Kedatangan beberapa org rasul kpd beberapa umat, & bagaimana mereka menentang rasul-rasul itu & bagaimana pu
la mereka binasa kerana azab Allah, yg selamat sedikit sahaja dari kalangan org yg beriman.
Kedatangan seorang rasul kedalam suatu negeri, sekali-kali bukanlah
membawa yg sedak & enak sahaja, tetapi dia mencetuskan fikiran
perubahan baru & menentang jahiliyah & syirik. Kerana itu pasti
terjadi kegoncangan, pertentangan yg baru dgn yg lama, kedua belah
pihak, baik yg menentang ajaran rasul, maupun yg beriman kpdnya pasti
menghadapi ketegangan & kegoncangan sehingga timbul kesusahan &
kemelaratan. Kesusahan, kerana yg kufur mempertahankan kekufuran dgn
mati-matian, & yg beriman menegakkan iman dgn mati-matian pula.
Sehingga kadang2 terjadi perkelahian, bahkan sampai kpd peperangan.
Kemelaratan juga termasuk kemiskinan, kerana masyarakat yg lama sudah
mulai goncang & retak menanti belah. Org yg insaf kesusahan &
kemelaratan, akan menambah iman mereka, sedang org yg kafir akan
menambah kekafiran mereka.
Sesudah menempuh berbagai kesulitan,
kesusahan & kemelaratan, keadaan akan kembali pulih, yg buruk akan
hilang berganti dgn yg baik, kaum yg telah menerima seruan nabi akhirnya
menang, kesusahan sudah tiada lagi, musuh2 sudah dapat dikalahkan,
& pengikut rasul telah dapat hidup aman, negeri telah subur,
perniagaan telah maju, & perasaan telah gembira, sehingga mereka
sempat berkembang biak, & anak2 cucu meneruskan hidup, menerima
pusaka suka duka perjuangan nenek moyang.
Orang2 terdahulu yg
memakmurkan bumi, mempertahankan negeri, & berjuang bersama2
rasul-rasul menegakkan iman, sudah tiada lagi. Maka datanglah anak cucu
genarasi2 yg telah hidup senang menerima hasil perjuangan nenek moyang,
mereka duduk mengkaji sejarah org terdahulu, tetapi tidak berusaha utk
memelihara & mempertahankannya. Mereka mengeluh apabila menceritakan
perjuangan nenek moyang yg pahit, & mereka dgn gembira menceritakan
kemenangan mereka mengatasi kesulitan, TETAPI mereka hanya bercerita
sahaja.
Mereka telah merasa cukup lengkap, hidup telah senang
kerana usaha pusaka nenek moyang, ikhtiar yg baru sudah tidak ada lagi,
semangat sudah mulai lemah, kemewahan mula meracun jiwa, mereka tidak
sedar bahawa keadaan boleh terbalik, & bahaya boleh datang bila-bila
masa sahaja. Menyangka diri telah kuat, lalu berlaku aniaya kepada
sesama manusia.
Berkat & nikmat itu boleh dicabut Allah
kerana iman & takwa tidak berpengaruh lagi kpd jiwa penduduk negeri,
miskipun hujan turun juga menurut musimnya, tapi bukan lagi kesuburan
yg dibawanya, melainkan banjir yg akan menghalau segala apa yg ditanam.
Kesuburan tanah mereka bertali arus dgn ketaatan mereka kpd Allah,
sehingga mereka dapat mengatur perairan. Setelah anak cucu datang hidup
dgn senang & mewah diatas tanah yg subur, semuanya malas memelihara
baik-baik pusaka itu, sehingga sawah menjadi rosak, & kebun yg subur
menjadi susut hasilnya, lalu mereka berganti menjadi org perantauan.
Tetapi perantauan kian lama kian jauh, & kampung ditinggalkan &
akhirnya negeri musnah, penduduknya habis porak peranda seperti kaum
Saba.
Jika iman & takwa tidak ada lagi, silaturahim sesama
manusia pun turut padam, & berganti dgn perebutan kekayaan utk diri
sendiri, biar org lain teraniaya, miskipun mereka dapat menggali
kekayaan bumi, mereka pergunakan kekayaan itu buat menindas yg lemah.
Bahawasanya kemakmuran ekonomi kait berkait dgn kemakmuran iman, betapa
pun melimpahnya kekayaan bumi yg dapat mereka bongkar, tidaklah dia
membawa berkat jika iman & takwa tidak ada dlm jiwa. Maka segala
bencana yg menimpa suatu kaum, bukanlah dari salah org lain, tetapi
kerana iman & takwa penduduk negeri sudah tidak ada lagi.
Penduduk negeri hendaklah selalu berwaspada, kaum terdahulu yg menentang
rasul itu, bukan saja lalai kerana adanya nikmat, bahkan mereka
mendustakan & menentang dgn keras, sehingga kini pun org lupa diri
kerana adanya nikmat itu, padahal disetiap sudut negeri ada saja
persediaan Allah utk menghancurkannya. Ombak boleh bergulung naik
membawa hujan, hujan boleh berubah menjadi banjir menghanyutkan negeri,
& panas terik boleh menghancurkan tanaman, belalang boleh datang
berjuta-juta memusnahkan buah-buahan & daun muda, gunung berapi
boleh memuntahkan lahar & mengalirkan maut kpd penduduk negeri.
Waktu datangnya tidak menentu, entah tengah malam waktu kita sedang enak
diulik mimpi, @ disiang hari waktu org sedang bermain2. Kadang2 azab
itu datang dgn perantaraan tangan manusia sendiri, kerana manusia dgn
manusia telah dipenuhi rasa benci.
Kaum-kaum terdahulu itu bukan
saja kaum Samud, Aad, Madyam & Aikah @ kaum Lut, bahkan banyak lagi
bangsa-bangsa lain, bahkan TENGGELAM, TIMBUL & HANCURNYA SUATU
BANGSA, kita dapat mempelajari sejarahnya dari alQuran, & Islam
dalam sejarahnya telah pernah mencapai puncak zaman kegemilangan.
Tariq bin Ziyad telah membawa angkatan perang Islam pertama melalui
Jabal Tariq memasuki semenanjung Iberia, tanah Andalusia, 700 tahun,
lamanya org Islam bermegah ditanah itu, memuncaknya satu peradaban &
kebudayaan yg tinggi. Tetapi 700 disana dua kali lipat lamanya dari
British menjajah Tanah Melayu, anak2 cucu dari pembukaan yg pertama itu
telah jatuh hancur kekuasaannya, sehinggakan bukit ditepi pantai,
ketika Raja Abu Abdillah, Raja yg memerintah Granada yg terakhir, bukit
tempat dia meratapi kedaulatannya yg hilang lenyap, ketika terpaksa
meninggalkan negeri itu, itulah "Air mata Arab yg terakhir."
Mengapa jadi demikian? Satu negeri yg telah jadi kepunyaan sendiri 700
tahun terpaksa ditinggalkan & yg masih tinggal dinegeri itu terpaksa
mengalih agama dari Islam kpd khotolik, sehingga sampai sekarang kita
akan bertemu masjid yg telah diganti jadi gereja, menara tempat azan
diganti dgn tempat mendengunkan loceng. Apatah lagi kita yg baru 50
tahun merdeka dari dijajah British.
ITU ialah kerana mereka hanya
menceritakan suka duka nenek moyang, padahal mereka sendiri tidak
memelihara baik pusaka nenek moyang itu, kejatuhan bangsa Arab Spanyol
itu adalah kerana perpecahan sesama sendiri, yg satu memfitnah yg lain,
drp berdamai dgn kawan seagama, ada yang suka mengambil muka
berkerjasama dgn kafir keristian Spanyol yg baru tumbuh, akhirnya mereka
ditundukkan satu persatu, & paling menyedihkan ketika raja-raja
Spanyol & Castillie & Aragon menundukkan satu Gabnor Islam
disatu negeri, dia dibantu oleh Gabnor Islam negeri yg lain, kemudian
setelah negeri pertama itu kalah, mudahlah raja keristian mematahkan
Gabenor islam yg membantunya itu tadi.
Kalau bahaya sudah mau
datang, bagaimana diberikan amaran pun, namun kaum yg hendak diazab itu
tidak mahu menerimanya, sebab hati mereka sudah dipatri sehingga
tertutup buat menerima pengajaran, inilah yg kerap kali terjadi dlm
sejarah Islam sendiri, sejarah terakhir ialah ketika Sayid Jamaluddin Al
Afhani memberi amaran kpd raja-raja di Turki, Iran, Afghanistan &
lain-lain, tentang bahaya penjajahan kaum barat terutama Inggeris,
tentang niat mereka melancarkan perang salib alaf baru, namun amaran itu
tidak diendahkan, bahkan dia dilarang masuk dinegeri-negeri islam, oleh
raja-raja Islam kerana hasutan penjajah, & dibuat propaganda bahawa
dia adalah seorang perosak agama, seorang yg tidak teguh memegang
agama, seorang filosofi yg membawa fahaman sesat, sehingga kini pun
masih ada golongan yg berpendirian begitu terhadapnya.
Akhirnya,
beliau meninggal dlm kesedihan, & kerajaan Turki Osmaniah sbg
pertahanan paling akhir, runtuh dikeronyok oleh kerajaan2 Eropah pada
perang dunia pertama, & negeri2 Arab sbg benteng Islam, jatuh satu
demi satu dibawah kuasa Inggeris & Perancis, bahkan Mekah &
Madinah sendiripun dibawah pengaruh seorang Kolonel Inggeris, bernama
Sir Lawrance, kerana bijaknya mendekati raja Arab, Raja Husin yg gila
kuasa, kemudian sesudah perang dunia ke dua, tujuh Negara Arab tidak
dapat mempertahankan diri seketika bumi Palestin direbut & dijadikan
negeri org Yahudi, bernama Israil atas kuasa & bantuan Negara2
barat.
Inilah sejarah suka duka kaum muslimin seluruh dunia,
sebagai pemerintah pewaris pusaka nabi mereka tidak hancur spt kaum Aad,
kaum Samud, & lain-lain & mereka masih ada didunia ini,
berbilion-lion jumlahnya sekarang, tapi sungguhpun demikian mereka masih
boleh bangkit kembali kerana al-Quran sebagai pengkalan bertolak untuk
berfikir masih ada, & satu noktah pun belum berubah. Hal ini
hendaklah dijadikan perbandingan untuk difikirkan oleh kita semua &
yg akan datang kemudian. Kerana Sunnahtullah, @ hukum sebab &
akibat, sejarah tetap akan berlaku setiap zaman.
Ini menunjukkan
disamping mereka yg fasik itu, masih ada sisa sedikit yg mahu menerima
iman, umat nabi-nabi terdahulu kebanyakannya fasik, & sedikit yg
beriman. Umat nabi Nuh, satu negeri org tenggelam dlm taufan, hanya isi
bahtera sahaja yg selamat, umat nabi Lut satu negeri tenggelam hancur
dimusnahkan hujan azab, & negeri mereka tunggang terbalik, hanya
sebuah rumah sahaja yg selamat. Maka yg sedikit itulah dimulai
perkembangan baru, & pembangunan iman, bahawa org yg teguh pendirian
teguh iman & takwanya, tidaklah merasa cemas & takut &
berdukacita melihat lebih banyak org yg fasik, kerana yg menentukan
sejarah bukanlah org ramai, melainkan org yg sedikit, apabila org yg
sedikit teguh pada keyakinannya, maka pasti org yg banyak itu akan dapat
dikalahkan.
Sekian, harap maklum.
MQTK-Merujuk Quran Tanggungjawab Kami.