Tuesday, February 22, 2011
Saturday, February 19, 2011
PULAU PELANCUNGAN, PULAU REDANG,TERENGGANU
Terengganu memiliki beberapa buah Pulau yang menjadi tarikan pelancung.Pulau-Pulau tersebut ialah Pulau Kapas,Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Pulau yang saya lawati ialah Pulau Kapas dan Pulau Redang.Saya ingin mencatitkan mengenai Pulau Redang yang sudah beberapa kali saya lawati kerana urusan kerja.
Pulau Redang mempunyai kemudahan jeti untuk kegunaan feri dan bot - bot .Terdapat juga sebuah lapangan terbang untuk pendaratan pesawat yang membawa pelancung daripada Lapangan Terbang Subang dan daripada Lapangan Terbang Seletar,Singapura.Pesawat yang membuat penerbangan berjadual ke sini ialah 'BERJAYA AIR'jenis pesawat ATR72.
Para pelancung juga boleh menaiki feri daripada Jeti Shah Bandar,Kuala Terengganu ke Pulau Redang.Sepanjang pelayaran anda boleh melihat pemandangan yang cantik sepanjang pantai Terengganu dan melintasi beberapa buah pulau seperti Pulau Bidong,Pulau Yu Kecil dan Pulau Yu Besar.
Ramai para pelancung akan berkunjung ke Pulau ini mulai bulan Mac ini kerana lautnya tenang dan para pelancung boleh membuat aktiviti dilaut seperti bernang,memancing,menyelam,bermain bot dan lain lain aktiviti.

Kemudahan untuk penginapan memang banyak disni.Anda boleh buat pilihan untuk tinggal di Resort ataupun Homestay.Yang pastinya ada yang mahal dan ada yang murah.Kalau yang mahal RM1000.00 dan kalau pilih yang murah 'homestay' kurang pada RM 100.00 pun ada.Bayaran tersebut adalah untuk satu malam penginapan sahaja.
Monday, February 14, 2011
LAWATAN KE MENARA KAWALAN DARIPADA GURU - GURU KEMAS TELAGA BATIN KUALA TERENGGANU
Guru-Guru KEMAS |
Pengurus DCA ,En Abu Bakar b Ali |
En Abu Bakar(berdiri sebelah kiri).Puan Jamilah,Contoller Tunku Mat |
Pada 7hb Januari 2011 rombongan daripada guru-guru KEMAS Telaga Batin,Kuala Terengganu telah mengunjungi Menara Kawalan.Rombongan tersebut diiringi oleh isteri Pengurus DCA Puan Jamilah.Pegawai Kawalan Trafik Udara Tunku Mat telah memberi taklimat berkaitan tugas-tugas kawalan trafik udara.Banyak soalan dikemukakan terutamanya berkaitan tugas-tugas kawalan trafik udara dan kelayakan untuk mengisi jawatan.
Pihak DCA memang mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat ke menara kawalan.Untuk membuat lawatan sila hubungi Pengurus DCA,Jabatan Penerbangan Awam Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu,talian 096663214.
Saturday, February 5, 2011
MEMORIAL BATU BERSURAT DI KAMPUNG BULUH KUALA BERANG TERENGGANU
KLIK FOTO UNTUK LEBIH JELAS
KLIK FOTO UTK LEBIH JELAS
KLIK FOTO UNTUK BACAAN LEBIH JELAS |
Saya telah menziarahi Memorial Batu Bersurat di Kampung Buluh,Kuala Berang,Daerah Hulu Terengganu pada 3hb Januari 2011.Bangunannya cantik dan replika batu bersurat terletak didalamnya.Tulisan Melayu Rumi dipaparkan untuk bacaan kerana Batu Bersurat ditulis dengan tulisan jawi.Menurut buku sejarah ,Islam sudah bertapak di Terengganu lebih awal daripada Melaka kerana catatan di Batu Bersurat tersebut Islam sudah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1326 atau 1386..Apa yang menarik dalam bacaan Batu Bersurat tersebut menyebut nama Tuhan (Allah) sebagai Dewata Mulia Raya.Ini bermakna sebelum kedatangan Islam penduduk Terengganu menganut agama Hindu..Kesimpulannya apabila Islam sudah bertapak, tulisan jawi telah diperkenalkan di Terengganu.Gaya bahasanya sangat menarik untuk kita fahami.Hukum Islam dicatitkan di batu tersebut untuk dijadikan ikutan.Sesuailah negeri Terengganu dipanggil Terengganu Darul Iman.
Subscribe to:
Posts (Atom)