shared Hasanuddin Yusof's post.
Selain dari Rohingya, Melayu adalah golongan minoriti Islam di Myanmar. Kebanyakan orang2 Melayu tinggal di Wilayah Tanintharyi atau dalam bahasa Melayunya Tanah Sari. Pada pertengahan abad ke-18, Tanah Sari pernah menjadi sebahagian daripada Negeri Kedah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II.
Sultan Muhammad Jiwa II yang merupakan seorang Sultan yang soleh, murid
& khadam kepada Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani (ayah Syeikh Samad Al
Falimbani). Baginda dikatakan memerintah Tanah Sari dengan baik
sehingga ianya menjadi begitu aman. Malah syariat Islam subur di Tanah
Sari di bawah pemerintahannya. Namun kini, Tanah Sari menjadi sebahagian
dari Myanmar.
Saya pernah menjejak masyarakat Melayu di Tanah Sari beberapa tahun yang lalu. Di Tanah Sari, dikatakan terdapat sekitar 700,000 orang Melayu. Tempat2 di sini juga menggunakan nama Melayu seperti Kg Teluk, Kg Nipah, Kg Pulau, Kg Tengah, Kg Badak dan lain2. Malah, mereka masih bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kedah dalam perbualan harian.
Seperti mana minoriti2 yang lain di Myanmar, nasib orang2 Melayu juga terabai & dipinggirkan. Cuma Alhamdulillah, di sini masih lagi aman. Hubungan orang2 Melayu dengan kaum majoriti juga masih baik, tidak seperti di Rakhine (Arakan). Orang2 Melayu juga kebanyakannya mendapat pendidikan di sekolah2 pondok yang serba daif yang menjadikan bahasa Melayu & tulisan Jawi sebagai bahasa pengantar.
Jika ada di kalangan tuan2/puan2 yang berkeupayaan, bolehlah menghulurkan bantuan kepada sekolah2 pondok di Tanah Sari. Moga selepas ini banyak NGO2 atau individu yang menghulurkan bantuan seperti menaik taraf kemudahan sekolah pondok, menganjurkan program korban dan lain2 sepertimana yang dilakukan di Kemboja. Mereka dulu sebahagian dari kita, kini terpisah akibat penjajahan.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

No comments:
Post a Comment