Monday, January 31, 2011
SUASANA SEPI DI PENGKALAN SETAR KUALA TERENGGANU
Suasana di pagi hari di Kampong Pengkalan Setar Kuala Terengganu.Sungai yang mengalir melalui Kampong ini ialah Sungai Ibai.Ditepi sungai terdapat tumbuhan pokok pokok nipah.Pucuk muda daripada pokok ini boleh dijadikan daun rokok.Masih ada lagi penduduk disini membuat pengusahaan tersebut.Paling popular sekarang ini ialah pengusahaan keropok lekor dan keropok keping .Di Pasar Payang Kuala Terengganu keropok kampong ini dinamakan keropok Pengkalan Setar.Rasanya cukup memuaskan.
Monday, January 24, 2011
Advanced Air Traffic System (AAT) Unit Teknikal Penyelenggaran Alatan Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.
Paparan pergerakan pesawat yang dikesan oleh ADSB (Radar]
Susunan holder yang digunakan oleh Controller
Paparan Pematauan Cuaca /Kelajuan Angin/Arah Angin/Tekanan Udara
AAT Kuala Terengganu Site Maintenance Engineer
Kuala Terengganu Air Traffic Controller Mengikuti Latihan ADSB (Radar)
anjuran AAT.
Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd (AAT) ditubuhkan seiring dengan kemajuan Sistem Pengurusan Trafik Udara dengan memberi perkhidmatan sokongan dalam kerja kerja penyelenggaran dan pembekalan alatan alatan kawalan trafik udara.
AAT Kuala Terengganu diamanahkan untuk penyelenggaran alatan alatan kawalan trafik udara seperti berikut
a) ADSB(Automatic Dependent Surveilance Broadcast)-Radar. Yang pertama kali di pasang di Malaysia,
b) Aviation Weather Observation System (AWOS) - Pemantauan cuaca
c) Voice Communication Switching System (VCSS) - Alatan radio telephony
d) Recording System (Alat Perakam 24 jam jangkamasa satu bulan)
Tugas harian AAT Kuala Terengganu ialah untuk mempastikan semua peralatan yang tersebut diatas berada didalam keadaan terbaik dan memuaskan (tip top).Pemeriksaan peralatan dilakukan setiap pagi dan petang bagi menentukan kelancaran kerja kerja kawalan trafik oleh controller bertugas.Pihak AAT akan segera membuat pembaikan sekiranya menerima lapuran kerosakan daripada controller.
AAT Kuala Terengganu di ketuai oleh Site Maintenance Engineer Supervisor En Aznan Nazril Ahmad dan dibawah beliau ialah Site Maintenance Enginner En Shazrul Musa,En Mohd Hishamuddin M Shafie dan En Shairyzal mohamad@Azizan.Mereka bertugas dalam dua syif iaitu pagi dan petang dengan mengikut waktu operasi lapangan terbang daripada pukul 0700 pagi hingga 2200 malam.
Thursday, January 20, 2011
PEJABAT METEOROLOGI LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU
Pejabat Meteorologi Lapangan Terbang Kuala Terengganu |
Alatan Meteorologi untuk pengukuran sukatan hujan,angin dll |
Pegawai Pegawai Meteorologi Tuan Hj Ismail Abdullah (Ketua)) dan En Fahmy A.Ghani |
Pegawai Meteorologi Tuan Haji Ismail b Abdullah (berkopiah) dan Tunku Mat(Unggul | ) |
Alatan Sukatan Suhu |
Alatan Sukatan Hujan |
Pejabat Meteorologi memainkan peranan yang penting dalam industri penerbangan.Lapuran cuaca yang dikeluarkan oleh pejabat ini akan disalurkan ke pihak Menara Kawalan setiap satu jam.Pengawal Kawalan Trafik Udara akan menyampaikan lapuran cuaca ini untuk pesawat yang akan berlepas dan mendarat.
Maklumat cuaca termasuk kelajuan angin(surface wind) jarakpandangan(visibility) cuaca(weather),awan(cloud) ,tekanan udara(pressure) dan cuaca(temperature).Peralatan yang digunakan seperti gambar diatas.Kebanyakkan peralatan diatas telahpun digantikan dengan peralatan yang lebih canggih.
Pejabat Meteorologi Kuala Terengganu diketuai oleh Tuan Haji Ismail bin Abdullah.Beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk membuat lawatan sambil belajar ke pejabat ini..Hubungi pejabat ini 09-6664743 untuk temujanji lawatan.
Monday, January 17, 2011
FOTO TERMINAL LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU DIAMBIL DARIPADA MENARA KAWALAN
Kawasan Parking Kereta Lapangan Terbang
Jalan Susur Keluar Daripada Bangunan Terminal
Kawasan Parking Pesawat
Saturday, January 15, 2011
PENJUAL TEMBAKAU DAN ROKOK DAUN DI PASAR GELUGOR KEDAI KUALA TERENGGANU
Urusan jual beli antara penjual dengan pelanggan |
Penjual daun rokok dan tembakau daripada golongan orang lama |
Suasana Pasar Gelugor Kedai Setiap Hari Jumaat\ |
Disatu sudut di pasar ini terdapat beberapa orang wanita menjual daun rokok dan tembakau kampong.Masih lagi ramai dikalangan perokok yang meminati rokok tersebut.Harganya memang lebih murah berbanding dengan rokok jenama lain.
Wednesday, January 12, 2011
SEJARAH RUMAH TIANG KEMBAR DI BANDARRAYA KUALA TERENGGANU
Catatan sejarah Rumah Tiang Kembar
Petikan ringkas sejarah rumah diatas .
Rumah Tiang Kembar bertapak dalam tahun 1920 an di Bandar Kuala Terengganu.Pemilik asal ialah Kerabat Di Raja Negeri Terengganu.Sekarang ini dimiliki oleh Persatuan Sejarah Malaysia CawanganTerengganu setelah diserah oleh Kerajaan Negeri.
Sunday, January 9, 2011
LAWATAN WAKIL RAKYAT TERENGGANU KE MENARA KAWALAN LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD KUALA TERENGGANU.
En Ahmad Bukhari Air Traffic Controller memberi taklimat kepada YB Datuk Rosol Wahid.
YB En Khazan bin Che Mat dan YB En Alias bin Abdullah
En Abu Bakar bin Ali (Berbaju Putih)
Pengurus DCA Kuala Terengganu
Pada pagi ini 9hb Januari 2011 jam 10.00 pagi Menara Kawalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu telah menerima kunjungan beberapa orang YB wakil rakyat daripada Dewan Undangan Negeri Terengganu.Pegawai Kawalan Trafik Udara yang bertugas memberi taklimat terkini berkaitan dengan peralatan komunikasi seperti radio telephony.ADSB(Radar),alatan pendaratan ILS,alatan Pandu Arah VOR,NDB,Sekolah Latihan Penerbangan.Syarikat Penerbangan Komersil dan ruangudara di bawah kawalan Menara Kawalan Kuala Terengganu.
Yang Berhormat Datuk - Datuk Wakil diberi taklimat juga berkaitan dengan tugas tugas kawalan trafik udara dan kaedah kaedah kawalan pesawat diudara untuk mempastikan zero kemalangan.Pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sentiasa mengalu kedatangan pelawat pelawat ke Menara Kawalan.
Thursday, January 6, 2011
Wednesday, January 5, 2011
PENYEMBELIHAN LEMBU KORBAN
Penyembelihan lembu korban di Kampong Tebakang,Bukit Payong,Marang.Terengganu telah dilaksanakan pada 17.11.2010.Setiap tahun ramai orang membuat penyembelihannya disini.Encik Asyari telah membekal banyak lembu untuk dikorbankan.Beliau juga menyediakan kemudahan untuk penyembelihan dan pemotongan daging.
Untuk saudara saudara yang belum pernah melihat bagaimana seekor lembu itu disembelih, video diatas dipaparkan bagaimana lembu itu ditumbangkan dan disembelih .Manalah tahu satu hari nanti saudara boleh menjadi seorang penyembelih profesional.
Untuk saudara saudara yang belum pernah melihat bagaimana seekor lembu itu disembelih, video diatas dipaparkan bagaimana lembu itu ditumbangkan dan disembelih .Manalah tahu satu hari nanti saudara boleh menjadi seorang penyembelih profesional.
Sunday, January 2, 2011
SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU.
|
Untuk makluman bertempat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu Terengganu terdapat tiga buah sekolah latihan penerbangan yang beroperasi melatih bakal bakal juruterbang.Sekolah latihan ini telah beroperasi semenjak beberapa tahun yang lalu.Sekolah yang mula mula beroperasi disini ialah HM Aerospace.Selepas itu diikuti oleh Asia Pacific Flight Training(APFT).Sekolah yang ketiga ialah Kist Aviation Academy (KISTAA).Pesawat latihan yang digunakan ialah jenis PA28 dan DA40.
Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah menentukan kawasan kawasan ruangudara yang boleh digunakan untuk latihan.Semua pergerakan pesawat pesawat tertakluk kepada arahan Pengawal Kawalan Trafik Udara,Jabatan Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Sultan Mahmud ,Kuala Terengganu.
Sekiranya ada yang berminat untuk menjadi juruterbang bolehlah hubungi sekolah sekolah berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan latihan dan pembayaran.
i) Asia Pacific Flight Training (APFT) : www.apft.edu.my
ii) Kist Aviation Academy : www.kistaa.edu.my
iii) HM Aerospace : www.hmaerospace.com
Subscribe to:
Posts (Atom)