DHAKA - BANGLADESH. Lebih 3,000 penunjuk perasaan menyertai protes
anjuran kumpulan Touhidi dan Hefajat-e-Islam di sini, kelmarin sebagai
mengutuk petisyen yang mahu menggugurkan Islam sebagai agama rasmi di
negara itu.
Kumpulan protes itu turut berhimpun di luar Masjid Baitul Mukarram di Dhaka selepas solat Jumaat bagi membantah tindakan undang-undang itu yang dijangka dipertimbangkan oleh Mahkamah Tinggi pada hari ini.
Jurucakap penganjur menegaskan perhimpunan tersebut diadakan bagi menghantar mesej kepada pihak berkuasa bahawa Muslim di negara tersebut tidak akan bertoleransi terhadap sebarang langkah yang bertujuan untuk membatalkan Islam sebagai agama rasmi.
Agensi AP melaporkan petisyen tersebut difailkan oleh kumpulan berpengaruh di negara itu berikutan lebih 90 peratus daripada 160 juta populasi penduduk di negara itu adalah beragama Islam manakala Buddha dan Hindu adalah dua agama minoriti utama.
Berdasarkan sejarah, bekas pemerintah tentera, H M Ershad mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi di Bangladesh pada 1988.
Pada 2011, Perdana Menteri, Sheikh Hasina mempromosikan sekularisme sebagai tunggak Perlembagaan pada 2011, namun mengekalkan Islam sebagai agama rasmi. - Press TV
sumber sinarharian

No comments:
Post a Comment