Monday, February 15, 2016

Tahun 1960 an Zaman Menaiki Feri


Ahmad Saufi Chik's photo.

Pada ketika Terengganu tidak ada lagi jambatan sekitar 1960-an, inilah yang perlu dilalui oleh pengguna jalan raya dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu dan juga ke Kuantan serta Kuala Lumpur. Contohnya, bagi penduduk yang tinggal di Tepuh, untuk sampai ke Kuala Lumpur perlu menaiki 10 buah feri yang digerakan menggunakan bot atau ditarik dengan kabel bagi menyeberangi sungai. Masanya bukan sehari, adakalanya makan masa sampai dua atau tiga hari untuk sampai ke ibu negara. Daripada 10 feri, 8 daripadanya di Terengganu. Bermula dari Tepuh :
1. Feri Sungai Terengganu (Bukit Datu - Losong)
2. Feri Kuala Ibai
3. Feri Sungai Marang
4. Feri Sungai Dungun
5. Feri Sungai Paka
6. Feri Sungai Kemasik
7. Feri Sungai Chukai
8. Feri Sungai Kemaman
2 lagi terletak di Pahang iaitu Sungai Kuantan dan Sungai Temerloh. Semua itu telah menjadi sejarah. Namun, nama 'feri' masih lagi terpahat hingga hari ini di Kampung Losong Feri (Kuala Terengganu), Kampung Feri Lama (Paka) dan Kampung Feri (Kemasik)
LikeComment

No comments:

Post a Comment