Tuesday, December 27, 2016

TANAH SARI : TANAH YANG HILANG SERI

 shared Hasanuddin Yusof's post.
·
·
 
 
Image may contain: one or more people, plant, tree and outdoor

Image may contain: 1 person, walking, standing and outdoor













Selain dari Rohingya, Melayu adalah golongan minoriti Islam di Myanmar. Kebanyakan orang2 Melayu tinggal di Wilayah Tanintharyi atau dalam bahasa Melayunya Tanah Sari. Pada pertengahan abad ke-18, Tanah Sari pernah menjadi sebahagian daripada Negeri Kedah di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II.

Sultan Muhammad Jiwa II yang merupakan seorang Sultan yang soleh, murid & khadam kepada Syeikh Abdul Jalil Al Mahdani (ayah Syeikh Samad Al Falimbani). Baginda dikatakan memerintah Tanah Sari dengan baik sehingga ianya menjadi begitu aman. Malah syariat Islam subur di Tanah Sari di bawah pemerintahannya. Namun kini, Tanah Sari menjadi sebahagian dari Myanmar.

Saya pernah menjejak masyarakat Melayu di Tanah Sari beberapa tahun yang lalu. Di Tanah Sari, dikatakan terdapat sekitar 700,000 orang Melayu. Tempat2 di sini juga menggunakan nama Melayu seperti Kg Teluk, Kg Nipah, Kg Pulau, Kg Tengah, Kg Badak dan lain2. Malah, mereka masih bercakap dalam bahasa Melayu loghat Kedah dalam perbualan harian.

Seperti mana minoriti2 yang lain di Myanmar, nasib orang2 Melayu juga terabai & dipinggirkan. Cuma Alhamdulillah, di sini masih lagi aman. Hubungan orang2 Melayu dengan kaum majoriti juga masih baik, tidak seperti di Rakhine (Arakan). Orang2 Melayu juga kebanyakannya mendapat pendidikan di sekolah2 pondok yang serba daif yang menjadikan bahasa Melayu & tulisan Jawi sebagai bahasa pengantar.

Jika ada di kalangan tuan2/puan2 yang berkeupayaan, bolehlah menghulurkan bantuan kepada sekolah2 pondok di Tanah Sari. Moga selepas ini banyak NGO2 atau individu yang menghulurkan bantuan seperti menaik taraf kemudahan sekolah pondok, menganjurkan program korban dan lain2 sepertimana yang dilakukan di Kemboja. Mereka dulu sebahagian dari kita, kini terpisah akibat penjajahan.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

SEJARAH TENGGELAM, TIMBUL & HANCURNYA SUATU BANGSA.

 Nik Saidinal Umar

Kedatangan beberapa org rasul kpd beberapa umat, & bagaimana mereka menentang rasul-rasul itu & bagaimana pula mereka binasa kerana azab Allah, yg selamat sedikit sahaja dari kalangan org yg beriman.
Kedatangan seorang rasul kedalam suatu negeri, sekali-kali bukanlah membawa yg sedak & enak sahaja, tetapi dia mencetuskan fikiran perubahan baru & menentang jahiliyah & syirik. Kerana itu pasti terjadi kegoncangan, pertentangan yg baru dgn yg lama, kedua belah pihak, baik yg menentang ajaran rasul, maupun yg beriman kpdnya pasti menghadapi ketegangan & kegoncangan sehingga timbul kesusahan & kemelaratan. Kesusahan, kerana yg kufur mempertahankan kekufuran dgn mati-matian, & yg beriman menegakkan iman dgn mati-matian pula. Sehingga kadang2 terjadi perkelahian, bahkan sampai kpd peperangan. Kemelaratan juga termasuk kemiskinan, kerana masyarakat yg lama sudah mulai goncang & retak menanti belah. Org yg insaf kesusahan & kemelaratan, akan menambah iman mereka, sedang org yg kafir akan menambah kekafiran mereka.
Sesudah menempuh berbagai kesulitan, kesusahan & kemelaratan, keadaan akan kembali pulih, yg buruk akan hilang berganti dgn yg baik, kaum yg telah menerima seruan nabi akhirnya menang, kesusahan sudah tiada lagi, musuh2 sudah dapat dikalahkan, & pengikut rasul telah dapat hidup aman, negeri telah subur, perniagaan telah maju, & perasaan telah gembira, sehingga mereka sempat berkembang biak, & anak2 cucu meneruskan hidup, menerima pusaka suka duka perjuangan nenek moyang.
Orang2 terdahulu yg memakmurkan bumi, mempertahankan negeri, & berjuang bersama2 rasul-rasul menegakkan iman, sudah tiada lagi. Maka datanglah anak cucu genarasi2 yg telah hidup senang menerima hasil perjuangan nenek moyang, mereka duduk mengkaji sejarah org terdahulu, tetapi tidak berusaha utk memelihara & mempertahankannya. Mereka mengeluh apabila menceritakan perjuangan nenek moyang yg pahit, & mereka dgn gembira menceritakan kemenangan mereka mengatasi kesulitan, TETAPI mereka hanya bercerita sahaja.
Mereka telah merasa cukup lengkap, hidup telah senang kerana usaha pusaka nenek moyang, ikhtiar yg baru sudah tidak ada lagi, semangat sudah mulai lemah, kemewahan mula meracun jiwa, mereka tidak sedar bahawa keadaan boleh terbalik, & bahaya boleh datang bila-bila masa sahaja. Menyangka diri telah kuat, lalu berlaku aniaya kepada sesama manusia.
Berkat & nikmat itu boleh dicabut Allah kerana iman & takwa tidak berpengaruh lagi kpd jiwa penduduk negeri, miskipun hujan turun juga menurut musimnya, tapi bukan lagi kesuburan yg dibawanya, melainkan banjir yg akan menghalau segala apa yg ditanam. Kesuburan tanah mereka bertali arus dgn ketaatan mereka kpd Allah, sehingga mereka dapat mengatur perairan. Setelah anak cucu datang hidup dgn senang & mewah diatas tanah yg subur, semuanya malas memelihara baik-baik pusaka itu, sehingga sawah menjadi rosak, & kebun yg subur menjadi susut hasilnya, lalu mereka berganti menjadi org perantauan. Tetapi perantauan kian lama kian jauh, & kampung ditinggalkan & akhirnya negeri musnah, penduduknya habis porak peranda seperti kaum Saba.
Jika iman & takwa tidak ada lagi, silaturahim sesama manusia pun turut padam, & berganti dgn perebutan kekayaan utk diri sendiri, biar org lain teraniaya, miskipun mereka dapat menggali kekayaan bumi, mereka pergunakan kekayaan itu buat menindas yg lemah. Bahawasanya kemakmuran ekonomi kait berkait dgn kemakmuran iman, betapa pun melimpahnya kekayaan bumi yg dapat mereka bongkar, tidaklah dia membawa berkat jika iman & takwa tidak ada dlm jiwa. Maka segala bencana yg menimpa suatu kaum, bukanlah dari salah org lain, tetapi kerana iman & takwa penduduk negeri sudah tidak ada lagi.
Penduduk negeri hendaklah selalu berwaspada, kaum terdahulu yg menentang rasul itu, bukan saja lalai kerana adanya nikmat, bahkan mereka mendustakan & menentang dgn keras, sehingga kini pun org lupa diri kerana adanya nikmat itu, padahal disetiap sudut negeri ada saja persediaan Allah utk menghancurkannya. Ombak boleh bergulung naik membawa hujan, hujan boleh berubah menjadi banjir menghanyutkan negeri, & panas terik boleh menghancurkan tanaman, belalang boleh datang berjuta-juta memusnahkan buah-buahan & daun muda, gunung berapi boleh memuntahkan lahar & mengalirkan maut kpd penduduk negeri. Waktu datangnya tidak menentu, entah tengah malam waktu kita sedang enak diulik mimpi, @ disiang hari waktu org sedang bermain2. Kadang2 azab itu datang dgn perantaraan tangan manusia sendiri, kerana manusia dgn manusia telah dipenuhi rasa benci.
Kaum-kaum terdahulu itu bukan saja kaum Samud, Aad, Madyam & Aikah @ kaum Lut, bahkan banyak lagi bangsa-bangsa lain, bahkan TENGGELAM, TIMBUL & HANCURNYA SUATU BANGSA, kita dapat mempelajari sejarahnya dari alQuran, & Islam dalam sejarahnya telah pernah mencapai puncak zaman kegemilangan.
Tariq bin Ziyad telah membawa angkatan perang Islam pertama melalui Jabal Tariq memasuki semenanjung Iberia, tanah Andalusia, 700 tahun, lamanya org Islam bermegah ditanah itu, memuncaknya satu peradaban & kebudayaan yg tinggi. Tetapi 700 disana dua kali lipat lamanya dari British menjajah Tanah Melayu, anak2 cucu dari pembukaan yg pertama itu telah jatuh hancur kekuasaannya, sehinggakan bukit ditepi pantai, ketika Raja Abu Abdillah, Raja yg memerintah Granada yg terakhir, bukit tempat dia meratapi kedaulatannya yg hilang lenyap, ketika terpaksa meninggalkan negeri itu, itulah "Air mata Arab yg terakhir."
Mengapa jadi demikian? Satu negeri yg telah jadi kepunyaan sendiri 700 tahun terpaksa ditinggalkan & yg masih tinggal dinegeri itu terpaksa mengalih agama dari Islam kpd khotolik, sehingga sampai sekarang kita akan bertemu masjid yg telah diganti jadi gereja, menara tempat azan diganti dgn tempat mendengunkan loceng. Apatah lagi kita yg baru 50 tahun merdeka dari dijajah British.
ITU ialah kerana mereka hanya menceritakan suka duka nenek moyang, padahal mereka sendiri tidak memelihara baik pusaka nenek moyang itu, kejatuhan bangsa Arab Spanyol itu adalah kerana perpecahan sesama sendiri, yg satu memfitnah yg lain, drp berdamai dgn kawan seagama, ada yang suka mengambil muka berkerjasama dgn kafir keristian Spanyol yg baru tumbuh, akhirnya mereka ditundukkan satu persatu, & paling menyedihkan ketika raja-raja Spanyol & Castillie & Aragon menundukkan satu Gabnor Islam disatu negeri, dia dibantu oleh Gabnor Islam negeri yg lain, kemudian setelah negeri pertama itu kalah, mudahlah raja keristian mematahkan Gabenor islam yg membantunya itu tadi.
Kalau bahaya sudah mau datang, bagaimana diberikan amaran pun, namun kaum yg hendak diazab itu tidak mahu menerimanya, sebab hati mereka sudah dipatri sehingga tertutup buat menerima pengajaran, inilah yg kerap kali terjadi dlm sejarah Islam sendiri, sejarah terakhir ialah ketika Sayid Jamaluddin Al Afhani memberi amaran kpd raja-raja di Turki, Iran, Afghanistan & lain-lain, tentang bahaya penjajahan kaum barat terutama Inggeris, tentang niat mereka melancarkan perang salib alaf baru, namun amaran itu tidak diendahkan, bahkan dia dilarang masuk dinegeri-negeri islam, oleh raja-raja Islam kerana hasutan penjajah, & dibuat propaganda bahawa dia adalah seorang perosak agama, seorang yg tidak teguh memegang agama, seorang filosofi yg membawa fahaman sesat, sehingga kini pun masih ada golongan yg berpendirian begitu terhadapnya.
Akhirnya, beliau meninggal dlm kesedihan, & kerajaan Turki Osmaniah sbg pertahanan paling akhir, runtuh dikeronyok oleh kerajaan2 Eropah pada perang dunia pertama, & negeri2 Arab sbg benteng Islam, jatuh satu demi satu dibawah kuasa Inggeris & Perancis, bahkan Mekah & Madinah sendiripun dibawah pengaruh seorang Kolonel Inggeris, bernama Sir Lawrance, kerana bijaknya mendekati raja Arab, Raja Husin yg gila kuasa, kemudian sesudah perang dunia ke dua, tujuh Negara Arab tidak dapat mempertahankan diri seketika bumi Palestin direbut & dijadikan negeri org Yahudi, bernama Israil atas kuasa & bantuan Negara2 barat.
Inilah sejarah suka duka kaum muslimin seluruh dunia, sebagai pemerintah pewaris pusaka nabi mereka tidak hancur spt kaum Aad, kaum Samud, & lain-lain & mereka masih ada didunia ini, berbilion-lion jumlahnya sekarang, tapi sungguhpun demikian mereka masih boleh bangkit kembali kerana al-Quran sebagai pengkalan bertolak untuk berfikir masih ada, & satu noktah pun belum berubah. Hal ini hendaklah dijadikan perbandingan untuk difikirkan oleh kita semua & yg akan datang kemudian. Kerana Sunnahtullah, @ hukum sebab & akibat, sejarah tetap akan berlaku setiap zaman.
Ini menunjukkan disamping mereka yg fasik itu, masih ada sisa sedikit yg mahu menerima iman, umat nabi-nabi terdahulu kebanyakannya fasik, & sedikit yg beriman. Umat nabi Nuh, satu negeri org tenggelam dlm taufan, hanya isi bahtera sahaja yg selamat, umat nabi Lut satu negeri tenggelam hancur dimusnahkan hujan azab, & negeri mereka tunggang terbalik, hanya sebuah rumah sahaja yg selamat. Maka yg sedikit itulah dimulai perkembangan baru, & pembangunan iman, bahawa org yg teguh pendirian teguh iman & takwanya, tidaklah merasa cemas & takut & berdukacita melihat lebih banyak org yg fasik, kerana yg menentukan sejarah bukanlah org ramai, melainkan org yg sedikit, apabila org yg sedikit teguh pada keyakinannya, maka pasti org yg banyak itu akan dapat dikalahkan.
Sekian, harap maklum.
MQTK-Merujuk Quran Tanggungjawab Kami.

SIAPA DI SEBALIK KRISIS SYRIA, IRAQ DAN LAIN-LAIN


Kita berada dalam bencana politik gelap gelita dan mengelirukan. Berita tersebar melalui media sosial dalam ruang lingkup langit terbuka, tetapi ramai yang memperkecilkan petunjuk Al-Quran supaya bertabayyun.
Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan “pencuri” di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.
Beberapa tahun lalu, ketika berputiknya krisis yang membakar bumi Syria kini, beberapa media negara Arab termasuk Al Jazeera paling menyerlah melaporkan penglibatan pihak perisikan Negara Arab (di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan Ketua Perisikannya) terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.
Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang menjadi mangsa. Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiahnya, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah. Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan Parti Baath yang berkrisis dengan Parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan Negara Arab khususnya negara Teluk.
Almarhum Necmettin Erbakan mantan Perdana Menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin. Almarhum juga menasihatkan Iran memajukan sains dan teknologinya di mana selepas itu berlaku gerakan membunuh saintisnya, termasuk menawan saintis yang menunaikan haji di Mekah. Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya .
Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manafaat dan kemudahan di Syria. Iran menjadi penyumbang paling besar kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah kumpulan Syiah di Lubnan juga mendapat kemudahan, sehingga menggagalkan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. Semua Negara Arab yang menyokong perjanjian damai dengan Israel secara terbuka atau rahsia tidak mendukung perjuangan di Gaza dan Selatan Lubnan.
Banyak media Timur dan Barat mendedahkan betapa krisis Syria membesar dengan bantuan senjata Barat melalui Nato di Turki di sebelah Utara dan di Selatannya Israel. Selepas itu disokong oleh kenyataan Bush, selepasnya Obama dan mereka yang berada dibawahnya. Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu.
Kumpulan pelampau itu akhirnya dapat menawan sebahagian kawasan minyak di Iraq dan Syria, serta laluan pasaran gelap di Utara dan Selatan. Tentera Bersekutu Barat yang sudah diberi tapak pangkalan di seluruh negara Teluk yang berserban itu lebih bertarik tali untuk mengekalkan keadaan yang menguntungkan mereka dan menjamin keselamatan Israel sebagai paksi utama Gerakan Zionis dengan mempengaruhi politik, ekonomi, media dan lain-lain.
Allah tidak mengizinkan keadaan terus menjadi ancaman kepada Islam walaupun secara senyap. Kadang-kadang perubahan dilakukan oleh keadaan pertembungan di kalangan bukan Islam dan pihak zalim, apabila Islam yang lemah tidak mampu melakukan perubahan. Sepertimana sejarah Parsi Majusi menghancurkan Yahudi di Palestin yang zalim membunuh para Nabi dan ulama soleh.
Keadaan kini berubah apabila Kristian Ortodok yang dibelasah komunis Yahudi. Karl Marx bertembung dengan Kristian Katholik dan Protestan di Amerika dan Eropah bergabung dengan Zionis Yahudi yang mempertahankan Israel. Apabila krisis Ukraine menjadi titik pertembungan sehingga pesawat MAS menjadi mangsa. Peristiwa pesawat kita tenggelam laksana pelanduk yang mati di tengah gajah yang bertarung. Keadaan bertukar kepada ketegangan yang memberi tempat kepada Rusia bertapak di Tarsus Syria menjadi pangkalan tentera Rusia, satu-satunya ruang ke laut lepas. Keadaan ini mengubah neraca politik dan ketenteraan yang melemahkan Barat yang melindungi ISIS dan kumpulannya. Soalannya, di mana Negara Arab yang berlindung di belakang kuasa Barat dan Zionis?
Tekanan melalui serangan Negara Teluk ke atas Yaman di laluan ke laut Merah, diisytiharkan di Washington dengan lesen PBB tidak mencapai tujuan sehinga kini. Lawatan Pengarah Kajian Strategik Arab Saudi (Anwar Asyqi) ke Israel menunjukkan “kegelabahan” Negara Arab. Lebih gelabah lagi baru dua minggu Perdana Menteri British menjadi peserta Sidang Kemuncak Negara Teluk di Bahrain dengan resolusi menghadapi ancaman Iran, sehingga Israel dianggap tidak menjadi ancaman.
Semua perkara ini sepatutnya boleh menjadi jawapan disebalik Aleppo yang terbakar itu.
Seterusnya kenangilah sejarah kejatuhan Islam di Andalusia yang ditangguhkan beberapa abad apabila salah seorang Raja Islam di Andalusia mengejutkan semua Raja yang tidak mahu menjemput Raja Ibnu Abbad dari Morocco kerana takutkan raja itu akan merampas takhta mereka. Apabila seorang raja yang beriman itu bertitah: “Beta lebih rela menjadi gembala kambing dan unta Ibnu Abbad daripada menjadi gembala babi Raja Kristian yang datang menakluk.”
Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.
Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelusuk dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.
PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.
Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.
"Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
20 Rabiul Awwal 1438 | 20 Disember 2016

Legenda Kota Gelanggi

 shared Campuran hidup.'s post







Legenda Kota Gelanggi Yang Menjadi Rebutan Ramai Raja-Raja Asia.
Kota Gelanggi @ Kota Batu Hitam atau Klang Kio dalam bahasa Siam bererti perbendaharaan permata adalah sebuah bandar purba yang disebut di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu.
Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu.Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam,ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya.(W.G.Shellabear:1975:10)
Selama lebih 1,200 tahun Kota Gelanggi menjadi lagenda kota purba yang kaya dengan harta karun timbunan emas dan permata menjadi rebutan ramai raja-raja Asia sejak dari zaman berzaman.
Kota Gelanggi dikatakan salah satu 'city state' merupakan antara bandar pentadbiran Empayar Srivijaya sejak tahun 775.
Kota Gelanggi dikatakan terletak di selatan Semenanjung Tanah Melayu dibawah Kerajaan Ligor satu Kingdom Melayu Siam di Segenting Kra. Pada masa itu Siam belum lagi didatangi oleh bangsa Thai dari Selatan China.
Srivijaya mengelarkan Kingdom Ligor ini sebagai Sri Dharmaraja.
Orang Melayu Siam panggil Ligor.
Orang India panggil Tambralinga.
Orang China panggil Tam-ma-ling atau Poling
Orang Melayu Islam panggil Siam
Orang Thai panggil Nakhon Sri Tammarat.
Pada akhir abad ke 12, Ligor ini bebas dari Srivijaya menjadi kerajaan Tambralinga.
Tambralinga meningkat kekuasaan dari abad ke 13 hingga awal abad ke 14. Pada masa ini Tambralinga telah menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Pada akhir abad ke 14, Tambralinga menjadi sebahagian dari Siam (Thai).
Pedagang Eropah mengelar Tambralinga ini sebagai Ligor sejak abad ke 16.
Ligor setelah lama memberontak dari Siam akhirnya menjadi negara Siam sepenuhnya pada penghujung abad ke 19.
Klang Kio atau Kota Gelanggi ini juga orang Melayu Islam panggil Gelanggui, Ganggayu, dan Linggui.
Rekod Jepun menyatakan Putera Mahkota Jepun, Putera Takaoka, Shinnyo Hosshinno (780-856) mati di Kota Gelanggi kerana diserang oleh harimau dalam perjalanan ke India.
Orang Jepun merujuk Kota Gelanggi sebagai Lo-Yue.
Pada tahun 1025, Raja Rajendra Cola dari Selatan India telah menyerang Kerajaan Gangga Negara (Beruas, Perak). Raja Rajendra Cola ini dalam Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang digelar Raja Suran kemudian menyerang Kota Gelanggi mengalahkan Raja Chulan.
Sejarah Melayu mengisahkan...
Setelah Raja Gangga Syah Johan melihat Raja Suran itu datang, maka Raja Gangga Syah Johan pun berdiri memegang panahnya; maka segera dipanahnya, kena gumba gajah Raja Suran, gajah itu jatuh terjerumus. Maka Raja Suran pun melompat serta menghunus pedangnya, diparangkan kepada Raja Gangga Syah Johan, maka kenalah leherya, putus kepalanya, terpelanting ke tanah. Maka Raja Gangga Syah Johan pun matilah. Setelah rakyat Gangga Negara melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun lari; maka ada seorang saudara raja itu perempuan, Puteri Dara Segangga namanya; terlalu baik parasnya, maka diambil bagindalah akan isteri. Setelah negeri Gangga Negara sudah alah, maka Raja Suran pun berjalanlah dari sana.
Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan bahasa Siam ertinya Perbendaharaan Permata, maka adalah nama rajanya Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah angin dalam hukumannya. Demi Raja Chulan mendengar Raja Suran datang itu, maka Raja Chulan pun menghimpunkan segala rakyat; dan segala raja-raja yang takluk kepada baginda, semuanya berkampunglah. Maka Raja Chulan pun berperanglah akan Raja Suran; maka rupa segala rakyat itu seperti lautan, rupa gajah dan kuda pun demikian juga, seperti pulau rupanya, dan tunggul panji-panji seperti hutan, dan segala senjata pun berlapis-lapis. Sekira-kira empat gorah bumi jauhnya berjalan, setelah datanglah pada suatu sungai, maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya.
Maka kata Siam, "pangkali" ertinya "sungai", maka dinamai orang sungai itu Sungai Pangkali. Maka bertemulah rakyat Siam dengan rakyat Keling, lalu berperanglah, tiada sangka bunyinya lagi; segala yang bergajah berjuangkan gajahnya, dan yang berkuda bergigitkan kudanya, dan yang berpanah berpanahanlah dianya, dan yang berlembing bertikamkan lembingnya, dan yang berpedang bertetakan pedangnya. Maka rupa segala senjata seperti hujan yang terlalu lebat, tidaklah lagi tarupak awan di langit, oleh kebanyakan kilat senjata itu; gegak gempitalah bunyi tempik sorak orang berperang itu, maka berbangkitlah lebu duli ke udara, kelam-kabut, siang menjadi malam seperti gerhana matahari. Maka segala rakyat antara kedua belah pihak itu pun jadi campur-baurlah, tiada berkenalan lagi waktu berperang itu. Mana yang mengamuk diamuk orang pula, ada yang menikam ditikam orang pula. Maka kedua pihak itu pun banyaklah mati dan lukanya, darah pun banyaklah tumpah mengalir ke bumi seperti air sebak. Maka lebu duli itu pun hilanglah, maka kelihatanlah orang berperang itu, beramuk-amukan terlalu ramai; sama-sama tiada mahu undur lagi. Maka Raja Chulan pun menampilkan gajahnya menempuh ke dalam rakyat Raja Suran yang tiada terpermanai banyaknya itu, barang dimana ditempuhnya bangkai bertimbun-timbun; maka segala rakyat Keling pun banyaklah matinya, lalu undur. Setelah dilihat oleh Raja Suran, maka baginda pun tampillah mengusir Raja Chulan itu. Maka adapun kenaikan Raja Suran, gajah tunggal lagi meta, delapan hasta tingginya; tetapi gajah Raja Chulan itu terlalu berani. Maka bertemulah kedua gajah itu, lalu berjuang, maka bunyi kedua gading gajah itu seperti bunyi petir yang tiada berputusan. Maka kedua gajah itu pun tiada beralahan; maka berdiri Raja Chulan di atas gajahnya menimang-nimang lembingnya, lalu ditikamkannya kepada Raja Suran, maka kenalah kebaluhan gajah itu, sejengkal menjunjung ke sebelah. Maka Raja Suran pun segera memanah Raja Chulan, kena dadanya terus ke belakang; maka jatuhlah ia dari atas gajahnya ke tanah, lalu mati.
Maka segala rakyat Raja Chulan melihat rajanya mati itu, maka sekaliannya pun pecah belahlah, lalu lari cerai-berai; maka diikuti oleh segala rakyat Keling mana yang dapat habislah dibunuhnya. Maka segala rakyat keling pun· masuklah ke dalam kota Langgiu itu, lalu merampas, tiada terkira banyaknya beroleh rampasan itu. Maka ada seorang anak Raja Chulan itu perempuan, Tuan Puteri Onang Kiu namanya; terlalu baik parasnya. Maka dipersembahkan orang kepada Raja Suran, maka oleh baginda diambillah akan isteri.
Dimana sebenarnya lokasi Kota Gelanggi ini?
Sejarah Melayu jelas mengatakan lokasi Kota Gelanggi ini di Hulu Sungai Johor.
Tapi beberapa ahli sejarah seperti Sweettenham (1885), Linehan (1936) dan Quartrich-Wales (1940) percaya lokasi Kota Gelanggi di Jerantut Pahang.
Manakala Winstedt (1932) dan Gardner (1932) memilih Hulu Sungai Johor.
Kota Gelanggi juga masih menjadi lokasi kajian sejarah dan arkeologi yang tiada kesudahannya. Imej yang diperolehi Malaysian Centre For Remote Sensing (MACRES) daripada satelit membuktikan kewujudan struktur bangunan di Kota Gelanggi.
R.C Jameson dari University of Cambridge, Britain mengatakan mungkin ilustrasi Dipamkara Buddha pada manuskrip Sanskrit di situ mungkin menunjukkan suatu lokasi di Kota Gelanggi.
Abdul Rahman Ismail (1998) memilih Kota Gelanggi di Jerantut Pahang.
Abdul Halim Nasir (1990), Nik Hassan Shuhairi (2002) dan Arkeologis Raimy Che Ross (2004) percaya Kota Gelanggi ini dimaksudkan sebagai ‘Perbendaharaan Permata’ yang dicari-cari terletak di Hulu Sungai Johor.
Dzulkarnain Mat (1998) melontar teori menarik:
Johor telah menguasai Pahang dalam bulan September 1612, lebih kurang setahun sebelum Sejarah Melayu dihasilkan. Orang-orang Johor bukan sahaja membawa balik pampasan dan tawanan perang, malah cerita-cerita tentang Pahang, termasuk legenda Kota Gelanggi. Kemungkinan legenda ini mengilhamkan penulis Sejarah Melayu untuk mengaitkan Ganggayu dan Raja Chulan dengan keajaiban Gelanggi. Justeru itu, Klang Kio dinyatakan sebagai terletak di hulu Sungai Johor untuk menggambarkan kehebatan jajahan takluk Johor.
WZWH lebih berminat dengan teori seorang blogger sahabat Mo Razzi Untold History...
So.. what ingenious way Tun Sri Lanang buat??
Rahsianya cuma ditulis di 3 ayat ni :
"...... di hulu Sungai Johor"
Macam biase lah.. we go back to map:
Maka.. berbodong-bondong lah manusia menjelajah "hulu Sungai Johor".. tapi tak jumpe ape-ape walaupun selepas 1,300 tahun..
Maka berjaya lah penipuan Tun Sri Lanang.. yang pada asalnye ingin menipu penakluk Acheh tentang kedudukan sebenar Perbendaharaan Permata itu bagi mengelakkan dicuri.. dengan korang-korang sekali kene tipu. Hahahaa
Sebenarnye.. Tun Sri Lanang tak tipu.. dia berpencak melalui kata-kata..
Ko bace balik ayat ni sekali lagi :
".... di Hulu Sungai Johor"
Now.. ko decipher it into :
1. Hulu ; arah ke daratan yang paling dalam.. farthest inland
2. Sungai ; Sungai lah
3. Johor ; Negeri
FINDING : Di bahagian paling hujung / hulu (1) + Sungai (2) + di Negeri Johor (3)
Now.. go back to Map.. :
Upper Sedeli merupakan Territory of Pahang until 1861 sebelum Tun Mutahir Bendahara Pahang meng'hadiah'kan daerah Sedeli + Mersing + Endau kepada Maharaja Abu Bakar menantu kesayangan.
While, lower Sedeli merupakan Tanah asal Negeri Johor.
SUNGAI SEDELI pulak.. merupakan Sungai paling "Hulu" dalam negeri Johor.. and Gunung Panti merupakan the farthest inland yang Sg. Sedeli dapat mengalir..
FURTHERMORE..
Dikawasan INI JUGAK LAH ADE SUNGAI YANG BERNAMA 'SELANGGI' = "GELANGGI"??
Ada dua pintu gerbang yang seperti foto di atas untuk memasuki Kota Gelangggi @ Kota Batu Hitam di Hulu Sungai Johor.
Apa yang pasti Wan Ahmad tidak bersetuju dengan keputusan Bendahara Tun Mutahir pada 1861 mengkurnia Sedeli, Endau dan Mersing kepada Maharaja Abu Bakar.
Maka marahlah Wan Ahmad yang baru menang Perang Saudara Pahang menjadi Bendahara Pahang yang pertama berkata," aku perang macam nak mampus kau senang-senang ambil negeri aku!!!". Kalau ikut hati Bendahara Wan Ahmad mahu saja berperang dengan Johor.
Lagi sekali British masuk campur memujuk Bendahara Wan Ahmad apa lagi Maharaja Abu Bakar untung senalo dapat Endau dan Mersing. Walaubagaimanapun Pulau Tioman diserahkan oleh Johor kepada Pahang.
Kemudian untuk settle hubungan antara Johor dan Pahang maka berlaku perkahwinan antara anak Raja Johor dengan anak Raja Pahang. Selesai...tak mahu gaduh lagi.
Apa yang pasti setelah Maharaja Abu Bakar mendapat Sedeli, Endau dan Mersing dari Pahang, kehidupan Maharaja Abu Bakar bertambah senang lenang dan kaya raya hingga menjadi Sultan Abu Bakar Johor.
Setakat mengembangkan ekonomi perladangan menanam gambir, lada hitam dan menjual getah perca serta hasil sewa tanah-tanah di Singapura belum tentu boleh kaya raya hingga terkenal ke luar negara.
Namun Bendahara Wan Ahmad tidak pernah kenal putus asa.
Seorang pemerintah besar seperti Bendahara Wan Ahmad sendiri amat tertarik dengan legenda gua Kota Gelanggi yang kononnya tempat tinggal seorang puteri, hinggakan beliau pernah menghantar orang-orangnya mencari puteri itu pada tahun 1872.
Tok Gajah dan beratus-ratus pengikut telah dititah oleh Bendahara Wan Ahmad meninjau dan memeriksa Kota Gelanggi.
Dalam tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad telah berangkat melawat ke merata tempat dalam negeri Pahang. Dalam lawatan inilah Bendahara telah melawat sebuah gua yang ajaib lagi masyhur bernama Kota Gelanggi, yang terletak tidak berapa jauh dari Pulau Tawar, Jerantut.
Tapi tidak ada harta karun, emas dan perbendaharaan permata dijumpai. Barangkali peralatan tradisional tidak sesuai memerlukan peralatan moden yang lebih canggih dan sophistikated.
Jika benar segala legenda harta karun, emas dan perbendaharaan permata yang lokasi sebenarnya berada di Hulu Sungai Johor.
Bendahara Wan Ahmad yang akhirnya menjadi Sultan Ahmad pertama Negeri Pahang dan Pemerintah Jajahan takluknya tidak perlu bimbang, risau dan kecewa.
Pahang masih lagi punya sebuah kota purba yang lebih kaya dengan harta karun, emas dan permata di Tasik Chini tenggelam ke dasar lautnya oleh kerana berlaku pecah empangan mega bagi tujuan aktiviti perlombongan purba sila klik sini. Ini ialah kisah Kota Melayu yang hilang di bumi Pahang.

Sumber google
-syah-

MISTERI TAMADUN CHAMPA YANG HILANG

shared Ayah Man's post.· 
 
·









Ratusan tahun sebelum Bangsa Melayu menangisi kehilangan pulau Singapura, kita telah lama kehilangan satu wilayah yang cukup luas, iaitu hampir meliputi keseluruhan pantai timur Indochina. Lebih menyakitkan, wilayah tersebut menyimpan seribu satu rahsia dan bukti tamadun awal rumpun Melayu yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan daratan dan perairan Asia Tenggara. Negara tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah Champa, yang telah berhadapan dengan serangan dan migrasi besar-besaran secara berterusan selama ratusan tahun daripada satu kaum yang berasal dari selatan Negara China iaitu Dai-Viet. Kehilangan Champa sama seperti kehilangan Patani yang mewarisi keagungan Langkasuka juga akibat serangan dan migrasi berterusan daripada kaum Thai (Sukotai, Ayutthaya dan Chakri) yang juga berasal dari selatan China. Champa, atau apa jua panggilan kepadanya, seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah) kini hanya tinggal sejarah dan penduduknya hidup bertaburan terutamanya di Vietnam serta Kemboja dan menjadi kaum minoriti di bumi sendiri.

Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawah pemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya, kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelum terbenam’. Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361 hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Malangnya, baginda akhirnya mangkat pada bulan Februari 1390 Masihi akibat pengkhianatan daripada salah seorang pengawalnya sendiri yang menyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam. Apa yang menarik, kebanyakan pengkaji sejarah bersepakat bahawa Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat Melayu lama iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga itu sendiri, sedangkan kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang paderi bernama M. Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang Melayu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana. Laporan Mahot ini telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.
Mahkota Kebesaran Champa

Maklumat mengenai Raja-raja Champa khususnya daripada riwayat tradisi Kelantan pula memberikan perspektif yang berbeza daripada sejarah umum kerana dinyatakan bahawa kebanyakan Raja-raja Champa semasa era Pandurangga (Phan Rang) sebagai ibukota telah beragama Islam dan mempunyai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang erat dengan Negeri-negeri Melayu di pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Sebagai contoh, Raja Bo Tri Tri dikatakan adalah Wan Bo, anak kepada Ali Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara. Wan Bo dikatakan telah meninggalkan Patani dan pergi ke Champa menjadi panglima perang untuk membantu bapa mertuanya iaitu Raja Chandranekalawa atau Ban-La-Tra-Toan menentang Dai-Viet. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan pada tahun 1471 Masihi, Wan Bo bersama-sama rakyat Champa yang lain telah berundur ke kawasan selatan yang berpusat di Pandurangga. Baginda kemudian diisytiharkan sebagai Raja Champa dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah untuk menggantikan bapa mertuanya iaitu Ban-La-Tra-Toan yang telah ditawan dan mangkat dalam tahanan musuh. Pemerintahannya berakhir sehingga tahun 1478 Masihi dan digantikan oleh dua orang anak saudaranya iaitu Wan Abu Yusof dan kemudiannya Wan Abdul Kadir atau Kou Lai (1478-1515 Masihi).

Riwayat Kelantan juga menyatakan bahawa Datu wilayah Jambu yang juga pemangku Sultan Patani iaitu Datu Nik Musthapa telah kembali ke Champa bagi membebaskan bumi Melayu-Islam tersebut daripada pencerobohan rejim Nguyen pada tahun 1570. Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. Pada tahun 1577, Datu Nik Mustapha membawa 10,000 orang tentera Patani dan bersama anak saudaranya Sultan Adiluddin yang membawa 5,000 orang tentera Kelantan bertolak dari kota Pengkalan Datu, Kelantan dan menyerang Dai-Viet untuk merebut kembali Pandurangga. Sebahagian besar dari bumi Champa yang telah jatuh ke tangan Dai-Viet sejak tahun 1471 Masihi telah dapat dikuasai semula sehingga hampir ke Kota Hue. Setelah peperangan tamat dalam tahun 1580, Datu Nik Mustapha telah ditabal menjadi Raja Champa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah. Di kalangan orang-orang Cham dan Vietnam, baginda lebih dikenali degan pangilan Po Rome, manakala orang-orang Kemboja memanggil baginda Ong Tpouo.

Walaubagaimanapun, dalam tahun 1684 Masihi, Champa telah kalah dalam peperangan dengan Dai-Viet dan Negeri Kelantan telah dibanjiri oleh pelarian dari Champa termasuklah rajanya sendiri iaitu Po Ibrahim (Po Nrop). Po Ibrahim kemudian telah berangkat bersama pengikutnya meninggalkan Kelantan dan berpindah ke Kampong Brek Bak di dalam wilayah Cham di Kemboja untuk meneruskan penentangan terhadap Dai-Viet. Putera kepada Po Ibrahim iaitu Wan Muhammad telah diangkat oleh Dai-Viet menjadi Raja Champa bergelar Po Jatamuh setelah baginda bersedia mengakui untuk membayar ufti kepada Kerajaan Nguyen.

Setelah Po Jatamuh mangkat, kekandanya iaitu Wan Daim yang sebelum itu merupakan Datu Negeri Jambu telah diangkat menjadi Raja Champa bergelar Po Top. Dalam tahun 1692, baginda cuba memberontak terhadap regim Nguyen setelah membuat pakatan dengan ayahandanya Po Ibrahim yang sedang berada di Kemboja dan kemudian terjadilah serangan serentak di dalam negeri dan perbatasan Kemboja. Walaubagaimanapun, Wan Daim tewas dalam peperangan tersebut dan berundur kembali bersama keluarganya ke Patani, sementara ayahandanya Po Ibrahim yang telah tua mangkat di Kemboja dan dimakamkan di Kampong Brek Bak. Raja-raja Champa selepas itu tidak lagi memiliki kedaulatan sehinggalah Kerajaan Champa dihapuskan sepenuhnya di bawah pemerintahan rajanya yang terakhir iaitu Po Chong Chan.

Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas dan dimuatkan semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna pada hari ini kerana hanya tinggal sisa-sisa sejarah. Wilayah kekuasaannya telah menyusut sedikit demi sedikit sebelum hilang sepenuhnya dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara, terutamanya disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan rakyatnya serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia. Malahan, kebanyakan orang Melayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak tahu mengenai kewujudan negara Champa.

Sumber : FB

Monday, June 13, 2016

Kisah Bukit Besi - Tempat Penuh Bersejarah



Sejarah Bukit Besi Bandar Perlombongan


Bandar Bukit Besi adalah salah satu bandar kecil yang terdapat di daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. 

Bukit Besi terkenal kerana dahulunya merupakan tempat perlombongan bijih besi dan kawasan yang mempunyai hasil bumi iaitu bijih besi dengan banyaknya.
Stesen Keretapi Bukit Besi.

Kronologi Sejarah Bukit Besi

Bagaimana Bukit Besi mendapat nama? 

Ada pendapat menyatakan, ceritanya bermula dengan penemuan oleh beberapa orang penduduk setempat yang masuk ke hutan untuk mencari rotan. 

Ketika dalam perjalanan mereka berhenti rehat dan ingin menikmati bekal yang dibawa.

Salah seorang daripada mereka ternampak seketul batu sederhana besar dan sesuai dijadikan tempat duduk. 

Beliau lalu mengambil keputusan untuk mengangkat batu tersebut. 

Walau bagaimanapun, niatnya terpaksa dibatalkan apabila batu tersebut ternyata sangat berat. 

Ada yang cuba untuk mengangkat batu tersebut namun tetap juga gagal. 

Maka salah seorang daripada mereka mencadangkan menamakan tempat tersebut dengan nama Bukit Besi dan ia kekal sehingga ke hari ini.
sejarah bukit besi


Manakala sejarah kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kaji bumi dari Jepun,  Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916. 

Beliau  mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut. 

Pada permulaannya, bijih besi diangkut dengan menggunakan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kampung Dendang. 

Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd yang bertanggungjawab sepenuhnya menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927.

Ia kemudian ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC). 'Mining Lease' telah dikeluarkan dengan rasmi oleh Kerajaan Terengganu kepada NMC pada 13 Januari 1929.

Kawasan yang berkeluasan kira-kira 360 hektar, terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132 adalah pecahan daripada M.L. 75, iaitu  kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar Tengku Abdul Jalil.
Bukit Besi

Pada tahun 1930, laluan kereta api Dungun - Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che' Lijah. 'Stock Pile' atau Tempat Memunggah Bijih yang pertama juga adalah di Kampung Che' Lijah. 

Dari situ bijih-bijih besi dimuatkan ke dalam bot untuk dibawa ke Kuala Dungun. Tahun 1935, jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). Pendapatan penduduk Bukit Besi pada masa itu sangat mewah.

Perkhidmatan awam seperti bekalan air, elektrik, kereta api juga disediakan secara percuma. Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk dapat disiapkan dalam tahun 1936. 

Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih  dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong, dan akhirnya dipindahkan pula ke Sura.

Pengeluaran bijih besi oleh NMC mencapai kemuncaknya antara 1936 - 1940. 

Selepas itu ia mula menurun dan berakhir pada tahun 1945, iaitu selepas Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. 

Tiada aktiviti perlombongan yang dijalankan sekitar 1946 - 1949 kerana keadaan darurat dan tiada permintaan.  Kerajaan British telah menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Company(EMMCO). 

EMMCO telah memulakan kegiatannya  secara besar-besaran di awal 1950an, kerana permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat di Jepun. 

Untuk mendapatkan keuntungan besar dalam masa yang singkat, EMMCO telah menggandakan pengeluaran bijih. 

Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. 

Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. 

Dengan ini, pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Kemuncak pengeluaran ialah antara 1960-1964 di mana jumlah pengeluaran melebihi 2,000,000 tan setahun. 

Pada 1 Oktober 1970, Lembaga Pengarah EMMCO telah membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit Besi. 

Terdapat berbagai faktor yang menyebabkan penutupan lombong tersebut walaupun kandungan bijih besi dipercayai masih banyak lagi. 

Penutupan lombong bijih besi ini telah mempengaruhi ekonomi dan kehidupan penduduk-penduduk Bukit Besi dan Dungun. 

Ramai daripada mereka telah berhijrah ke tempat-tempat lain untuk mendapatkan pekerjaan baru.

Berek Meneng. (Berek mining) ??



Tiang Opal Di Teluk Lipat Dungun (Sekarang dah tak ada)

Sumber http://bukitbesi.blogspot.my, http://trulyterengganu.blogspot.my/2010/09/kuih-qasidah.html
sumber : beritasini.com