Saturday, November 5, 2011

Solat Sunat Hari Raya




 

Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.
HUKUM MENGERJAKAN
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.
WAKTU SOLAT
Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.
KAIFIAT
Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.
Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.
NIAT SOLAT HARI RAYA
أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ / لِعِيْدِ الأَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .

No comments:

Post a Comment