Transkrip perbualan MH370 dan menara kawalan tidak mencurigakan, kata Hishammuddin
Meskipun
terdapat pihak yang mencurigai kehilangan pesawat MH370, namun pihak
berkuasa hari ini mendakwa tiada sebarang keganjilan terhadap transkrip
asal perbualan di antara kokpit pesawat MH370 dan menara kawalan.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein
berkata transkrip berkenaan masih dianalisis pasukan penyiasat.
Datuk
Seri Hishammuddin Hussein menegaskan tiada sebarang maklumat
mencurigakan pada transkrip asal perbualan di antara kokpit dengan
menara kawalan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22
Mac, 2014.
“Seperti amalan biasa dalam penyiasatan,
transkrip tidak boleh disiarkan kepada umum pada peringkat ini. Saya
boleh mengesahkan transkrip tidak mengandungi perkara ganjil,” katanya
dalam satu sidang media di Hotel Sama-Sama di Sepang hari ini.
TMI
– 22 Mac, 2014.
Sumber tranungkite
No comments:
Post a Comment