Menghadiri Upacara Solat 'Id
Sekelian Muslimin dan Muslimat, tua dan muda, termasuk wanita-wanita yang haid disunnatkan mengahdiri upacara perhimpunan tahunan tersebut bagi masyarakat Islam setempat. Kehaduiran mereka sebagai menghayati syi'ar keagungan Islam dan perpaduan ummah, disamping itu mereka berpeluang bertakbir (membesarkan Allah s.w.t.) beramai-ramai, mendengar khutbah 'Id yang penting, berzikir dan mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam. Bagi yang tidak uzur berpeluang mendirikan solat 'Id (Hari Raya)
Daripada Ummu 'Atuyah r.a. ujurnya : Kami disuruh membawa gadis-gadis kecil dan wanita yang haid pada Hari Raya ('Idil Fitri dan 'Idil Adhha), agar mereka menyaksikan kebajikan dan doa kaum Muslimin tetapi wanita-wanita yang sedang haid itu terpisah dari tempat solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Perlu diingatkan, bahawa Hari Raya Puasa kita disunnatkan menjamah makanan atau juadah terlebih dahulu, kemudian pergi ketempat solat, tetapi untuk Hari Raya Haji sunat tidak makan terlebih dahulu, sebaliknya kita bersegera keupacara perhimpunan solat. Solat 'Idil Adhha disegerakan lalu menyembelih binatang qurban, kemudian kita pulang dengan membawa daging qurban, lalu dimasak dan baru makan.
Pada pagi-pagi Hari Raya, kita juga disunnatkan mandi dan memakai pakaian yang serba baru atau yang bersih dan indah. Kemudian ketika pergi kemusollah (tempat solat), pergi melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain, dengan tujuan dapat bertemu lebih ramai sahabat handai dan saudara sesama Islam. Kita sama-sama mengucapkan Salam 'Idil Fitri sambil berbalas-balas senyuman, sama-sama menyatakan rasa syukur ke Hadrat Ilahi atas petunjuk dan pertolongan-Nya sehingga kita berjaya menundukkan nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Pada zaman hayat Rasulullah s.a.w. dahulu, solat 'Id diadakan ditanah lapang kerana masjid-masjid pada zaman itu kecil-kecil belaka. Kini solat 'Id diadakan dimasjid atau disurau. Adalah amat elok jika dapat dibuatkan khemah atau ruang khas diluar masjid atau surau untuk memberi peluang para wanita yang uzur (haid) duduk ditempat itu supaya mereka dapat sama-sama menikmati syi'ar 'Idil Fitri atau 'Idil Addha.
5) Amalan-amalan Menjelang Hari Raya Puasa
Umat-umat Islam digalakkan melakukan I'tikaf beramai-ramai dimasjid pada malam-malam sepuluh terakhir pada bulan Ramadhan (malam ke-21 hingga malam ke-29 atau ke-30) kerana berharap bertemu malam LAILATIL QADAR atau malam kemuliaan yang mempunyai nilai lebih baik daripada 1000 bulan. Amalan ini dilakukan pada zaman hayat Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat serta abad-abad berikutnya, bahkan hingga kini masih dilakukan begitu bersemarak disesetengah negara Islam khususnya di Masjidil Haram (Makkah), tetapi malangnya dinegara kita kebanyakkan umat Islam menyambut 'Idil Fitri lebih tertumpu dalam bentuk fizikal atau lahiriah, yang mana sesetengahnya tidak sesuai dengan roh pengajaran Islam. Sejak awal Ramadhan lagi, mereka lebih tertumpu kepusat membeli-belah, melengkapkan persiapan membeli pakaian, hiasan rumah dan lain-lain lagi. Apabila Hari Raya sudah hampir, kebanyakkan suri rumah lebih tertumpu menyediakan kuih-muih yang pelbagai jenis.
Setiap individu Muslim dan Muslimah wajib menilai segala aktiviti yang telah berjalan selama ini, yang sesetengahnya telah menjadi 'budaya' termasuk bentuk acara menyambut 'Idil Fitri. Ciri-ciri yang diambil dari budaya luar Islam atau warisan budaya asing, yang tidak sesuai dengan aqidah dan syari'ah Islam hendaklah ditinggalkan. Kita boleh menyediakan makanan, juadah dan kuih0muih untuk Hari Raya tetapi hendaklah dalam bentuk sederhana. Demikian juga dengan perhiasan rumah, pakaian untuk diri dan anak-anak mestilah sesuai dengan ekonomi keluarga. Acara ziarah- menziarahi prang tua, sandara-mara, kaum kerabat, orang-orang yang berjasa kepada kita seperti para guru dan sabahat handai ini sebenarnya tidak terbatas sempena Hari Raya sahaja, tetapi perlu dilakukan pada hari dan bulan lain yang sesuai dari semasa ke semasa, sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w.yang bermaksud : " Ziarahilah saudara mara kamu dari masa ke masa kerana ia boleh menambahkan kasih sayang." Lebih-lebih lagi menziarahi ibu bapa kita, hendaklah dilakukan labih kerap dan janganlah menunggu Hari Raya sahaja. Amalan meminta maaf juga perlulah dilakukan dengan segera apabila kita terasa telah melakukan kesilapan serta kesalahan pada orang lain.



Friday, September 2, 2011

Tok Janggut ( Hj Mat Hassan)


Oleh: badangsejuk

"Alangkah teruk nya sejarah melayu. semua nye telah disusun secara teliti dan rapi. Hingga kan org melayu terpaksa terima tentenag sejarah bangsa mereka sendiri dari oarang asing asing yang menjajah mereka

Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam.

Siapa Haji Mat Hassan?

Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji. Sekadar pendapat peribadi.

Isu 1: Ada apa dengan haji?

Bilamana disebutkan nama seseorang itu bermula dengan Haji, contohnya Haji Wan, akan terbayang kepada kita wajah seorang pakcik yang tenang wajahnya, berkopiah, dan sedang senyum ke arah kita. Satu bayangan atau persepsi yang dirasai oleh semua orang tanpa perlu diajarkan kepada mereka. Kesamaan universal!

Mungkin ada yang kurang faham sejauh mana peranan Haji dalam kebangkitan masyarakat menentang penjajah. Untuk melihat impak Haji ini kita kena terjun dan menyelami situasi masyarakat nusantara pada ketika itu. Haji ketika itu dikenali sebagai satu fenomena! Fenomena Haji AMAT DITAKUTI oleh penjajah sehingga memaksa seorang orientalis yang tersohor, Dr. Christian Snouck Hugronje menjalankan satu penyelidikan khusus bagi mendalami amalan agama dan adat budaya masyarakat setempat.(Acheh)

Hasil dari penyelidikan Snock Hugronje, beliau mengatakan:

“Belanda tidak perlu takut kepada pengaruh Haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban, iaitu symbol Haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap benci kepada orang kafir. Tetapi jika mereka pulang dengan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup lengkap, termasuk politik maka kelompok haji ini mesti diawasi oleh pihak penguasa….”

Hebatnya pengaruh Haji ini sehinggakan British mengeluarkan arahan memaksa Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah perintah melarang rakyat (yang dikalangannya terdapat ramai ulama) menyokong kerajaan Turki Uthmaniyyah. Malah British juga memaksa mufti Kelantan ketika itu mengeluarkan satu surat sokongan menyokong kerajaan British dalam peperangan!

Ringkasnya kita dapat simpulkan yang nama Haji Mat Hassan itu sahaja sudah cukup untuk menggerunkan British ketika itu!

Semasa dibangku sekolah dahulu, aku diajar yang kebangkitan Tok Janggut adalah disebabkan oleh cukai semata-mata. Sebelum pergi dengan lebih jauh lagi, syabas dan tahniah aku ucapkan kepada pihak kementerian kerana hari ini fakta tersebut telah diperbetulkan!

Sultan Mansur merupakan Sultan Kelantan yang memakai gelaran Sultan Muhammad III. Sultan Mansur merupakan seorang sultan yang taat beragama dan warak. Baginda termasuk umara’ yang mendampingi ulama. Antaranya adalah, Haji Abdul Malik Sungai Pinang, Tok Ku Syed Hakim@Syed Muhammad bin Syed Alwi, Imam Haji Nik Wan Daud, Imam Haji Abdullah, Imam Haji Mahmud Tuan Padang, Haji Muhammad Ta’, Haji Ismail Langgar, Haji Daud Kampung Menuang, Haji Taib anak Tuan Padang dan Haji Nik Abdul Rahman Dakwat. (Perhatikan kaitan Haji dan ulama!!!)

Sultan Mansur Syah telah menguatkuasakan perlaksanaan undang-undang SYARAK dalam acara guaman sama ada jenayah ataupun mal. Selain perlaksanaan undang-undang hudud ke atas pencuri dan qisas ke atas pembunuh, baginda juga menguatkuasakan undang-undang ta’zir ke atas orang-orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat.

Sesungguhnya, zaman Sultan Mansur merupakan suatu zaman gemilang dalam sejarah perundangan Islam dan kehidupan keagamaan rakyat negeri Kelantan. Daulat Tuanku.

Kelantan menerima pengaruh British yang bertindak sebagai penasihat semenjak tahun 1903 namun British terlibat secara lansung dalam pentadbiran Kelantan selepas 1910 setelah Kelantan membantah Perjanjian British-Siam 1909.

Campurtangan British dalam pentadbiran Sultan Muhammad IV menyaksikan British memperkenalkan peraturan baru. Antaranya adalah Sistem Pemilikan Tanah Torrens! Bilamana system ini diperkenalkan, secara automatiknya ia menolak undang-undang tanah tradisional Melayu.

Apa undang-undang tanah tradisional Melayu?

Nah, buka mata anda. Ketahuilah semua bahawa undang-undang tanah tradisional Melayu adalah undang-undang tanah ISLAM!!, iaitu berdasarkan prinsip ihya(usaha) dan thajir(tanda). Maka pengenalan system tanah baru sekaligus MENOLAK undang-undang Islam!

Sahabat-sahabat sekalian, kalau sekarang ini bilamana PAS menyuarakan keinginan untuk melaksanakan Hudud, kala itu sudah ada penyokongnya kerana mereka sudah tahu keberkesanannya. Apatah lagi reaksi masyarakat yang ketika itu sememangnya HIDUP di bawah perlaksanaan hukum Islam(Zaman Sultan Mansur), lalu tiba-tiba ingin dihapuskan! Maka ketahuilah sahabat-sahabat semua, perjuangan Tok Janggut dan kawan-kawan bukan setakat menentang cukai yang tinggi tapi yang lebih penting daripada itu adalah perjuangan MENENTANG PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Saat itu menyaksikan rakyat membantah cadangan British ini. Surat-surat bantahan dihantar oleh rakyat kepada pihak berkuasa. Salah satunya, datang dari penduduk Kampung Cherang Tuli. Kampung Cherang Tuli merupakan salah sebuah kampung yang terlibat dalam kebangkitan ini. Nah, lihatlah sendiri, penentangan ini BUKAN penentangan cukai semata-mata, tapi PENENTANGAN PENGHAPUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM!

Isu 3: Kebangkitan peribadi

Terima kasih kepada Prof Nik Anuar Nik Mahmud di atas kupasan yang cukup menarik dalam isu ini. Mungkin ada yang mengatakan kebangkitan Haji Mat Hassan ini lebih bersifat individu, kebangkitan untuk meraih kepentingan sendiri semata-mata. Atau mungkin ada yang berpendapat pemberontakan ini hanya berpunca dari kekecewaan pembesar daerah mengenai kekuasaan dan kedudukannya.

Aku ingin bertanya:

Berapa usia Tok Janggut@Haji Mat Hassan ketika beliau memimpin penentangan ini?

Tok Janggut pada ketika itu berusia 65 tahun. Ulangan, 65 tahun. Apakah seorang yang sudah berusia sanggup melawan British yang sangat berkuasa itu atas dasar kepentingan diri semata-mata? Bukankah harga yang perlu dibayar dengan menentang British jauh lagi MAHAL berbanding harga cukai tinggi yang dikenakan!

Harga sebuah perjuangan!

Harga sebuah perjuangan?
Click this bar to view the full image.

Sahabat,

British punya angkatan tentera yang tidak usah dicerita akan ramainya. Punya puluhan kapal-kapal perang yang sedia membedil mereka-mereka yang membuat angkara.

Tapi mereka yang memberontak di Pasir Puteh ini memiliki apa?

Mereka tidak ada kapal perang.

Mereka tidak ada bedil-bedil atau senapang-senapang secanggih askar British.

Mereka tidak punya angkatan tentera yang ramai.

TAPI MEREKA MEMILIKI SEMANGAT JIHAD FISABILILLAH!!

Semangat inilah yang dibuktikan oleh Khatib Abu Bakar yang berdepan dengan tentera Inggeris berbangsa Sikh tanpa rasa gementar dan takut sedikit pun. Beliau hanya bersenjatakan sebilah golok!

Pemberontakan di Pasir Puteh ini adalah sebagai satu respon di atas tindakan British yang kurang ajar. Ia hanya bersifat lokaliti semata-mata dan tidak tersusun.”

Aku MENOLAK pendapat ini atas beberapa alasan:

1. Seruan Jihad

Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914. Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914. Pemberontakan Tok Janggut adalah pada 1915.

Jadi macam mana seruan jihad ini boleh sampai di Tanah Melayu? Pertama-tamanya, mari kita melihat siapa itu Haji Mat Hassan.

Tahukah anda Haji Mat Hassan pernah menuntut di Mekah dan berguru dengan Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani. Haji Mat Hassan pulang dari Mekah pada tahun 1910.(Rujuk tulisan atas untuk melihat apa yang terjadi di Kelantan pada 1910)

Siapa Syeikh Wan Ahmad? Beliau merupakan guru kepada hampir seluruh ulama nusantara ini! InsyaAllah aku akan mengupas berkenaan Syeikh Ahmad ini. Ringkasnya Syeikh Ahmad ini merupakan pengasas kepada persatuan orang Melayu iaitu Jami’yatul Fathaniyah di Mekah dan dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II sebagai Ketua Jawatankuasa Percetakan Kerajaan Othmaniyyah. Malah beliau juga dianugerahkan kerakyatan Uthmaniyyah pada 1889.

Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani –> Tuan Haji Mat Hassan

2. Sebelum pemberontakan di Kelantan ini, telah berlaku beberapa siri pemberontakan:

1833, Vietnam(Champa) – Gerakan pembebasan oleh Katip Sumat. Tidak kenal Katip Sumat? Mari aku terjemahkan. Katip Sumat ini adalah nama yang telah mengalami evolusi, asalnya Katip Sumat ini merujuk kepada Khatib Abdul Samad!

Akhir abad ke-19, Indonesia – Cetusan gerakan kesedaran Gerakan Pan-Islamismee oleh Konsul Sadik Bey dan Duta Muhammad Kamil Bey.

1915, 15 Februari, Singapura – Askar-askar Indian Muslim dari pasukan 5th Light Infantry, di bawah pimpinan Haji Nur Alam Shah, Imam Masjid Kampung Jawa telah memberontak sebagai menyahut seruan jihad Turki Uthmaniyyah.

Sebenarnya 3 pemberontakan ini saling berkait antara satu sama lain. InsyaAllah akan aku ulas di tulisan yang akan datang.

3. Pemberontakan Singapura

Pemberontakan di Singapura menjadi topik perbincangan orang-orang Melayu di Kelantan. Calvert Wells, seorang pegawai British di Kelantan mencatatkan:

“…the Malays in Pasir Mas were said to be discussing the Singapore comutiny before the news was known to the Kelantan Government.”

4. Usaha British

Selain dari memaksa Sultan mengeluarkan titah untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya, British juga mengarahkan kapal H.M.S Calmus mengawal Kuala Semerak. Mengapa harus mengawal perairan? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghalang bantuan asing tiba.

Bantuan asing itu merujuk kepada siapa? Fikir-fikirkan!

5. Waktu pemberontakan berlaku

Pemberontakan yang dipimpin oleh Tok Janggut ini berlaku pada bulan April. Apa yang uniknya bulan April ini?

Kebiasaanya, pada bulan April, padi telah dituai. Masyarakat pada bulan ini dan beberapa bulan seterusnya hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan mengutip hasil-hasil hutan. Maka dengan kata lain, gerakan pada bulan ini tidak akan membantutkan perkembangan ekonomi masyarakat setempat! Adakah ini masih lagi belum menunjukkan ketersusunan gerakan ini?

Cantiknya sewaktu pemberontakan ini berlaku, pentadbiran colonial di Kelantan sedang berdepan dengan beberapa masalah. Antaranya adalah masalah kewangan yang teruk sehingga menyebabkan gaji kakitangannya tertunggak beberapa bulan.

7. Sultan yang misteri

Walaupun dijelaskan yang Sultan Muhammad IV mengeluarkan titah supaya rakyat Kelantan menyokong British, namun itu hanya dibuat atas dasar keterpaksaan. British tidak mempercayai Sultan Kelantan, lantaran itulah British bertindak mengerahkan askar mereka untuk menangkap Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Asalnya, urusan pemberontakan ini diminta diselesaikan oleh Sultan.

Sultan Muhmmad pernah mengatakan tentera Jerman mesti menang dalam peperangan dengan British. Tentera Jerman adalah sekutu Turki!

Malah, menurut Wells, ketika beliau sedang mengukur keluasan Sungai Kelantan dengan tujuan untuk membina stesyen kereta api di tebing sebelah Kota Bharu. Ketika itu, Sultan Terengganu mudik dari kuala ke Kota Bharu. Kapal Sultan Terengganu telah melanggar bot peralatan mengukur Wells dan salah satu bot yang digunakan terbalik meskipun Wells telah berusaha supaya kapal Sultan itu mengelaknya. Sultan Terengganu tersenyum sahaja ketika kapalnya bertindak demikian. Wells juga mengatakan yang Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu selalu bertemu dan kedua-duanya tidak menyukai British!

Nah, sudah terang lagi bersuluh akan keteraturan gerakan ini sebenarnya. Pernah dahulu aku menulis tentang Grand Design pemberontakan menentang penjajah. Maka artikel ini mengupas sedikit sebanyak mengenai Grand Design ini. Sesungguhnya gerakan menentang penjajah di Nusantara ini bukanlah gerakan yang semborono tanpa melibatkan perancangan yang teliti, cuma kita sahaja yang buta! Buta kerana sejarah kita ditulis untuk memenangkan satu pihak sahaja. Sejarah kita ditulis untuk mengagungkan pihak-pihak tertentu sahaja."

Thursday, September 1, 2011

Appreciate What You Have


by adelia,
 

I asked Allah why I wasn't rich. And he showed me a man with the wealth of a thousand kings, who was lonely, and had no one to share it with. 

I asked Allah why I wasn't handsome. And he showed me a men more handsome than any other, who was ugly because of his vanity. 

I asked Allah why he'd allowed me to become old. And he showed me a boy of 16, who lay dead at a scene of a car accident. 
I asked Allah why I didn't have a bigger house. And he showed me a family of six, who'd just got evicted from their tiny shack, and were forced to live on the street. 

I asked Allah why I had to work. And he showed me a man who couldn't find a decent job, because he had never learned to read. 

I asked Allah why I wasn't popular. And he showed me a socialite with a thousand friends, who all left the minute the money and fun were no longer there. 

I asked Allah why I wasn't smarter. And he showed me a natural born genius,who was serving life in prison for making ill use of his knowledge. 

I asked Allah why He put up with a thankless sinner like me. And he showed me His Quraan, and the sacrifices of his beloved Prophet, And i knew then how much He loved me. 

Allah Loves You 

wassalam 

When the going gets tough, the tough gets going.....  

Bekerja dalam semangat solat janjikan hasil cemerlng



Oleh Mami Ros

.


...

salam ceria dan sejahtera buat semua di sini.....

sekadar renungan.....




SOLAT yang menjadi amalan rohaniah insan perlu mempunyai falsafah yang unik dalam proses pembentukan diri. Membangunkan solat (aqimus solat) adalah proses membangunkan hati dan diri serta menjadikan manusia lebih fokus.

Bayangkan pada awal pagi atau ketika bening subuh insan bangun menghubungkan dirinya dengan Allah, melakukan solat, memanjatkan doa dan harapan, mohon petunjuk, meminta keampunan, mengharapkan hidayah dengan bahasa yang merendah, membayangkan kekurangan dan kehinaan serta memohon kekuatan untuk hidup dalam reda.

Itulah ahli abid atau ahli ibadat yang memulakan hidup hariannya dengan tekad yang tinggi supaya rutin harian hidup sentiasa berkait dengan amal dan ibadat.

Pada waktu Zuhur, insan Muslim diajak sekali lagi melakukan muhasabah dengan Allah. �Check-point� kedua tentu mengukuhkan tekad yang dibina berbanding ketika yang pertama tadi.

Proses pemurnian diri mengangkat martabat insan kerana tekad tinggi menjadikan kerja dan urusan hidup lebih bermakna.

Pada waktu Asar sekali lagi kita melalui �check-point� ketiga iaitu selepas berakhirnya kerja di pejabat dan bakal kembali ke rumah untuk meraikan hak keluarga dan anak-anak.

Waktu maghrib sekali lagi kita rukuk dan sujud untuk melalui �check-point� keempat bagi meningkatkan lagi proses pemurnian hati dan jiwa, proses pengukuhan tekad serta proses meningkatkan bakti dan amal.

Akhirnya seseorang hamba Allah akan melalui �check-point� yang terakhir iaitu panggilan Isyak sebelum �dimatikecilkan� kata orang tasawuf.

Riwayat rutin hidup untuk hari berkenaan dirakam dalam lembaran timbangan amal untuk diserahkan kepada Allah.

Urusan keesokan hari pula akan terbentang lembaran seterusnya bagi menghasilkan buku hidup yang akhirnya akan diperiksa oleh Allah timbangan amal dan ibadatnya.

Inilah lambang kepatuhan dan ketaatan menerusi solat yang mengukuhkan lagi jiwa kehambaan terhadap Allah yang Maha Esa.

Ia mengekal dan menyuburkan insan di dalam keadaan fitrah dan rutin hidupnya sentiasa berpandukan sifat patuh dan taat yang tidak berbelah bagi.

Fitrah insan yang memiliki sifat taat dan patuh adalah juga gambaran gelagat makhluk dan ciptaan lain yang sentiasa tunduk dengan sunnah Allah.

�Sunnatullah� atau ketentuan Allah berhubung rapat dengan sifat kejadian sesuatu.

Contohnya, air yang sifat semula jadinya membersihkan akan terus memberi rahmat kepada manusia kerana rutin hidup manusia menemui benda kotor yang perlu dicuci.

Air yang fitrah semula jadinya juga menghilangkan dahaga penting untuk tubuh badan, akan terus bermanfaat kepada manusia kerana kita sering berasa haus.

Air yang memiliki sifat menyuburkan tanah juga membolehkan pohon tumbuh dan membesar, seterusnya menghasilkan bunga serta buah malah bagi yang bersifat sayur-sayuran untuk makanan manusia serta makhluk lain.

Bayangkan sifat semula jadi air tidak berfungsi untuk mencuci kotoran atau sebagai bahan minuman untuk menghilangkan dahaga atau menjaga tubuh badan dan bahan, tidak menjadi sumber melembutkan tanah bagi menumbuhkan pohon, manusia akan mati kebuluran dan haiwan mengalami kepupusan serta kehidupan manusia dan makhluk tidak ada lagi dalam kerangka sunnatullah dan fitrah.

Oleh kerana air memang sifat semula jadinya sedemikian, ia terus tunduk, patuh dan taat menyumbang fitrah ke atas sunnatullah.

Allah juga menjadikan minyak dan gas yang sifat jadinya berfungsi sebagai bahan bakar dan tenaga yang amat berguna untuk menggerakkan kenderaan, jentera dan bagi keperluan masakan.

Bayangkan tanpa minyak dan gas manusia hanya menggunakan cara lama untuk memajukan kenderaan, industri dan juga kegiatan masakan.

Sifat jadinya bahan itu adalah untuk manfaat manusia (yan faunas) juga membayangkan sifat tunduk dan patuh selari dengan sunnatullah atau ketentuan Allah.

Maha Perkasa Allah menurunkan rahmat dan nikmat bagi menggerakkan kehidupan dan alam ini.

Apatah lagi dengan kejadian manusia yang memiliki kelebihan yang amat banyak, ia berlaku dalam keadaan fitrah dan terhubung rapat dengan �sunnatullah�.

Manusia hidup, sihat, sakit, muda, tua dan akhirnya mati. Itulah ketentuan atau �sunnatullah� di mana mereka tidak boleh mengelak daripadanya.

Itulah juga fitrah yang meletakkan manusia di bawah kawalan dan ketentuan-Nya.

Antara kelebihan yang diberikan Allah kepada manusia ialah akal dan hati. Daripada kekuatan akal membolehkan manusia berfikir dan tahu mengenai sesuatu, seterusnya membantu mereka memiliki pengetahuan.

Daripada pengetahuan dan ketrampilan yang diterima menjadikan manusia berilmu dan ia menjadi penyuluh dalam hidup, sebagai obor dan cahaya mengatasi kejahilan serta akhirnya menjadikan manusia kreatif dan menghasilkan sesuatu bagi mengekal dan menyuburkan manusia supaya sentiasa berada dalam keadaan fitrah.

Justeru, berada dalam keadaan fitrah adalah asas kepada kerja dan kreativiti yang cemerlang.

Manusia yang bekerja dalam semangat �ruhus solat� umpamanya memiliki katalis atau dorongan untuk melakukan sebaik mungkin kerja kerana ia dilihat sebagai sumber ibadat.

Semakin baik dan berkualiti kerja dilakukan, semakin tinggi darjah ibadat akan diterima.

Gandingan kerja sebagai ibadat ini amat dituntut kerana sifat tunduk dan taat akan menjadikan pekerja lebih jujur dan ikhlas serta membawa hasil yang cemerlang dalam sesebuah organisasi dan institusi.

Oleh kerana penghayatan solat amat penting dan ketaatan terhadap-Nya menjadikan kita manusia yang sentiasa mempunyai jiwa rukuk dan sujud ataupun tunduk dan taat.

Kualiti patuh dan taat amat diperlukan dalam sesebuah organisasi kerana tanpa patuh dan taat, kualiti kerja akan menjadi masalah.

Manusia yang bekerja kerana Allah tahu dorongan dalam diri adalah lebih bertenaga mendorong mereka rajin dan terus berusaha.

Dorongan itu selalunya menjadi dorongan utama manusia melakukan sesuatu yang terbaik mungkin.

Sekiranya dorongan dalam diri adalah pancaran jiwa jernih yang sentiasa memohon petunjuk dan keredaan Allah, ia bakal memberi faedah kepada organisasi atau institusi.
"Aku ke mari dgn tangan kosong, menadah harapan dgn tangan terbuka, memohon maaf dgn tangan terhulur . Maafkan daku teman ".

Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa Di Kg Binjai Berambu Kepong Kuala Terengganu


Surau Kg Binjai Berambu,Kepong,Kuala Terengganu,Terengganu.

Muslimin memotong daging

kerja-kerja pemotongan daging

Muslimat menyediakan bahan-bahan untuk dimasak


Daging ayam dibersihkan oleh muslimat

Muslimat mengisi lauk nasi untuk di hidang

Petugas - petugas menyusun hidangan berbuka puasa

Beberapa kakitangan AJK Surau berihat selepas menyediakan hidangan

                                   Jemaah - jemaah yang hadir untuk berbuka puasa
                              

 

Petugas - petugas muslimat turut berbuka disini.

Pada 19hb Ogos 2011 di Surau Kampong Binjai Berambu,Mukim Kepong,Kuala Terengganu,Terengganu diadakan majlis berbuka puasa.Jamuan berbuka puasa ini memang diadakan setiap tahun.Kebiasaannya setiap rumah di kampong ini akan menyediakan makanan untuk dihantar ke surau  tetapi mulai tahun 2010 pihak AJK Surau telah membuat cadangan untuk sama-sama bergotong-royong memasak disurau ini.

Sebelum diadakan majlis jamuan pihak AJK Surau akan memaklumkan tarikh majlis jamuan berbuka puasa dan memohon sumbangan.Sambutan sangat baik dan masing-masing bersedia untuk menjayakan majlis ini.Menurut Tuan Haji Abdullah,Imam Surau,sumbangan daripada penduduk disini mencecah RM2000.00.

Pada sebelah pagi kerja pemotongan daging,ayam.sayuran,menyediakan  rempah ratus dilakukan .Selepas solat Jumaat barulah dimasak.Pukul 0600 petang makanan  disajikan.

Kehadiran untuk berbuka pada tahun ini adalah sangat memuaskan . AJK Surau mungkin ada cadangan untuk menyembelihan seekor lembu pada tahun hadapan memandangkan kerjasama yang baik daipada penduduk disini.


Wednesday, August 24, 2011

Berita Kedatangan Nabi Muhammad Dalam Pelbagai Kitab Purba


Oleh: zharifjenn

"



Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.
Nabi Muhammad dalam Agama Hindu

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.

Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:

“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)

Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.

Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:

  1. Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
  2. Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
  3. Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi. 

Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi

Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:


“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki MadainTus dan Balkh iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat

Taurat

Nabi Muhammad dalam Kitab Taurat

Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:

“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan."

Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya

Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)

Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.

Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas

Petikan di dalam Injil Barnabas

Injil Barnabas

Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.

“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku."

Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.

Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan.

Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).