Tuesday, October 27, 2015

SUASANA PERNIAGAAN LAMBAK DI LUAR MASJID NABAWI MADINAH



by TUNKU MAT 
Suasana setiap kali selepas solat di Masjid Nabawi di Kota Madinah.Ramai perniaga-perniaga Arab mengambil peluang menjual barangan kain baju,jubah dll dengan harga yang murah.Mereka ini boleh berbahasa Melayu apabila berurusniaga dengan orang Malaysia/Indonesia.Lihatlah suasananya didalam video dibawah. 

REUNION AHLI TIOSA CLASS 1971 EPISOD 3

Monday, October 26, 2015

Saturday, October 24, 2015

Nasrudin Hassan BAJET 2016: PASIF

·
Kenyataan Media Penerangan. 43
BAJET 2016: PASIF
Oleh : Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Temerloh

1. Tiada Inspirasi Baharu Dalam Bajet 2016. Meskipun iklim ekonomi yang semakin mencabar dengan ketidaktentuan elemen pasaran sebagaimana diakui oleh Perdana Menteri sendiri, kerangka dan inisiatif Bajet 2016 masih mengikut naratif lama.
2. Lihat sahaja bajet Jabatan Perdana Menteri sehingga melebihi RM 14 billion. Ianya sudah menjadi suatu kelaziman bajet JPM menjadi sebegitu besar hatta mengatasi peruntukan pendidikan dan pertahanan !
3. Perdana Menteri pula tidak menyentuh untuk apa jumlah yang sebegitu besar diperlukan oleh portfolionya di dalam ucapan bajet. Fenomena sebeginilah yang disifatkan oleh kebanyakan kapten industri seperti yang diungkapkan CEO Air Asia Tony Fernandes akan tiadanya ketelusan dalam perbelanjaan kutipan cukai.
4. Malah jika dirujuk kepada kenyataan Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Kewangan seperti yang dilaporkan Bernama bahawa kerajaan akan memperincikan pendapatan dan perbelanjaan dari hasil GST menerusi pembentangan Bajet 2016, hakikatnya bajet yang telah dibentang tidak benar - benar diperincikan. Khasnya perincian pada aliran belanja dari hasil GST tersebut.
5. Menteri Kewangan terus menabur janji bahawa Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan dimuktamadkan oleh Parlimen namun hakikatnya termanya terus menjadi rahsia. Malah para Ahli Parlimen yang sepatutnya mewakili suara rakyat terus dinafikan akses kepada dokumen TPPA berbanding PriceWaterhouseCoopers, sebuah firma perunding asing yang diberikan layanan istimewa untuk menilai dokumen TPPA.
6. Soalnya mengapa? Sekali lagi Bajet 2016 tidak memberikan sebarang jawapan. Jangan pula salahkan rakyat kalau agenda Bajet 2016 penuh keraguan. Dengan gah Perdana Menteri mengumumkan 10,000 rumah akan dibina bagi merancakkan pemilikan hartanah kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
7. Namun lihat sahaja rekod kerajaan pusat membina rumah kekal baru bagi mangsa-mangsa banjir besar tahun lepas. Meskipun kononnya RM 500 juta diperuntukkan untuk Kelantan, hanya 50 buah rumah yang mampu dibina kerajaan pusat sehingga akhir Julai 2015. Sekarang kerajaan berani pula menjanjikan 175 ribu unit kediaman mampu milik untuk rakyat?!
8. Bajet 2016 hanyalah suatu bajet kitar semula tanpa sebarang inspirasi baru. Dengan tanggungan hutang kerajaan hampir RM 800 billion dan tanggungan hutang isirumah tertinggi di Asia, ruang untuk negara mengembangkan ekonomi semakin terhad. Apakah Bajet 2016 mengakui hambatan besar ini dan apa pula penyelesaian yang diberikan? Jawapannya tiada.
9. Tetapi sekiranya penjawat awam tercari-cari jawapan mengapa terus menerus tiada bonus untuk mereka (yang ada cuma imbuhan khas RM 500) maka jawapannya bukanlah kerana produktiviti perkhidmatan awam merudum tetapi kerana hutang kerajaan yang melampau telah menghambat keupayaannya untuk menjaga kebajikan kakitangannya sendiri.
10. Hakikatnya Bajet 2016 tidak memberi inspirasi dan menyuntik keyakinan rakyat akan ketahanan dayaupaya ekonomi negara. Telah jelas kini bahawa pemerintah masih tandus modal dan idea untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Beristiqamah Hingga Kemenangan.
Sekian.


Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Mengatasi kanser. Kanser adalah kegagalan manusia yg kurang makan sayur dan buah


Image result for prof muhaya
Assalamualaikum wbt. Nak share slot dalam rancangan  Prof Muhaya.com dlm Tv Alhijrah dengan tajuk Mengatasi kanser. Kanser adalah kegagalan manusia yang kurang makan sayur dan  buah.

Jadi tips mengatasi kanser:

 GBOMS. Banyakkan ...G - Greens, B - Berries, O - Onion, M - Mushrom, S - Seeds.

 Kurangkan protein dlm hidangan. Banyakkan air putih. Elakkan protein, gula adalah baja utk kanser.

Tetamu yg dipanggil ke studio pesakit kanser tahap 4. Semasa diagnos koma 3 hari. Kembali sihat setelah mengamalkan makan aibatulsauda, air zam2, minum air lemon, berries ( anggur, kurma etc). Kesihatan beliau kembali sihat setelah mengamalkan makanan secara natural@ alami. X mengambil perubatan seperti kimo. Dgn alasan bila beliau mengamalkan makanan yg sihat, natural ...kansernya tidak bkembang. Dia yakin dgn cara natural beliau btambah sihat. Pemakanan sblm kena kanser...fast food, Mc Donald, daging, sup tulang, air berkarbonat, kurang mkn buah n sayur. Hargai kesihatan anda.👍 ubah tabiat mkn kpd yg lebih sihat n natural. Bykkan sayur hijau , jus buah n buah-buahan. Sharing is caring.
Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:
01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato
Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.
1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut
2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.
3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.
4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.
5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.
6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.
7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.
8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.
9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.
10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.
11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.
12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.
13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.
14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.
15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.
16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.
17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.
18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.
19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama.
! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.
Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian.
Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.
Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.
Air lemon panas boleh mencegah darah beku.
! Tolong edarkan untuk membantu orang lain
Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pad
a masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Friday, October 23, 2015

Infografik Bajet 2016: Faedah BR1M untuk rakyat mulai Januari, 2016


Pembentangan Bajet 2016 yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini di Parlimen turut melibatkan pengumuman tentang Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat.

Antaranya adalah, bagi tahun 2016, pemberian untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,000.

Lihat infografik di bawah untuk maklumat lanjut:


e

Budget2016: Civil servants to get RM500 special assistance

 

#Budget2016: Civil servants to get RM500 special assistance
Najib said the government would also make improvements in appreciation of the contributions and service of the civil servants.
 
KUALA LUMPUR: The government will give a special assistance of RM500 to all the estimated 1.6 million civil servants under Budget 2016.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who announced this when tabling the budget in the Dewan Rakyat today, said the 700,000 government pensioners would also receive a special payment of RM250.

"Both payments totalling almost RM1 billion will be made in January 2016," he said.

Najib, who is also the finance minister, said the government would also make improvements in appreciation of the contributions and service of the civil servants.

This included setting the minimum starting salary in the civil service at RM1,200 a month, which will benefit 60,000 civil servants, and improving 252 schemes of service, which will benefit 406,000 civil servants.

Najib said the government would set the minimum pension rate at RM950 a month for pensioners with at least 25 years of service, which will benefit almost 50,000 pensioners.

He said the government would also provide benefit of salary adjustment equivalent to one annual increment according to grade, which will benefit 1.6 million civil servants with an allocation of RM1.1 billion.

It would also offer permanent post to contract of service officers who have at least 15 years of service, benefiting 43,000 contract officers.

"All these measures will be implemented effective 1 July 2016 with a total allocation of RM1.4 billion," he said.

Meanwhile, Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa said that in a challenging economic situation, the government continued to show concern for the welfare of civil servants, both serving and retired.

Therefore, all civil servants should step up efforts and productivity in the implementation of the 11th Malaysia Plan (2016-2020) and strengthen integrity as well as ensure prudent government expenditure, he said in a statement.
The success of the implementation of the 11th plan would determine Malaysia's progress to a high-income developed nation in 2020, he added.

THE FIRST REUNION CLASS OF 1971 TECHNICAL INSTITUTE KUANTAN

Thursday, October 22, 2015

Kenyataan Media: Usul Tidak Percaya

Kenyataan Media: Usul Tidak Percaya
Dalam kapasiti saya selaku Ketua Pembangkang, saya telah mengemukakan suatu usul pada hari ini untuk mengambil ketetapan bahawa Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Saya mempunyai sebab-sebab munasabah berkeyakinan bahawa majoriti dalam Dewan Rakyat, bererti bukan sahaja 88 orang Ahli Parlimen Pembangkang, tetapi juga bilangan Ahli Parlimen dalam Barisan Nasional yang mencukupi, yang telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Yang Amat Berhormat untuk menerajui Kerajaan.
Perlu dijelaskan bahawa Usul tersebut hanya berkenaan dengan kehilangan kepercayaan terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak dan bukannya terhadap Kerajaan. Ini kerana saya dan banyak lagi, tanpa mengira fahaman politik, kami percaya bahawa krisis ekonomi, sosial dan politik yang tenat dan sedang dihadapi negara ini berasal daripada krisis kepimpinan dalam negara. Rakyat sedang menderita kos kehidupan yang semakin meningkat dan kesengsaraan ekonomi di bawah jagaan beliau di mana polisi-polisi beliau terbukti gagal. Transformasi yang dihebohkan itu sekadar retorik.
Sungguhpun terdapat faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan nilai ringgit seperti penurunan harga minyak dan harga komoditi, ‘sentimen’ yang disebutkan oleh ahli-ahli profesional dan ekonomi sebagai salah satu sebab kejatuhan ringgit adalah akibat daripada cara menguruskan siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Penyingkiran Dato’ Gani Patail sebagai Peguam Negara secara tergesa-gesa tanpa penjelasan, pelucutan YB Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan YB Semporna Datuk Shafie Apdal, pembubaran selanjutnya pasukan bertindak menyiasat skandal 1MDB, pemindahan atau penukaran pengarah-pengarah yang mengetuai penyiasatan dan pegawai-pegawai SPRM yang menjalankan tugas penyiasatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, merupakan satu percubaan untuk campur tangan ke atas penyiasatan. Keadaan bertambah buruk dengan pelantikan pengerusi dan tiga anggota PAC Dewan Rakyat (ke Kabinet) yang menghalang PAC daripada menjalankan penyiasatannya terhadap pengurusan dan pengarah-pengarah 1MDB yang sepatutnya didengar di hadapan PAC. Institusi-institusi kita telah diganggu-gugat daripada melaksanakan tugas-tugas tanpa rasa takut.
Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak semakin bertambah rakus dengan timbulnya pelbagai perundangan menindas yang disegerakan menerusi parlimen dan lebih dari seratus ahli aktivis, cendekiawan, wartawan dan pelajar disiasat, didakwa atau dihadapkan pertuduhan. Meskipun terdapat jaminan di dalam parlimen, SOSMA dan undang-undang lain yang berkaitan dengan penahanan tanpa bicara telah diperalatkan terhadap mereka yang tidak ada kena-mengena dengan keganasan. Perbicaraan dan pemenjaraan mantan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dikutuk oleh badan kehakiman antarabangsa (contohnya ICJ) sebagai satu perbicaraan yang songsang dan penganiayaan politik.
Tokoh-tokoh tersohor dalam persidangan anti-rasuah antarabangsa (IACC) telah menggesa Perdana Menteri menjelaskan ‘derma’ RM2.6 bilion. Mereka mempersoalkan siapa membayar wang itu dan kenapa? Dan ke mana wang itu pergi? Tidak ada penjelasan yang munasabah diberikan.
Oleh yang demikian, tidak memeranjatkan untuk melihat pelabur-pelabur dalam dan luar negara mengeluarkan pelaburan mereka dari negara kita. Mantan Perdana Menteri dan para pimpinan kanan kerajaan kini menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib.
Ratusan ribu rakyat biasa telah memberanikan diri selama 34 jam dalam keadaan hujan dan panas bagi mendesak peletakan jawatan Dato’ Seri Najib. Tinjauan-tinjauan terkini menunjukkan bahawa populariti beliau telah menjunam ke tahap paling teruk dalam sejarah, dan beliau ditolak oleh rakyat.
Majlis Raja-raja telah mengeluarkan kenyataan yang tiada tolok-banding yang menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dan menghukum dalang-dalang yang terbabit dalam skandal 1MDB. Seluruh negara menyokong penuh tanpa kecuali gesaan Duli-duli Raja-raja Melayu.
Saya yakin Ahli-ahli Parlimen akan mengundi menurut hati nurani. Kita mesti mengetepikan perbezaan politik dan meletakkan kepentingan negara mengatasi segala. Kita tidak boleh berdiam diri apabila kedaulatan, kemerdekaan dan maruah negara tergugat hanya kerana seorang manusia.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen
Ahli Parlimen Permatang Pauh
22 Oktober 2015