- Ditulis oleh DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
KENYATAAN AKHBAR MENYANGGAH
SALAH LAPOR ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA TERHADAP UCAPAN PRESIDEN PAS MELALUI
ARTIKEL “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI”
Saya ingin menegaskan bahawa Utusan Malaysia melalui artikel “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI” yang disiarkan pada 22 Mac 2016 adalah laporan yang salah dan berniat jahat. Laporan yang ambil daripada ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semasa menyampaikan ucapan semasa merasmikan Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Bandar Tun Razak.
Ada beberapa salah lapor yang bersifat fitnah dalam laporan artikel tersebut iaitu:
1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini.

2. DAP tidak berhak untuk memerintah
negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan
jumlah umat Islam adalah 60 peratus. DAP mempunyai cita-cita lebih besar
daripada sekadar menguasai ekonomi.
Tentang point tulisan pertama, ingin
saya tegaskan di sini, Presiden PAS tidak pernah menyebut dalam ucapan
beliau tentang seruan kepada umat Islam untuk bersatu menentang agenda
politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu untuk
memerintah negara.
Tentang point ucapan kedua, Presiden PAS menegaskan bahawa DAP tidak boleh memimpin pemerintahan negara dalam suasana 30% penduduk bukan Islam yang memimpin 60% penduduk Islam. Keadaan ini akan menimbulkan suasana kekacauan dan tidak stabil dalam politik negara. Presiden PAS juga menegaskan bahawa Islam boleh menerima masyarakat majmuk kerana politik perkauman dilarang oleh Islam.
Dalam point ucapan ketiga, Presiden PAS tidak pernah menyebut tentang cita-cita lebih besar DAP yang bukan sekadar menguasai ekonomi.
PAS merasa kesal dengan laporan fitnah yang melampau dengan niat buruk untuk menjatuhkan kredibiliti Presiden PAS. Laporan palsu ini pula telah diambil oleh banyak media lain dengan tujuan yang sama. Maka saya mendesak Utusan Malaysia untuk menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada Presiden PAS di atas LAPORAN PALSU tersebut sebelum berdepan dengan tindakan undang-undang.
Saya juga mendesak semua portal-portal berita dan media yang mengambil sumber laporan Utusan Malaysia untuk memohon maaf di atas sumber berita yang tidak disahihkan terlebih dahulu.
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Mac 2016 -