Wednesday, December 7, 2011

Rumah Manakah Yang Tidak Dimasuki Syaitan ..

 

....

i. Rumah yang penghuninya sentaisa menjaga hak-hak dan kewajipan terhadap Allah.

ii. Rumah yang penghuninya sentiasa rukuk dan sujud kepada Allah.

iii. Rumah yang penghuninya sentiasa bersikap jujur dan memenuhi janji.

iv. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga punca pemakanan dan hanya mengambil yang halal sahaja
.
v. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan tali silaturrahim.

vi. Rumah yang penghuninya sentiasa menjaga adab dan berbakti kepada kedua orang tuanya.

vii. Rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami, bekerjasama dan bertolak ansur.

viii. Rumah yang penghuninya penuh dengan kecintaan dan ketaatan kepada Allah.

ix. Rumah yang penghuninya masing-masing dapat menjaga adab serta rahsia.

x. Rumah yang penghuninya tidak melakukan atau mengerjakan perkara-perkara yang haram.

xi. Rumah yang penghuninya sentiasa memelihara dan menjaga dari melakukan perbuatan yang bideah

xii. Rumah yang penghuninya sentiasa merendahkan diri kepada Allah.

xiii. Rumah yang penghuninya penuh dengan suasana salam dan meminta izin.

xiv. Rumah yang penghuninya saling bermaaf-maafan diantara satu sama lain.

xv. Rumah yang penghuninya sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang tercela.

xvi. Rumah yang penghuninya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan berzikir kepada Allah.


No comments:

Post a Comment