Monday, March 21, 2011

Ketibaan Jenazah Bonda DYMM Yang Di Pertuan Agung Di Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Pesawat C130 TUDM Yang Membawa Jenazah Bonda Yang Di Pertuan Agung
DYMM Yang Di Pertuan Agung dan Permaisuri
                Foto-Foto di atas memaparkan ketibaan pesawat TUDM C130 yang membawa Jenazah Bonda Ke Bawah Duli Yang Di Pertuan Agung di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu pada hari ini 21hb.Mac 2011.Sama-samalah kita hadiahkan Alfatiah untuk Baginda.Amin.                                                                                                                                                                                                           









































Sunday, March 20, 2011

Penerbangan Sewa Khas Umrah Kerajaan Negeri Terengganu.

Pendaratan Pesawat B747


                                  Pesawat B747 Yang Membawa Pakej Umrah



Penerbangan Sewa Khas Pakej Umrah Kerajaan Negeri Terengganu yang menggunakan pesawat Boeing MAS B747  telah berlepas daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 18hb Mac 2011 jam 1804 petang melalui pesawat MAS8324 ke Jeddah.Arab Saudi.Jumlah penumpang ialah 470 orang.Mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan negeri ,persekutuan dan orang-orang persedirian.Pakej umrah ini ialah daripada RM3800.00 seorang untuk tempoh 12 hari.Harganya murah jika dikira pada kos semasa yang dikenakan oleh agensi-agensi tertentu.Tambahan pula mereka berlepas daripada Kuala Terengganu terus ke Lapangan Terbang Jeddah.
Sekiranya kerajaan negeri dapat menyediakan pakej umrah seperti diatas pasti ramai lagi rakyat Terengganu dapat membuat umrah dan Lapangan Kuala Terengganu boleh menerima pendaratan pesawat B747 sepanjang masa.

Monday, March 7, 2011

Terminal Lama Dan Baru Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Terminal Lama
Parking Apron Terminal Lama

Terminal Lama Dan Menara Kawalan
Terminal Baru
Terminal Baru
Terminal Baru Waktu Malam
 Menara Kawalan Baru

Terminal Lama Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu mula digunakan pada tahun 1982. Pesawat MAS yang mendarat pada ketika itu ialah jenis Fokker .Setelah industri pelancungan bertambah rancak,MAS telah menggunakan perkhidmatan pesawat jenis  B737 pula .Parking apron hanya boleh menampung dua biji pesawat B737 sahaja.Sekiranya ada pendaratan pesawat yang ketiga terpaksalah Air Traffic Controller meletak sementara di landasan sehingga pesawat yang berada di parking apron keluar untuk berlepas.

Pada tahun 2007 terminal baru telah siap dan boleh digunakan.Masalah diatas tidak timbul lagi.Parking Apron sekarang boleh menampung empat pesawat sekali gus.Pesawat besar seperti B747 boleh menggunakan parking tersebut.Bangunan terminal boleh menampung jumlah penumpang yang besar samada yang tiba atau berlepas.Fasiliti-fasiliti untu kemudahan awam banyak terdapat dalam terminal ini.

Menara Kawalan baru setinggi 172 kaki atau lapan tingkat turut didirikan untuk menempatkan Air Traffic Controller.Alatan -alatan baru kawalan turut dibekalkan untuk kegunaan Controller bertugas.

Sekiranya anda ingin membuat lawatan sambil belajar ke Menara Kawalan,Jabatan Penerbangan Awam (DCA). sila hubungi pejabat ini melalui talian 09-6663214.


Thursday, March 3, 2011

Kaunter Penerangan Malaysia Airports Berhad (MAB) Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu.



    Pembantu Penerangan Bertugas
                                   
    Pemandangan Dalam Terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud K.Terengganu.

    Pembantu Penerangan Bertugas Di Kaunter Penerangan


     Kaunter Penerangan,  Malaysia Airports Berhad terletak di tingkat satu bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu .Kaunter Penerangan dibuka mengikut waktu operasi Lapangan Terbang iaitu daripada pukul 0645 pagi hingga 2200 malam.Mereka bertugas dalam dua syif iaitu syif pagi 0645pagi hingga 1400  petang dan syif petang 1400 petang hingga 2200 malam.

    Tugas Kaunter Penerangan sebahagiannya seperti berikut:-


    a) Siaran ketibaan pesawat setelah mendapat maklumat pendaratan pesawat daripada Menara Kawalan,Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

    b) Siaran kelewatan pesawat samada yang tiba atau berlepas.

    c) Siaran meminta supaya penumpang bersedia untuk masuk ke Balai Berlepas.

    d) Pembantu Penerangan turut juga memantau fasiliti-fasiliti kemudahan awam di terminal supaya sentiasa berada didalam keadaan terbaik.

    e) Mereka bersedia untuk memberi maklumat kepada para penumpang atau bakal penumpang berkaitan dengan jadual penerbangan dan fasiliti-fasiliti di terminal.

    Kaunter Penerangan boleh di hubungi melalui talian:09-6663666.

                                                                                             

                                                                       
                      
    .



    Penerbangan Berjadual FIREFLY Daripada Penang - Kuala Terengganu-Penang

    Pesawat FIREFLY di Parking Apron Lapangan Terbang Sultan Mahmud k.Terengganu.
    Pesawat  FIREFLY Yang Akan Berlepas K Penang FF1023
    Pesawat FIREFLY  FF 1023 Berlepas Ke Penang

    Mulai hari ini 3hb Mac 2011 pesawat FIREFLY jenis ATR72 mula membuat penerbangan sektor Penang-Kuala Terengganu-Penang.Pendaratan pertama daripada Penang tiba jam 0752 pagi dengan membawa 21 orang penumpang ..Pada jam  0934 pagi pesawat ini dengan membawa penumpang sebanyak 39 orang berlepas ke Penang daripada Kuala Terengganu. Angka ini memberi pertanda yang baik untuk industri penerbangan dan pelancungan.

    Jadual penerbangan firefly Penang-Kuala Terengganu-Penang adalah pada setiap hari Isnin,Khamis dan Sabtu.Ketibaan jam 0815 pagi daripada Penang dan berlepas jam 0935 pagi daripada Kuala Terengganu. Untuk urusan penerbangan boleh hubungi melalui laman web Firefly : www.fireflyz.com.my




    Tuesday, March 1, 2011

    LAWATAN DARIPADA DA NANG AVIATION TECHNICAL SERVICES COMPANY VIETNAM KE MENARA KAWALAN LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU

    Air Traffic Controller Memberi Taklimat
    Air Traffic Controller Bertugas Puan Zurina bt Ali
    Pegawai Teknikal  Vietnam Meninjau Peralatan Di Menara Kawalan



    AAT Supervisor En Aznan Menyampaikan maklumat.
    Mr Jeremy dan Vankiem


    Pegawai Teknikal daripada Da Nang Aviation Technical Service Company pada hari ini 1hb Mac 2011 membuat lawatan ke Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu untuk meninjau kemudahan peralatan - peralatan yang digunakan disini.Mereka diiringi oleh Pegawai  Advanced  Air Traffic System Kuala Terengganu, AAT adalah pembekal dan penyelenggaran alatan kawalan disini. 

    Rombongan tersebut terdiri daripada Mr Vankiem,Mr Minhhing,Mr Vantong dan Mr Phanky daripada Da Nang Airport dan Thien Phuc Coop.Wakil MTECH System Mr Jeremy.

    Pihak AAT telah memberi taklimat berkaitan dengan peralatan-peralatan yang digunakan.. .Kemungkinan Syarikat Vietnam ini berminat untuk  menggunakan peralatan yang sama untuk menara mereka.

    .Air Traffic Contrroler bertugas turut memberi  maklumbalas berkaitan peralatan kawalan yang digunakan.Rombongan daripada Vietnam ini nampaknya cukup ceria berada disini dan kata mereka kalau ada peluang mereka ingin berkunjung lagi.



    Saturday, February 19, 2011

    PULAU PELANCUNGAN, PULAU REDANG,TERENGGANU




    Terengganu memiliki beberapa buah Pulau yang menjadi tarikan pelancung.Pulau-Pulau tersebut ialah Pulau Kapas,Pulau Perhentian dan Pulau Redang.

    Pulau yang saya  lawati ialah Pulau Kapas dan Pulau Redang.Saya ingin mencatitkan mengenai Pulau Redang yang sudah beberapa kali saya lawati kerana urusan kerja.

    Pulau Redang mempunyai kemudahan jeti untuk kegunaan feri dan bot - bot .Terdapat juga sebuah lapangan terbang untuk pendaratan pesawat yang membawa pelancung daripada Lapangan Terbang Subang dan daripada Lapangan Terbang Seletar,Singapura.Pesawat yang membuat penerbangan berjadual ke sini ialah 'BERJAYA AIR'jenis pesawat ATR72.

    Para pelancung juga boleh menaiki feri daripada Jeti Shah Bandar,Kuala Terengganu ke Pulau Redang.Sepanjang pelayaran  anda boleh melihat pemandangan yang cantik sepanjang pantai Terengganu dan melintasi beberapa buah pulau seperti Pulau Bidong,Pulau Yu Kecil dan Pulau Yu Besar.

    Ramai para pelancung akan berkunjung ke Pulau ini mulai bulan Mac ini kerana lautnya tenang dan para pelancung boleh membuat aktiviti dilaut seperti bernang,memancing,menyelam,bermain bot dan lain lain aktiviti.

    Kemudahan untuk penginapan memang banyak disni.Anda boleh buat pilihan untuk tinggal di Resort ataupun Homestay.Yang pastinya ada yang mahal dan  ada yang murah.Kalau yang mahal RM1000.00 dan kalau pilih yang murah 'homestay' kurang pada RM 100.00 pun ada.Bayaran tersebut adalah untuk satu malam penginapan sahaja.

    Monday, February 14, 2011

    LAWATAN KE MENARA KAWALAN DARIPADA GURU - GURU KEMAS TELAGA BATIN KUALA TERENGGANU

    Guru-Guru KEMAS
    Pengurus DCA ,En Abu Bakar b Ali
     En Abu Bakar(berdiri sebelah kiri).Puan Jamilah,Contoller Tunku Mat   



    Pada 7hb Januari 2011 rombongan daripada guru-guru KEMAS Telaga Batin,Kuala Terengganu telah  mengunjungi Menara Kawalan.Rombongan tersebut diiringi oleh isteri Pengurus DCA Puan Jamilah.Pegawai Kawalan Trafik Udara Tunku Mat telah memberi taklimat berkaitan tugas-tugas kawalan trafik udara.Banyak soalan dikemukakan terutamanya berkaitan tugas-tugas kawalan trafik udara dan kelayakan untuk mengisi jawatan.

    Pihak DCA memang mengalu-alukan  kedatangan pelawat-pelawat ke menara kawalan.Untuk membuat lawatan sila hubungi Pengurus DCA,Jabatan Penerbangan Awam Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu,talian 096663214.

    Saturday, February 5, 2011

    MEMORIAL BATU BERSURAT DI KAMPUNG BULUH KUALA BERANG TERENGGANU




    KLIK  FOTO UNTUK LEBIH JELAS

    KLIK  FOTO UTK LEBIH JELAS



    KLIK FOTO UNTUK BACAAN LEBIH JELAS


    Saya telah menziarahi Memorial Batu Bersurat di Kampung Buluh,Kuala Berang,Daerah Hulu Terengganu pada 3hb Januari 2011.Bangunannya cantik dan replika batu bersurat terletak didalamnya.Tulisan Melayu Rumi dipaparkan untuk bacaan kerana Batu Bersurat ditulis dengan tulisan jawi.Menurut buku sejarah  ,Islam sudah bertapak di Terengganu lebih awal daripada Melaka kerana catatan di Batu Bersurat tersebut Islam sudah bertapak di Terengganu sebelum  tahun 1326 atau 1386..Apa yang menarik dalam bacaan Batu Bersurat tersebut menyebut nama Tuhan (Allah) sebagai Dewata Mulia Raya.Ini bermakna sebelum kedatangan Islam penduduk Terengganu menganut agama Hindu..Kesimpulannya apabila Islam sudah bertapak,  tulisan jawi telah diperkenalkan di Terengganu.Gaya bahasanya sangat menarik untuk kita fahami.Hukum Islam dicatitkan di batu  tersebut untuk dijadikan ikutan.Sesuailah negeri Terengganu dipanggil Terengganu Darul Iman.