Sebelum arwah ibu dan abah saya bertolak ke Mekah , mereka telah diberi kefahaman tentang perangai Arab Saudi yang akan mereka temui di Mekah dan Madinah. Penerangan ini diberikan oleh kaum keluarga yang telah menunaikan fardu haji lebih awal. Kesah dan tingkah laku perangai Arab Saudi ini
hanya tersebar dari mulut ke mulut. Malah, semua bakal haji dari
Malaysia telah sedia maklum serba sadikit tentang hal perangai Arab Saudi ini.
Tetapi
‘kesah’ ini tidak pernah dihebohkan oleh media. Ianya hanya menjadi
‘cerita-cerita rakyat’. Hujah penghalalan yang selalu kita dengar
hanyalah: ...kerana itulah Muhamad dihantar ke Mekah....untuk
mentamadunkan Arab.
Rasa saya 1,500 tahun adalah satu masa yang agak lama untuk proses
melahirkan satu tamadun. Jika lembu atau kerbau dididik selama 1,500
tahun pasti lembu atau kerbau ini telah bijak bistari.

Tetapi
kenapa agaknya Hillary Clinton tidak bersuara tentang keganasan terhadap
kaum sajenisnya. Kenapa CNN tidak membuat laporan? Kenapa Parlimen
Eropah tidak bersuara? Kenapa agaknya media antarabangsa semuanya senyap
sepi tidak bersuara tentang penindasan warga perempuan Saudi yang
bukan sahaja tidak boleh mengundi malah tidak boleh befikir. Jauh
sekali untuk memandu kereta. Kenapa tidak ada tuntutan ‘pendemokrasian’
dari Amerika terhadap Saudi Arabia? Kenapa warga Iraq sahaja yang perlu demokrasi tetapi warga Saudi tidak perlu? Semua ini soalan yang wajib di jawab.
Untuk saya negara yang bernama Saudi Arabia ini adalah ‘scam’ yang paling besar yang sedang menimpa penganut agama Islam diseluruh dunia. Saudi Arabia membuktikan bagaimana kesucian dan takwa para penganut agama Islam telah diekspoit oleh keluarga Ibnu Saud.
Dari sudut sejarah, dizaman Nabi Muhamad tidak ada raja di Saudi Arabia.
Dalam kitab awal Ibnu Hisham - As-Sirah an-Nabawiyyah - yang ditulis
200 tahun salepas Nabi Muhamad wafat tidak ada langsung disebutkan nama
raja, derajat sultan atau daulat tuanku. Malah agama Islam secara
radikal menentang kaum feudal kerana sistem feudal ini bercanggah
dengan teoloji Islam. Jadi dari mana munculnya RajaSaudi ini?

Dengan
memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud , kekutan kerajaan
Ottoman disebelah selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq
– menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara
resminya kuasa kerajaan Khalifah Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924.
Akhirnya pada tahun 1932 lahirkan apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom ofSaudi Arabia.
T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homosexul telah
memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Saudi Arabia.
Disini
saya ingin membawa para pembaca untuk untuk memahami konsep yang
dipanggil geo-politik. Geo-politik ini ialah politik kawasan , bumi,
tanah atau wilayah yang dianggap stratejik dan penting.
Stratejik kerana kedudukan wilayah ini dari segi ketenteraan. Penting
kerana wujudnya sumber asli yang ditemui dalam wilyah ini.

Saudi Arabia
adalah negara kedua dalam dunia – sesudah Venezuela - yang memiliki
simpanan minyak terbanyak yang masih belum dicarigali. Hari ini SaudiArabia adalah negara pengskspot utama – 12 juta tong sehari – minyak mentah dariSaudi memasuki pasaran dunia. Justeru Saudi Arabia adalah kunci keselamatan sistem ekonomi kapitalis yang bergantung kuat dengan bahan bakar petrol.
Sayugia dikhabarkan disini bahawa 15 dari 19 orang pengganas yang menyerang WTC pada 9/11 di New York datang dari Saudi Arabia. Menjadi amat pelik – tindak balas dari George Bush bukan tehadap Saudi Arabia tetapi kepada Afghanistan danIraq.
Ini hanya satu contoh yang jelas dimana kuasa imperial Anglo-Amerika
akan memilihara ‘kaldai’ tunggangan mereka dalam percaturan geo-politik
dunia hari ini.
Ramai warga Melayu Islam mungkin tidak menyedari bahawa keluarga diraja Saudi
ini tidak ada sangkut paut dengan Islam. Mereka tidak memiliki petalian
teoloji dengan Islam. Malah, yang saheh, pada ketika ini keluarga Saudi ini adalah tali barut dan ajen yang paling setia kepada kuasa imperial Anglo-Amerika.

Untuk meneruskan kuasa feudalnya, untuk meredakan kebencian rakyat maka RajaSaudi kini
mengelarkan diri mereka – Penjaga Dua Masjid. Ini hanyalah tembok untuk
mengolah persetujuan penganut Islam seluruh dunia bahawa keluarga Saud
ini berhak keatas tanah suci Mekkah dan Madinah.
Melalui
duit minyak petrol keluarga Saud ini telah menabur pengaruh ke seluruh
dunia. Mengembangkan faham kolot lagi jumud. Melalui pelbagai yayasan,
melalui pelbagai bentuk anak-anak syarikat, kaum keluarga Saudi ini telah mendana masjid, sekolah dan pelabagi
bentuk wakaf untuk memastikan penganut agama Islam terus dibodohkan.
Warga Islam diseluruh dunia tidak akan mempersoalkan apa yang sedang
mereka lakukan atas nama Islam.
Pemusnahan artifek-artifek sejarah yang membina ingatan bersama budayaArab/Islam
dari zaman sebelum Nabi hingga ke zaman Nabi telah dilakukan oleh
keluarga Saud ini. Umum telah difahamkan bagaimana kota Mekah telah
menjadi ‘vulgar/lucah’ dengan Mek Donald dan Kentaki Fried Fak. Bertafakur atau berdoa di hadapan makam kaum keluaraga Nabi dianggap ‘syirik’ tetapi menyambah Mek Donal dan Kentuki dianggap soleh.

Kaum pemodal dan kuasa imperialis Anglo-Amerika telah menggunakan Islam jenisSaudi ini untuk mematahkan perjuangan gerakan pembebasan warga Islam khususnya dan warga
dunia amnya. Gerakan pembebasan Palestin telah dimandulkan. Gerakan
demokrasi di Bahrain sedang diganyang dengan bantuan dolar Saudi.
Satelah memahami semua ini saya ingin membawa kembali para pembaca kepda keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab.
Saddam telah dimusnahkan kerana Saddam ingin menggantikan dolar
sebagai duit pertukaran jaul beli minyak. Gadaffy dimusnahkan kerana
Gadaffy menentang pengkalan tentera Amerika didirikan di Afrika.

Semenjak
dari ribuan tahun wilayah Levant inilah yang menjadi titik mula
tamadun dunia. Di wilayah ini tulisan dimulai. Di wilayah ini juga
konsep Tuhan Yang Maha Esa ditemui. Sumer, Babil, Akkad adalah kota-kota
kuno yang mengasaskan kemunculan kota Damascus dan Baghdad yang akhirnya membawa Percerahan. Berbanding dengan Saudi - tidak ada apa-apa yang dapat dibanggakan.
Kuasa imperialis Anglo-Amerika dalam perancangan geo-politik untuk mengepong China dan Russia kini sedang bekerjasama dengan Saudi Arabia dan Isreal. Israeldan Saudi Arabia
dilihat sebagai ‘berseteru’ tetapi dua negara sedang berkerjasama
untuk mematahkan apa sahaja bentuk gerakan demokratik yang
berkemungkian muncul di bumi Arab.
Pada
tahun 2007 kuasa imperialis Amerika telah memberikan 60 bilion dolar
melalui apa yang dipanggil ‘military-aid package- bantuan ketenteran’.
Sebanyak 13 bilion dolar nilai senjata ini akan dihantarkan kepada Saudi Arabia.

Amat jelas dari bantuan persenjataan ini Saudi amat penting dalam pecaturan geo-politik Amerika. Kini senjata yang diterima dari Amerika sedang digunakan oleh gerombolan anti-Bashir. Senjata yang dibeli dipasaran gelap dibayar dengan duit petrodalar Saudi. Duit Saudi juga digunakan untuk merekrut tentera-tentera upahan yang dipanggil Free Syrian Army. Free disini kerana mereka mendapat semua bantuan ‘free’ dari Saudi Arabia.
Dari segi ideoloji pula, fahaman reaksionari feudal Saudi ini
sedang dijaja dari Moroko ke Maldivess. Dari Bahrain kena Bukina
Faso. Dari Jerico ke Jakarta. Dari Dubai ke Dungun. Ajaran kolot
Islam jenis Saudi ini akan ditemui di negara yang ada warga beragama Islam.
Sekali lagi saya jelaskan bahawa penentangan Saudi Arabia terhadap Bashar di Syria dan Ahmadinejad
dari Iran bukan kerana Shiah atau kerana Sunni. Bukan juga untuk
menegakakan shiar Islam. Penentangan ini lahir dari strateji
geo-politik kuasa Anglo-Amerika yang kini sedang merancang untuk
mengepong China dan menekan Russia.
Justeru China dan Russia telah menggunakan kuasa veto dan akan
terus mengunakan kuasa veto jika ketetapan Bangsa Bangsa Bersatu
dilihat sebagai topeng untuk menghalalkan tentera Nato menyerang Syria.
China dan Rusia telah ‘tertipu’ apabila ketetapan PBB telah menghalalkan tentera Nato menyerang Libyadan Gadaffy. (TT)

No comments:
Post a Comment