Unggul Mengetik Kad Perakam Yang Terakir Menjelang Persaraan
Pada 7hb April 2011 merupakan hari terakhir bertugas di Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.Berkhidmat selama 38 tahun sebagai Air Traffic Controller. Hati ini terusik jua apabila meninggalkan tugasan ini.Kenangan bersama rakan-rakan setugas,bersama pilot,bersama bahagian sokongan teknikal,bersama dengan kakitangan Malaysia Airports Berhad ,bersama Sekolah Latihan Penerbangan dan Syarikat Penerbangan akan menjadi ingatan sampai bila-bila.
Bangunan Menara tempat bertugas dan pesawat - pesawat merupakan pemain utama dalam pengawalan trafik udara.
Begitulah kitaran dunia,setiap permulaan tentu ada garis penamatnya.Saya rasa bangga menjadi seorang Controller.Gaji lumayan,ada elaun rating,elaun insentif .elaun kritikal,dan lain lain elaun.Sekiranya anda berminat cuba cari post terdahulu didalam blog ini berkaitan dengan tugas dan kerjayanya.
|
No comments:
Post a Comment