Perrjumpaan rakan rakan sekelas tahun 1966 di sebuah hotel di Kuala Terengganu pada 11hb November 2010 cukup mencuit rasa.Maklumlah ada yang tidak berjumpa semenjak 40 tahun yang lalu,Ada yang berpisah selepas Tingkatan 3 .Tingkatan 5 dan Tingkatan 6. Selepas itu ada yang masuk Maktab Perguruan,Akademi Penerbangan dan Universiti .Selepas selesai belajar ada yang bertugas sebagai guru,pegawai tadbir,pemaju perumahan dan lain lain profesyen.Kini ada yang telah bersara awal dan ada yang akan bersara pada umur 58 tahun yang hanya tinggal beberapa bulan lagi.Semuanya lahir pada tahun 1953.Nama mereka ialah Salleh bin Busu,Wan Jaffar,Kamaruddin,Ngah,Kassim.,Tunku Mat,Mahdiah dan Zainab.Insyaallah pertemuaan yang akan datang ramai lagi yang akan menyertainya.
No comments:
Post a Comment